Friday, November 16, 2018

~ Percutian Bajet ke Kansai Osaka Part 6 ~ Free Tour with OAP

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua....

Ya Allah..... sememangnya kuasa peri 17 kali syantik dari kayangan tidak mampu untuk membendung kemalasan Nua utk terus berkarya ( Berkarya katanyaa!!!! )

Nak kena terus beristiqamah ni utk segalanya.. hehehe... Ok lah...melalut apo?? Lets continue!!! 

==================================================

Baiklah tuan2 dan puan2 sekalian.... merujuk kepada tajuk di atas, sukacita untuk sy maklumkan bahawa perjalanan hari ini ialah perjalanan feeling. Ada kemungkin semua yang membaca akan muntah hijau bila sampai ke penghujung... hahahaha

Apa itu OAP?? Bagaimana Free tour wih OAP?? 

Ok la.. lets intro dulu ya atau bahasa bombastiknya Mukadimah Ya Salam... hehehe..

OAP ialah singkatan kepada Osaka Amazing Pass... So please check it out here to read about OAP.
Jadinya sepanjang pembacaan ini Nua akan menggunakan "OAP" bagi menerangkan tentang Osaka Amazing Pass... Jgn tanya lagi ya apa ke binatangnya OAP tu! hehehehe

Pagi-pagi as usual tetap Posed feeling kat depan homestay

Bangunan tinggi tu sebelahnya homestay kami.. Berhadapan dgn Nua plak ialah station train...


Seawal jam 9.00 pagi ( awal katanya ya!!! ) semua telah siap2 keluar konon-kononnya hari ni nak jelajah banyak tempat kat Osaka.. Ye la...dgn OAP korang boleh naik subway unlimited sepanjang hari dan dalam masa yg sama banyak attraction boleh masuk secara percuma. Banyak tempat menarik sekitar Osaka ni sebenarnya.... Macam biasa nua akan reveal dulu cerita lawak as usual...

Sepatutnya kami cover la tempat dekat2 dulu....tp feeling gi cover tmpt jauh2 bakpo?? Padahal kat Tennoji which is beberapa meter je dr Shin Imamiya tu berlambak tempat free masuk...tp entahlah kenapa tak pergi2 kat sana... Samalah mcm kat Malaysia ni...yg dekat2 takmo pergi.... Dah 10 tahun dok kat Putrajaya ni tp Muzium2 kat sini haram sampainya....waima muzium negara pun tak pernah sampai... apoooo!!!!! 

Cuaca pada masa ini sekitar 2°c ke 4°c.. baju tetap berlapis-lapis... tapi sedih hari ni takde salji... hahaha... 

Diingati semula..kami menggunakan OAP sepenuhnya... jadi bayaran Subway tu tak dapat Nua nak bgtau sbb semuanya dh siap2 cover dalam OAP.. OAP juga belanja  Nua tiket masuk ke semua tempat2 yg nua pergi selama 2 hari... Which is bagi nua dgn harga 3,300 yen tu amatlah berbaloi utk all out sepanjang 2 hari... hahahahah

Ok..lets check it out mana je Nua dan kawan2 pergi.. 

1. Umeda Sky Building Floating Garden Observatory

Tiket Masuk : 1,000 yen
Cara Perjalanan : Dobutsue Mae Station (Midosuji Line ) > Umeda Station

Seriously nua tak ingat nua keluar pintu berapa... sampai2 je station ada signboard list of attraction places yang kita nak pergi..so ikut je la no pintu yang dah tertera kat list tu kan...Tapi yang nua tahu keluar2 je pintu tu nampak Yodobashi Umeda dan JR Station Osaka... Nua konpius terus tetiba.. So kita buat apa??? Kita guna goolge maps!!!! hahahaha.... 

Jarak dari station tu ke Umeda Sky Building sebenarnya amatlah jauh ya!!! Tp nua rasa tu la kot station yang paling dekat...tetapi honestly mmg jauh...tp dalam jauh2 tu pun tetap gigih walaupun mcm dah give up di pertengahan jalan... Bila sampai... "wow'..tingginya... kita nak naik atas tu ke?? Maka.. mencarilah lif memasing nak naik katanya.. Ok la..lets layan gambar....





Ok dah...tu je kat sini... Jalan punya jauh last2 snap sekeping dua gambar dan blah... tp masa nak balik tu kami naik eskelator yg cross antara 2 bangunan tu...letuppp... dan seram... 

Daaaannnn....masa nak turun tu kami merasa naik lif yang transparent sekelilingya...my gardd!! takut..!!!! hahahaha

Lepas dah habis tu kami berjalan semula ( jauh ya) ke Umeda Station semula sbb kat situ kami nak pergi ke Joypolis!!! Letsss!!!


2. Umeda Joypolis Wild River

Tiket Masuk : 600 yen
Cara Perjalanan : Jalan kaki dari Umeda SKy Building.. 

Actually Nua tak ingat macam mana nua sampai kat sini...sbb dalam google maps takde tulis langsung pasal tempat ni... Tapi yang Nua tau Umeda Joypolis ni ada sama bangunan dgn HEP FIVE Ferris Wheel... So bergantung pada Ferris wheel tu je la dok tengok dari jauh... Akhirnya kami terjumpa " Hankyu Entertaiment Park"... Dah mmg confident la mmg itulah tempatnya... Tanya punya tanya orang kat bawah2 tu which is customer servive sebenarnya...diorg kata kat tingkat 5... so kami pun naiklah kat tingkat 5.. 

Sampai2 kat atas tu...sebenarnya banyak ya attraction atas tu...serious sebijik macam Believe it or not kat Genting Highland tu...tetapi yang free nya cuma 1 je... iaitu Joypolis Wild River.. igtkan apo la kan?? Rupanya naik bot 6D je... feeling la tonggang terbalik naik bot tu...tp sayangnya takde gambor ya... Maaf semua...



Lepas dah selesai segala aktiviti kat Umeda...kami pun plan nak gerak la ke tmpt lain... Plan nak naik HEP FIVE Ferris Wheel tu tak jadi sebab kemain ramainya umat manusia kat situ..buang masa ya!!! Jam dah menunjukkan pukul 2.30 petang..maka memasing la buka bekal masing2 makan dengan selahapnya... padahal masa sebelum tu jumpa dah kedai makanan halal tp sbb nak pusing belakang tu malas...maka lets chow chin chow jah!!!




Lepas makan tu dok jalan2 bawak station train tu terjumpa la Kansai Tourist information... kat situ boleh pakai Kimono lelaki perempuan secara percuma tp tak boleh bawak jalan2..so kita snap2 je gambar then blah... 

dok rehat makan bagai tu jam dah menunjukkan pukul 3.30 petang. Dalam masa yang sama ni nak kejarkan ke muzium rumah dan kehidupan ( waahh!! very the bahasa melayu kan) yang dijangka tutup jap 5.. 

SO dari Umeda kami gerak ke tmpt seterusnya.. 



3. Osaka Museum of House and Living

Tiket Masuk : 600 yen
Cara Perjalanan : Higashi Umeda Station ( Tanimachi Line ) >  Tenjinbashisuji 6-chome > Exit 3

Keluar -keluar je dah nampak dh muzium tu,... senang ya amat..tujuan kat sini sebenarnya nak sewa yukata dna kimono and snap2 gmbr dalam museum tu feeling2 orang jepun lew...tp sayangnya bila kami sampai semua dah sold out... sedih...so jalan3 je la.......
Masuk2 muziuk tido yaa!!!! 

sebabkan awek korea 2 org ni buat kami semua tak dapat nak pakai kimono... hahaha






Kami semua kat sini mmg sampai tempat ni tutup...leboh kurang jam 5.20 pm tu dah tutup sepenuhnya.... 

Ada story sikit kat sini yg tiba2 nak bercerita.... Masa sebelum masuk tu ada la seorang pekerja kat sini yang entertain kami sekumpulan...very the ramah... punyalah kami dok pikir muka dia ni mcm siapa entahlah... sepanjang kat dalam muzium tu tak habis2 dok pikir....sbb dia cute sgt dan perilaku dia pun cute juga..dari cara dia cakap serious mcm watak anime... Dah nak keluar jumpa lagi dia dan ajak bergambar...

Ni lah orangnya.... MasyaAllah mmg baik sungguh dan rasa happy je bila dilayan baik2 mcm tu...

Sesampai keluar dari Muzium tu baru teringat dgn watak dalam cerita Doraemon..iaitu Jaiko adik kepada Giant yang mana Jaiko seorang yang lack of confident tentang bakatnya yang sangat hebat melukis manga dan satu-satunya watak yang sentiasa dilayan baik oleh semua... 


ok la..keluar je dari Osaka Museum of Housing and Living tu...hari sudah gelap yaa... 

Kalau diikutkan banyak perancangan hari ini tapi tu la Allah yang sebaik-baik perancang... 

Memandangkan jam baru je 5.30 pm tp hari dah mcm malam...kami decide untuk pergi Osaka castle.... the most places u need to visot once u have arriving in osaka... 


4. Osaka Castle Dan Osaka Castle Nishinomoru Garden

Tiket Masuk : 600 yen + 200 yen utk Taman Nishinomoru
Cara Perjalanan :  Tenjinbashisuji 6-chome ( Sakaisuji Line ) > Sakaisuji Homachi Then change to Chuo Line > Morinomiya


Kenapa kami berenti kat Morinomiya?? Kenapa bukan Tanimachi 4-chome ??  Kalau ikutkan  ni naik 1 train je..tak payah turun2 dah... 

Tetapi kerana kaki kami dah sakit2 ya.. dan station Morinomiya Ni betul2 kat depan Osaka Castle... hehehe... 

Kat sini pun dah ada 2 orang yg tewas tak sampai ke atas...Ni kesahnya kak Nad dgn Fatin dah tak larat...so diorg jalan slow2 dan ikut mood...masa kami dah turun pun diorg tak sampai lagi..jumpa diorg kat bawah then terus je ke station subway semula...




Sampai pun dah malam...so paham2 le ye gambar pun kelam....

Tapi sayangnya kami dh tak boleh nak masuk ke dalam istana kerana masa melawat telah tamat... kami sampai dah jam 6.30 petang... hehehehe... Makin sejuk ya... Masa kat Osaka Castle ni Abg Shah baru bukak bekalan dia nak makan walhal kami semua ni dh lapor ni tau... hehehhe.. 

Kat sini agak lama juga... sebab kawasan dia agak berbukit so ambik masa nak naik ke atas tu.. Tapi bila dh sampai kami snap snap picture.. hehehe

=================================================


ok..nak balik dah ni kesahnya... Tapi perut berkeroncong...so nak tak nak mmg perut perlu diisi.. Memandangkan restoran semalam yang kami pergi tu memuaskan hati tambahan dapat Chicken Karage percuma melalui baucer kat Halal Navi...maka kami singgah dulu kat Halal Naritaya Osaka... Lgpun ada yang dh nak balik esok...so kami mmg pilih ke Shinsaibashi je.. 

Tetapi hari ni dah bijak sikit... hehehehe... Dari Sannomiya Station kami naik subway kat Line Nagahori Tsurumi- Ryokuchi > Nagahoribashi > Exit 5... Dari pintu luar tu dalam 2 minit sampai...dekat sangat.. Maka makanlah beramai-ramai dengan penuh kelaparan ya ampun.. Kat sini lepas makan kami jalan sepanjang Shinsaibashi dan Namba sampai kedai tutup... Sempat singah Don Qui Jote area sini tp nua rasa sesak sgt kawasan dia...so bila difikirkan keselesaan tu...selesa lagi Don Qui Hite kat Shin Imamiya.... hehehehe

Sempat la juga bergambar kat Glico Man.. Signature of Namba....




Tapi macam biasalah...orang ramai sangat kat sini... Masa ni semua dah berpecah belah dah.. Ada yang ke utara..ada yang ke selatan...ada yg ke timur..ada yang ke barat... Tapi Nua, Kak Nad dan Fatin jalan sama-sama lagi...sampai kat satu tempat jumpa Kak Kin dan Abg shah...lps tu lain-lain terus tak tau apa cerita diorg... hahahaha..... Masa nak naik train pun... ada yang naik dari Shinsaibashi Station...ada yang naik dari Namba Station... Tapi Akhirnya bertemu juga kat Dobutsue-Mae Station... 

Jam dan menunjukkan pukul 11.00 malam... Merr, adil, Hafizul, Along dan Shida dah nak balik esok.. So memang nak tak nak diorg mmg kena shopping malam ni juga... 

So bila sampai kat Dobutsue-Mae Station... Kami semua berpecah... Sapa nak pergi ke Don Qui Jote keluar Pintu 5..Memang betul2 keluar kat pintu masuk Don Qui Jote... Yang tak mahu pegi diorg akan keluar pintu 4 atau pintu 3 ...Pilih mana nak..sama je... 

Ok la...tu je setakat ini... Balik rumah memasing mengurut kaki juga.. 

Tour hari ni utk transport dan ticketing kami tak keluarkan sebarang duit.. Hanya menggunakan Osaka Amazing Pass je yang dibeli dengan harga 3,300 yen untuk 2 hari... Ni kalau betul2 tak guna OAP maybe dalam  4,200 yen ( 1,200 yen subway + 1,000 yen + 600 yen + 600 yen + 800 yen ) untuk hari ini sahaja...so jimat tak kakak2 abang2 semua??? 

==================================================

Rumusan Perjalanan Hari-5 mengikut itenirary asal

0930 – morning walk + breakfast
1000 -  Jalan kaki ke Dobutsuen –Mae Station.
             Dobutsuen – Mae Station (Sakaisuji Line ) >
             Sakaisuji Homachi Station > Jalan Kaki ke
             Subway Sakaisuji Homachi Station dekat
             Cosmo Square > Sakaisuji Homachi Station
             (Subway Chuo Line ) > Asakako Station

-          Legoland Discovery Osaka**
-          Tempozan Giant wheel Ferris**
-          Cruise Ship Santa Maria Twilight Cruise**

1330 – Luncheon.. Lapor !! (¥1,500)
1430 – Ready For Next Destination??
            Sakaisuji Homachi Station ( Subway Chuo Line )
            > Morinomiya Station
            -      Osaka Castle**
-          Osaka History Museum**
-          Important Cultural Property Osaka Castle Yagura ( Turret )**

1700 – Gerak ke Dutonbori /  Shinsaibashi
             Morinomiya Station (
             Nagahoritsurumiryokuchi Line ) > Shinsaibashi
             Station

-          Tombori River Cruise**

1830 – Don Qui Jote
-          Shopping
-          Jom Cari Ice Cream Hijau
-          Jom Cari Takoyaki Sotong
-          2nd street
-          Book off and hand off
-          Dinner (¥1,500)
2300 – Balik homestay dan rehat


TOTAL BURN:
¥ 3,000

** Free with Osaka Amazing Pass

ITULAH ORANG KATA... KITA NI MANUSIA OVER LAH MERANCANG, TAPI TUHAN YANG MENENTUKAN... 


Ok la...tu sahaja sehingga ke hari ini... Nnt ada kudrat dan hidayah nnt nua sambung lagi ok!!!

XoXo : BoYz NeXt DooR

No comments:

~ Percutian Bajet ke Kansai Osaka Part 9 ~ Menghabiskan Saki-baki Peruntukan

Assalamualaikum WBT kpd semua yang membaca blog nua ini... Terima kasih byk2 kepada semua yg sudi membaca blog nua yg kadang-kadang OK but...