Tuesday, November 6, 2018

~ Percutian Bajet ke Kansai Osaka Part 4 ~ Drama dalam meneruskan misi di Kyoto dan Nara

Assalamualaikum wbt dan salam nippon 2018...

Semua menanti tak catatan Nua yang tak seberapa ni. Almaklumlah kita ni bukannya blogger terkenal. Sambil2 memasak ayam masak merah je la time rajin nak update. Kalau idok haram la nak update blog.



=========================================================

Sekarang ni dah masuk 26 JANUARI 2018.. Makanya dah masuk hari ke-3 kami di Kansai, Jepun.
Kepenatan semalam berjalan ke Himeji dan Kobe masih terasa. Sengal-sengal 1 badan jangan cakaplah. Almaklumlah almost 80% ahli rombongan ni bersaiz plus size. ha ha ha... ( matilah kena kecam nnt dgn travelmate)

Baru masuk hari ke-3 dah badan rasa lenguh2.. tp honestly semangat utk menerokai bumi samurai ini tidak pernah luntur dimakan dek kepenatan badan.

Jadi kerana itu, pagi-pagi lagi macam-macam DRAMA dah dicipta oleh ahli rombongan Nua ni. Aiyooo!!! sebenarnya tak tau la Nua nak marah as ketua rombongan atau nak gelak dengan situasi yang terjadi.

Oklah... bermula pada jam 4.30 pagi Nua dan ahli-ahli telah bergerak berjalan kaki ke JR Station Shin Imamiya.. Dalam perjalanan ke station, Nua dgn Azam berhasrat nak singgah kejap kat Family Mart yg ada kat situ. Jadinya selebihnya berjalan ke stesen terus. Geng2 yang pergi ke stesen pun berpecah lagi kepada 2 kumpulan ..1 kumpulan jalan ke depan dan 1 kumpulan jalan ke belakang sikit.. apo jalan jauh2..

Drama bermula bila Nua baru keluar dari Family Mart. Ternampak dari jauh abg shah tergesa-gesa berjalan dgn laju. Bila ditegur beginilah keadaannya..

Nua : Abg Shah...nak kemana lagi tu?? Dah lewat ni..

Abg Shah : Abg Shah tertinggal tiket JR kat rumah..

Nua : Laaaaa!! Kan dah pesan semalam tiket semalam tu terus simpan kat dalam purse. Yang tak simpan kenapa?? Dah la..gi cepat balik rumah...nasib dekat je rumah tu!! Nua and the rest tunggu kat station.. GO!!!

Maka berlari-lari anaklah abg shah balik ke rumah utk ambik tiket..


Untuk pengetahuan semua... Ni adalah pintu masuk Nankai dan JR...
so kedua-duanya menggunakan pintu dan tangga yang sama.
Then nua dan azam berjalanlah ke station JR seperti yang di atas tu. Sampai2 naik tangga yg Ya Allah tingginya itu.. Terasa 5kg turun bila dh smpi kat atas.. hahaha... sampai2 tgk ada kak nad, kak kin, fatin, livia, adil dan merr... Mana pulak yang lain??

DRAMA KE-2 tercetus...

Nua dok pandang sekeliling mencari Hafizul, shida dan Along... Cari punya cari ternampak diorg kat dalam Nankai Line... Dialog dia lebih kurang mcm ni..

Nua : Korang buat apa kat situ...??? Keluar balik!!!

Hafizul : Abg Syah kata dalam ni..kami pun masuklah... Ok2...kami scan tiket keluar balik..

Bila depa dok scan JR Tiket tu...gate tak bukak!!!! Sudaaaaahhh!!! Mcm mana nak keluar ni??

Nua : Korang buatlah apa pun..janji korang keluar... Cepat gi cakap kat pakcik guard tu..

Maka bermulakan itik dan ayam berbicara dan tak lepas... nua hanya mampu berdiam... Penat pagi2 nak berdrama bagai..

Tiba2....abg shah juga masuk dalam Nankai tu.. Actually Nankai tu ada 1 pintu masuk kat bawah.. Diorg masuk kat situlah kaedahnya...

Nua masa ni dah tak tau nak cakap apa..nak mengamuk @ nak marah @ nak gelak dgn suasana diorg pada waktu tu..

Akhirnya Diorg dpt keluar juga dgn membeli tiket Nankai berharga 130 yen..mean ambik station yg paling dekat... dapatlah kelur akhirnya!!! siot ya JR Pass ni...Masuk boleh tp keluar tak boleh!!
Ni Plak JR Line.. Berhadapan Nankai Gate... 

Ni Nankai Line..nak ke Airport Bolehlah naik ni!!! JR lak berhadapan dengan Nankai Gate ni


Ok...semua dh selesai... Drama settle pada jam 5.45 pagi... 1 jam 15 minit lewat dari jangkaan awal!!!

Masuk Train semua diam...takut kena marah le tew dgn nua!!! Tapi Abg Shah tetap say " Minta Maaf semua terutamanya Nua sbb dah menyusahkan... '.. Yg lain2 takut bercakap! Dah sampai Station Osaka baru Cakap kan!!! heheehhe...

Baiklah... Untuk Pagi ni..kami semua plan nak pergi ke KYOTO!!!! Apa yang best kat Kyoto ni??? \


Masuk je Train terus tertido.. Mengantuk kome!!!

Baiklah...tujuan pagi ni adalah nak pergi ke tempat yang paling popular dan epik di Kyoto.. its Bamboo Groove di Saga Arashiyama.. Terletak di Kyoto ...

1. Bamboo Grove /  Bamboo Forest @ Saga Arashiyama, Kyoto.

Cara Perjalanan : JR Station Shin Imamiya ( Platform 3 ) > Osaka Station ( Tukar Platform 9 ) > Kyoto Station ( Tukar Platform 32 - San-In Line ) >  Saga Arashiyama Station

Harga : Tak tau la Nua kalau pakai loose tiket. Sbb nua pakai JR Pass....

Tips : Kalau nak pergi ke sini..kena gi pagi2..nnt org ramai dah tak best nak snap picture..


kat depan JR Station Saga Arashiyama. Nampak tak putih2 tu?? tu salji uolllllssss!!!!

Sampai kat Kyoto Station tu je...udah nampak salji yang menderu-deru turun dari langit.. Then alfaham almaklumilah yg antara kami semua ni mana penah tgk salji.. Maka ala-ala peghak  sikit melihat salji itu.. ada yang menjerit... ada yang feeling elsa.. macam-macam lagilah... tp tu baru kat Kyoto.. Perjalanan diteruskan sampai kat Saga Arashiyama.. Sampai je kat sini... MashaAllah salji turun selebat-lebatnya... macam hujan korang tau tak?? Yang mana excited tu terus meluru keluar station dan buat Instastory... Nua biasa-biasa je..hahaha ( Padahal.... )

Misi : Misi tercapai..Merasa Salji dah kaedahnya..

Ok...dari sini kami tak ikut jalan org-orang ( Which is pelancong ) punya route.. selepas dikaji selama berbulan-bulan.. i have to decide utk melawan arus... pasal apa lagu tu??

Nanti nua cerita... lets check it out my route...




 Kebiasaanya...org akan ikut laluan jalan besar.. Tapi Nua ikut laluan jalan kecik... laluan yang kat belakang Nua mcm gambar kat atas tu...


Biasanya orang akan ikut Laluan A...tp nua pilih Laluan B.
Sumber : Google Maps

Apa Beza Laluan A dan Laluan B... Laluan A korang akan lalu kat kedai2 dan ala2 tumpuan pelancong.. Laluan B pulak korang akan lalu kawasan2 rumah org which is biasanya menjadi pilihan terakhir pelancong bila dah penat berjalan.. hehehe


Dari Station jalan terus korang akan nampak rumah warna coklat tu.. Sebelum ni Nua kaji jalan rumah tu warna kuning... Harap tak bertukar lagi.. hahaha... Nmpk rumah tu je masuk simpang kat rumah tu dan jalan terus.. Korang Jangan rasa korang dah sesat.. sbb korang hanya lalu rumah2 penduduk tempatan..
Sumber : Google Maps

Jalan je terus dari rumah kaler brown tu..
Sumber : Google Maps

Di Penhujung jalan dan tak boleh nak gerak...korang masuk ke kiri.. Kalau curious tgk landmark restoran Black Paink..
Sumber : Google Maps


Lepas je masuk kiri dari restoran Black Paint tu..jalan dalam 10 meter mcm tu dah sampai...
Sumber : Google Maps


Yeayyy! dah sampai!!! Masuk je dalam tu terus sampai..
Sumber : Google Maps

Baiklah..tiba masanya utk reveal kenapa Nua dan kawan2 ikut jalan ni.. Sebabnyaaa!!!

Kami ni taknak mendaki bukit...kalau dari Jalan utama tu korg nak ke Bamboo Groove tu mcm kena mendaki...tinggi juga woi!!!! Kami takmo mendaki...kami nak menuruni je... Daki sikit2 takpe..tapi kalau mendaki mcm ala2 kau naik bukit kledang kat ipoh tu baik rentikan aje..... Ok!! Lets Layan gambar!!














Suhu pada masa ini adalah antara -2°c hingga 1°c.. Baju nua boleh dikatakan 4 lapis.. Seluar 3 lapis include boxer.. hahaha...





Lps tu..teruskan perjalanan lps dah puas bergambar... Jalan depan sikit...mata semua terpukau..Melihat salji-salji yang turun menutup bumi..memasing macam Peghak lagi sekali tengok salji-salji tu... Penuh putih padang tu.... Jom Layan gambar lagi...










Masing-masing berguling-guling...... 1st time katanya jumpa salji...hahahha....
Kat sini mmg lama....nua bajet 2 jam je tp apakan daya...sampai 11 baru sibuk nak blah..

Tapi bila diamati betul2..kawasan ni sebenarnya adalah kawasan tanah perkuburan tau!!! Cumanya kubur tu mcm tak sampai kat atas lagi..baru 1/2 bukit je...

Feelingggg dapat pegang salji...hahahaha


Sambil-sambil makan tengahari...main dgn burung merpati di hadapan Jambatan Togeksukyo...



So dah selesai kat Bamboo Groove tu pun kami turun... My Gard...tak menyesal rasanya  ikut dari belakang.. If not kalau ikut dr jalan utama rasanya give up nak naik ke atas nun... Disebabkan kami sampai agak awal ( Sekitar jam 8.00 pagi )...so org tak ramai lagi kat atas nun.. Bila kami dah selesai bergambar kat bamboo groove tu barulah tgk ramai org berderu-deru...Masa tangkap gambar kat tempat salji yang banyak tu dah mula ramai orang..  Sempat juga bertegur dengan sorang dua rakyat Malaysia...

Baiklah... selesai kat situ...kami turun... nak kejar masa katanya... Bergambar sikit-sikit kat Jambatan Togeksukyo,... Lepas tu makan bekalan makanan yang dh siap2 dari homestay.. Makan2-makan sambil melayan burung merpati..

Ada dialog ni nak reveal kat sini...

Pada plan asalnya...kami nak pergi ke Hakodateyama Ski Resort.. Dengan alasan kalau tak jumpa salji nak pergi juga memenuhkan wishlist.. line dia lebih kurang mcm ni la...

Nua ; Kome semuaaaa!!! nak gi tak main salji kat Ski Resort???

Deme-deme : Tak payah le dah...dah merasa salji dah..cukup lah!!

Nua : Ok.... Lets gi tempat lain...

Maka lepas makan bekalan kami tu..kami pun berjalanlah ke station train.. Sambil tu mencuci-cuci mata tgk cenderahati dan makanan-makanan tidak halal itu... Tak beli apa pun kome.. Window shopping je orang kata...

Namun demikian... ada beberapa perkara yg boleh dibuat di sini yang kami tak sempat pergi pun.. Antaranya :-

1. Segano Romantic Train - Ni mmg kami tak dapat pergi sebab tutup pada musim winter..
2. Kimono Forest - Tak sempatlah kami sbb nak kejar masa. Tapi katanya kawasan ni cantik

===================================================

Baiklah...selesai kat Saga Arashiyama..

Selepas itu..kami berniat nak teruskan perjalanan ke FUSHIMI INARI...

Tapi dalam perjalanan tu...tetiba ada pulak yang mengadu lapaaarr... ok laa..dah lapar apa nak dikatakan walaupun dah makan bekalan makanan.. hehehe...

Maka kami pun pergilah ke Kyoto semula....

Udah keluar dari station...nampaklah Kyoto Tower ni..kalau idok haram nampak kalau dalam station..

Baiklah... kat Kyoto ni...kalau ikutkan plan asal....mcm nak gi Aeon Mall je...Sbb yakin mesti akan jumpa makanan halal kat situ...Tetiba teringat aplikasi Halal-Navi..  Rupa-rupanya ada 1 kedai makanan halal yang agak popular dikalangan org Malaysia.. Its AYAM-YA


Nua Makan Chicken Over Rice dan Chicken Karage. 



Restoran dia kecik je sebenarnya.. tp yang penting ada tempat nak solat.... Bolehlah kita berjamak di sini ya...

Untuk ke Ayam-Ya....kami semua google maps aje!! Ins shaa allah sampai!! hehehe

Semua kawan-kawan nua makan Ramen....kecuali nua dan kak nad yang beria makan nasi.. hahaha... Alasan kami ialah " Kitaorg tak suka ramen laa..!! ''.. tapi sungguh korang...!!! Sampai hari akhir nua tak makan Japanese Ramen ya...makan nasi je... ada cuba kawan-kawan punya..tp entahlah rasa mcm tak best kat tekak nua dan kak nad... hehehehe

Selesai Makan...kami meneruskan perjalanan kami... Kemana???

Kami nak pergi ke FUSHIMI INARI

2. Fushimi Inari

Cara Perjalanan : JR Kyoto Station -  Nara Line ( Platform 9 ) > JR Inari Station

Harga : Tak tau la Nua kalau pakai loose tiket. Sbb nua pakai JR Pass....

Sampai kat sini... Nua lupa keluar pintu no berapa...tp yg nua tau keluar-keluar je terus nampak Fushimi Inari tu... Lets Layan Gambar je ya...






Selalunya Nua baca kat blog-blog dan fb kata datang sini pagi-pagi sbb takde org..senang nak bergambar...tp alhamdulillah time Nua sampai sini rezeki org tak ramai..so dapat byk snap gmbr kat tori gate tu tanpa ada org yang boom gambar kita.. hahaha..

Baiklah... nampak gayanya ahli rombongan dan berkurang jadi 10..sbb lagi 2 orang takmo naik...alkisahnya kita kena naik tangga ya... tu la sebabnya lagi 2 orang tu takmo naik..tp takpelah..

Meh la nua cerita sikit kenapa byk sgt tori gate kat sini...
Fushimi Inari ni sebenarnya adalah tokong depa... dan setiap daripada tiang-tiang tori gate yang disusun dari bawah sampai ke atas tu ialah hasil dari derma oleh dermawan-dermawan...Maka nama-nama dermawan itu ditulis kat setiap tiang batang tu... Tp mohon sapa-sapa yang baca ni kalau Nua tersalah tolong betulkan kat komen ya... heheehhe

Kat sini kami kejap je...tak lama...

Sebab seterusnya kami nak ke... NARAAAAAAAA


3. Nara Park

Cara Perjalanan : JR Inari Station ( Arah yang sama masa sampai dari Kyoto tu ) > JR Nara Station

Harga : Tak tau la Nua kalau pakai loose tiket. Sbb nua pakai JR Pass....

Baiklah..cerita kat Nara ni pulak...

Sebenarnya kami sampai Nara...tp kami sampai dah malam... hahahahaha.....

Keluar2 je dari station train udah gelap gelita komeee!! Padahal baru jam 6.00 tu.. hehehe

So nak dijadikan cerita..bincang punya bincang... kami ke 7-eleven je... hahahaha.. Lepas tu balik..

Balik pulak...kita tak payah pusing belakang balik ke kyoto tau...boleh je direct terus ke Osaka...

So dari JR Nara Station > Terus ke ke JR Shin Imamiya Station...  ( Tapi Pastikan korang naik Yamatoji Line tau )....

Honestly masa dari nara nak balik ke osaka tu....badan semua flat ya... org takde dalam train tu sampailah dekat2 nak sampai tennoji baru ramai orang... Tapi yang bestnya korang melalui kawasan-kawasan pinggir bandar yang kurang pembangunan tp penuh kedamaian...

Kami sampai kat Shin Imamiya lebih kurang jam 9.00 malam... tolak masa gi toilet + gi 7-elven dan tunggu train..

Sesampai je kami kami kat Shin Imamiya... As usual tetaaaaapppp singgah Maruhan @ DonQui Jote dan Super Tamade... Hari2 la pun beli buah dan air coklat van hauten.. hahaha...

Sesampai di rumah...semua melepaskan segala keletihan dan berehat... tu pun memasing tido jam 12 juga!!!!

==================================================

Rumusan Perjalanan Hari-3 mengikut itenirary asal

0430 – Breakfast di Hotel
0500 – Bergerak ke Kyoto.
-          Shin Imamiya Station ke Tennoji ( Osaka Loop Line ). Lepas tu Tukar naik Haruka Ke Kyoto Station. Lepas tu tukar JR dari Kyoto Station ke Saga Arashiyama (San-in Main Line )
0630 – Dijangka sampai di Saga Arashiyama, Kyoto
0640 – Jalan Kaki ke Bamboo Forest
-          Togetsukyo Brigde ( Ada Makanan Halal )
-          Tenryuji Temple
0930 – Gerak ke Station Saga Arashiyama ke Kyoto
1000 – Brunch di Kyoto
-          Kedai Makanan Halal jauh. Susah nak pergi. So kita gi AOEN Kyoto jalan kaki je. Beli Makanan TopValue  yg Halal. (¥ 1,500 )
1100 -  Kyoto Station > Inari
              Station ( Nara Line ) > Jln Kaki Ke Fushimi Inari
              Shrine
1130 – Di jangka sampai di Fushimi Inari
1330 – Selesai Lawatan di Fushimi Inari
1345 – Naik Train dari Inari > Nara Station ( Nara Line)
           1430 – Sampai Nara Station.
             Cari dulu Information Center
-          Nara Park ( Jalan Kaki Jah ) - Free
-          Nara National Museum – Tak Pasti
-          Kofukuji Temple – Free
-          Northern and Southern Octagon  Hall.-Free
-          Todaiji Temple – Optional 500 yen
-          Namdaimon Gate – Free
** Mana yg sempat je la ya!!
1600 – Selesai kat Nara.
1615  – Dari Nara Station > JR Namba Station (
              Kansai Main Line )
1730 – JR Namba Station Ke Dutonbori (Jln Kaki Jah )
-          Dinner (¥ 1,500 )
-          Survey Bundle dan Gshock
2200 – Balik Ke Airbnb – JR Namba ke Shin Imamiya
2215 – Jalan Kaki Balik ke Homestay ya

-          Mohon Tido.. Nightwalk boleh tp berhati-hati



** KESIMPULANNYA... KITA MERANCANG TP TUHAN YANG MENENTUKANNYA.. 
** Itenirary asal ni utk rujukan sapa2 yang nak rujuk.. Kami tak MAMPU nak ikut sgt pun sebenarnya.. hahah



Ok la...tu sahaja sehingga ke hari ini... Nnt ada kudrat dan hidayah nnt nua sambung lagi ok!!!

XoXo : BoYz NeXt DooR



1 comment:

Anonymous said...

Tuan...tarikh start pergi ke kansai bila?

~ Percutian Bajet ke Kansai Osaka Part 9 ~ Menghabiskan Saki-baki Peruntukan

Assalamualaikum WBT kpd semua yang membaca blog nua ini... Terima kasih byk2 kepada semua yg sudi membaca blog nua yg kadang-kadang OK but...