Kerajinan mengupdate blog ini bukan mudah sebenarnya.... ianya memerlukan kekuatan mental dan fizikal untuk melakukannya... Serta ditambah dgn hidayah dan ilham...
=====================================================
Update ini akan berkisarkan pada tarikh 27 Januari 2018 , hari Sabtu bersamaan dengan 10 Jamadilawal 1430h. Kami masih di bumi Kansai menikmati kesejukan bersuhu -1°c hingga 4°c mengikut kawasan...
Baiklah.... untuk hari ke-4 kami di bumi samurai ini... masih blur dgn perancangan masa depan... Kalau diikutkan hari ini, most of us bercadang untuk pergi ke UNIVERSAL STUDIO JAPAN..
Tetapi dalam masa yang sama Nua ada la buat research sikit mengenai Amusement Park di Kansai. Kalau ikutkan di setiap kawasan such as Kyoto, dan Nara ada je Amusement park... its local Amusement Park which is there is only have in Japan.
Kaji punya kaji maka nua list kan beberapa Amusement Park di Kansai ini selain daripada Universal Studio..
1. Hirakata Park @ Osaka
2.Nara Dreamland @ Nara
So selepas dah timbang tara segala keperluan...Maka kami memilih...
jeng jeng jeng....
ITS HIRAKATA PARK!!!!
Kenapakah kami memilih Hirakata Park which is amusement park yang langsung tak popular di kalangan pelancong??
1. Sebab tiket masuk dia murah... 4,400 yen berbanding dgn USJ around 7,600 yen without express pass...
2. Bertujuan untuk menjimatkan duit..
3. Hari Sabtu...so kalau ke USJ tanpa express Pass rasanya maybe 2-3 rides je dapat naik.
Perjalanan kami dari homestay terus menuju ke subway Dobutsue-Mae Station.. Berjalan kaki dalam 4 - 5 minit mcm tu sampai... Subway ni dekat dengan Don Qui Jote sebenarnya...
Untuk ke Hirakata Park.... Kita kena naik kat Midosuji Line @ Platform 2.. ( Dobutsue-Mae ) > Yodobayashi Station (230yen) . Lepas tu kena keluar dari Subway gate tu... Tapi tak perlu keluar dari station.. Sebab kita nak cari Keihan Main Land.. Keihan Main Land ni ialah Private line yang nak ke Hirakata Park tu... Keihan Land ni pun tak boleh guna sebarang pass pun....so nak tak nak mmg kena swipe juga ICOCA.. tu sebab nua kata tak berbaloi kalau beli subway one day pass tu...
Dari Yodabayashi Station ( Keihan Main Land ) Duk kat Platform 3 > Hirakata-Koen Station ( 330 yen ).. Station train ni sebenarnya berenti dekat sgt dgn Hirakata Park ni.. Dari jauh nmpk dah..so jalan je la dari station tu ke Hirakata Park...
Untuk pengetahuan..kami menghabiskan masa seharian kat sini... Semua ride kami naik..ada ride yang kami naik 2-3 kali...
Apa yang best kat Hirakata Park ni??
1. Ride-ride dia of course la..tp feeling ala2 outdoor genting je la..
2. Tiada langsung pelancong kat sini... Kami rasa kami je la pelancong kat sini.. Serious korang!! langsung tak nampak ok...
3. Orang tak ramai...yang datang pun org-org local..Maybe sbb terpaksa bersaing dgn USJ yg tersangatlah ramai orang...
4. Banyak jenis roller coaster... dan kami dapat naik 2-3 kali tanpa perlu beratur panjang.. hehehe...
Makanan halal???
Hurmm...Takde makanan halal kat sini....tp kami dh siap2 bawak bekalan dari rumah...
Jom Layan Gambar...
Kat Hirakata Park ni ada dalam 3-4 roller coster... Naik le mana2 pun...semuanya tak ramai orang.. Ulang 2-3 kali pun takpe..
Ada 1 permainan tu nama dia Crazy Mouse.. Oh my!!! Sakit badan naik benda tu sebenarnya... hehehe tp seronok....
Untuk Hari ke 4 di Hirakata Park ni...takde drama yang terjadi..semuanya berjalan lancar...
Seharian Masa di habiskan kat sini... Sekitar Jam 5.00 petang kami pun bergerak Pulang ke Namba... Tetapi Kali ini perjalanan dia lain sikit sbb kami nak singgah kat Dutonbori... dan nak singgah Hard Rock Cafe...
Hirakata-Koen Station @ Platform 2 ( 330 yen ) > Kitahama Station then cari Sakaisuji Line naik kat Platform 2 > Sakaisuji Hommachi > Exit Pintu 4..lepas exit tu terus je menuju ke hadapan...
Sebenarnya nua igtkan dekat Hard Rock Cafe tu dari Subway sakaisuji Hommachi...rupa-rupanya boleh tahan juga jauhnya...sampai je kat HRC tu duduk dulu...then barulah masuk membeli baju hard rock....
Nampak banyak tapi sebenarnya Nua punya 1 bag je... hahaha... |
Lokasi Restoran ni korang ke google ya..
Nua ambik Rices Dished Ethnic Curry Size Large... Teringin katanya nak makan kari Jepun.. |
Perut Kenyang Hati Senang... |
Lepas dah siap2 makan bagai...kami pun meneruskan misi ke Shinsaibashi sehinggalah ke Dutonbori dan Namba... Tapi hampa sikit sbb masa kami sampai kat dutonbori tu kedai2 banyak dah nak tutup..iya le pun kome..dah jam 10.00 mlm la pulak kan.. So kami decide ala jalan2 survey2 dan tgk2 mcm tu je..
Sudahnya kami balik je terus ke homestay naik JR Train dari Namba ke Shin Imamiya dengan tambang 120 yen..
Sudahnya dah selesai semua... balik rumah dah berehat... serta bermandikan air panas terutamanya kat kaki bagi lega sikit...
BTW hari ke 4 ni..badan dah mula gatal-gatal akibat kekeringan...
==========================================================
Kesimpulan Perjalanan hari ke-4 mengikut itenirary yg dirancang..
0830 – Breakfast Di
Hotel
0900 – Bergerak ke
Universal Studio Japan.
-
Jalan
Kaki ke Shin Imamiya Station. Naik JR dari Shin Imamiya > Universal City
> Jalan Kaki dalam 5 minit ke Universal Studio
-
0940 – Check In
Universal Studio (RM 306 @ ¥ 7,600 )
-
Tiket USJ
dinasihatkan dibeli di Malaysia.
-
Tiada
Makanan Halal. Tp boleh makan yang Vegetarian. (¥ 1,500 )
-
Hard Rock
Jgn Lupa Singgah
2100 – Dijangka
selesai segala aktiviti di USJ.
2100 – Perjalanan
Pulang mcm nak pergi juga.
2200 – Lets Dinner
and Tido.
** Semua
Perjalanan menggunakan JR West Kansai Pass
ALTERNATIF TRIP
0830 – Breakfast di
Hotel
0900 – Bergerak ke
Hirakata Park.
-
Naik dari
JR Shin Imamiya ( Osaka Loop Line ) > Kyobashi Station > Interchange to
Keihan Main Line > Hirakata Koen Station.
Guna ICOCA
2000 – Balik rumah @ jalan-jalan kat Dutonbori
** KESIMPULANNYA... KITA MERANCANG TP TUHAN YANG MENENTUKANNYA..
** Itenirary asal ni utk rujukan sapa2 yang nak rujuk.. Kami tak MAMPU nak ikut sgt pun sebenarnya.. hahah
Ok la...tu sahaja sehingga ke hari ini... Nnt ada kudrat dan hidayah nnt nua sambung lagi ok!!!
XoXo : BoYz NeXt DooR
** Itenirary asal ni utk rujukan sapa2 yang nak rujuk.. Kami tak MAMPU nak ikut sgt pun sebenarnya.. hahah
Ok la...tu sahaja sehingga ke hari ini... Nnt ada kudrat dan hidayah nnt nua sambung lagi ok!!!
XoXo : BoYz NeXt DooR
No comments:
Post a Comment