ADoiii!!!!!!! Masuk ni dah berapa kali dah nak update blog tp entah nak update blog tp haram jadinya.. Travelog ke Hong Kong pun masih dalam bentuk draf..ni kan pulak tiba2 ko terus update pasal ke Kansai plak..
=========================================================
But its ok...yg penting pakcik sentiasa yakin..
Kansai.. apakah itu??
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kawasan Kansai (関西地方 Kansai-chihō) atau Kinki (近畿地方 Kinki-chihō) terletak di kawasan selatan tengah pulau utama di Jepun iaitu Honshū, merangkumi wilayah-wilayah Mie, Nara, Wakayama, Kyoto, Osaka, Hyōgo, dan Shiga. Sesetengah pihak menganggap wilayah-wilayah Fukui dan Tokushima juga tergolong dalam kawasan ini. Meskipun erti nama "Kansai" dan "Kinki" banyak berubah sepanjang edaran zaman, tetapi kini kedua-duanya sama ertinya. Kawasan bandar gabungan Osaka, Kobe dan Kyoto (Keihanshin) ialah yang kedua teramai penduduk di Jepun, mengekori Tokyo Raya.
Istilah Kansai (関西), Kinki (近畿), dan Kinai (畿内) mendalam sekali sejarahnya, asalnya seawal-awal sejarah negara Jepun itu sendiri. Dalam pembaharuan Ritsuryō pada abad ke-6, sistem Gokishichidō mengasaskan wilayah-wilayah Yamato, Yamashiro, Kawachi, Settsu dan Izumi. Nama Kinai dan Kinki, yang lebih kurang membawa maksud "kawasan ibu kota", memaksudkan wilayah-wilayah tersebut. Kini, Kinai bermaksud kawasan Osaka-Kobe-Kyoto (Keihanshin) di pusat kawasan Kansai.
Nama Kansai ("di barat sempadan") pada asalnya memaksudkan tanah di barat Osaka no Seki, iaitu sempadan antara Wilayah Yamashiro dan Wilayah Ōmi (kini Wilayah Kyoto dan Wilayah Shiga). Pada zaman Kamakura, sempadan ini diubah untuk merangkumi wilayah-wilayah Ōmi dan Iga. Pada zaman Edo barulah Kansai memperoleh bentuk masa kininya. (lihat Kamigata) Sama dengan semua kawasan di Jepun, kawasan Kansai bukan sebuah bahagian pentadbiran, sebaliknya merupakan kawasan kebudayaan dan bersejarah.
Kawasan Kansai menuntut dirinya sebagai tempat kelahiran tamadun Jepun, kerana bandaraya Nara selaku titik paling timur sepanjang Laluan Sutera, merupakan tapak ibu kota tetap yang pertama di Jepun. Zaman Nara (710–784 M) menyaksikan tersebarnya agama Buddha ke Jepun serta pembinaan Tōdai-ji pada tahun 745. Kawasan Kansai juga bermegah dengan kuil paling suci dalam agama Shinto iaitu Kuil Ise (dibina pada 690 M) di wilayah Mie.
Haaaaa.... hebat tak abg copy paste je dari wikipedia... tq cik wikipedia atas bantuan sejarah itu.. Ok la!!! enough pasal sejarah
Baiklah....seperti di atas... Daerah Kansai ni terdiri daripada kawasan2 merangkumi wilayah-wilayah Mie, Nara, Wakayama, Kyoto, Osaka, Hyōgo, dan Shiga. Mana abg cover??? 9 hari ya abg pergi kaedahnya.. dalam 9 hari tu...aku berjaya cover Nara, Kyoto, Hyogo, Shiga dan of course la Osaka..
Baiklah semua....mari kita mulakan..
1. Tiket Flight
Baiklah semua....mari kita mulakan..
1. Tiket Flight
Macam biasa Nua menggunakan penerbangan tambang murah terbaik di dunia iaitu AirasiaX dgn motto "Everyone can fly"...gituuewwww...
Kalau ikutkan...Nua pergi 24 Januari 2018 - 1 Februari 2018.. and syukran daripada 9 hari tu.. Nuar cuma ambik 5 hari cuti sahaja sbb :-
27 Jan - Sabtu
28 Jan - Ahad
27 Jan - Sabtu
28 Jan - Ahad
31 Jan - Hari Thaipusam - Public Holiday katanya
1 Feb - Hari Wilayah Persekutuan
dan extra 2 Februari ambik cuti sbb jetlag katanya... hua hua hua!!! drama ok padahal ko sampai petang masa balik tu...hahahahha
harga tiket??? Mahal yaa!!!!!
dan extra 2 Februari ambik cuti sbb jetlag katanya... hua hua hua!!! drama ok padahal ko sampai petang masa balik tu...hahahahha
harga tiket??? Mahal yaa!!!!!
Harga tiket return actually RM 617.00 sahaja... tp kalau korang sememangnya berniat nak bercuti backpackers tanpa memikirkan OOTD, Shopping dan pemakanan yang melampau sememamngnya harga RM 617 tu dah berbaloi.. untuk trip kali ni Nua pergi seramai 12 orang.. What!!! 12 orang??? ramainyaaaa!!! iya uolsss!!! tu la hakikatnya kalau i bagitau kat umum nak bercuti..kalau tahu tu 20 mmg 20 oranglah yg akan pergi..
Tapi mcm nuar....percutian kali ini i dont want backpackers and i have never do backpackers trip lagi sbb entahlah...maybe sbb nua sgt2 mementingkan OOTD, Shopping dan pemakanan yang melampau.. ha ha ha ha... menangis tak baca?? hik!!!
Berkaitan dgn harga tiket...please beli insuran...walaupun jabatan nua telah membelikan nua insuran perjalanan bersama Gabungan Baiduri Sdn Bhd, tetapi nua masih juga akan membeli insuran dgn airlines.. sbb masih trauma dgn kejadian lepas... kejadian apa?? mohon tgk kat sini ya ---> BerCuTi Ke Bali For THe FirSt TiMe In My LiFe!!! ~~ Day 1 ~~
Checked baggage pulak...pergi 25kg dan balik 25kg just for me only!! takde share2... tp kenapa banyak sgt ni??? korg kena baca semua episode cerita ni dan ikuti sampai habis baru tahu kenapa.. byk sgt ya..
Meals in flight..... rasanya korg tgklah kat situ..mmg byk gilaa!! Nua makan sorang juga..tak kuasa nak share... ha ha ha ha....
Meals in flight..... rasanya korg tgklah kat situ..mmg byk gilaa!! Nua makan sorang juga..tak kuasa nak share... ha ha ha ha....
2. Accommodation
Untuk percutian kali ini.. Nua menempah homestay dari AirBNB.... sbb katanya kwn2 nua nak memasak bagai...nak duduk hostel katanya mcm takmo sbb susah.. tp bagus juga dok homestay ni kome. Ada mesin basuh dan pengering, ada tempat nak memasak.. ada tempat nak lepak2 bercerita bagai. Rumah agak besar dan lokasi dekat dgn Station2 train utama mcm Nankai express Line, Shin Imamiya station dan Subway Station Dobutsuen-Mae.. Mmg sgt memudahkan perjalanan kami semua.. Harga?? nnt Nuar reveal last sekali ya..
Kalau Perasan ada 2 lokasi rumah...tgk yg warna hijau ya..yg itu yg confirmnya.. Korang kalau tgk dalam peta tu mcm jauh kan tp sebenarnya setiap kali nak ke station2 tu semua berjalan kaki dalam 2 minit jah!! Kawasan?? Selamat ya amat walaupun nua berjalan lewat malam sorang2 ( Ni nnt nua cerita sbb apa ya )...
Ni Kat depan rumah kami.. Posed dgn basikal siapa entah. elok je parkingnya... |
Ni kat depan juga rumah kami..yg bangunan warna putih kat belakang tu la apartment yg kami sewa... |
3. Transportation.
Utk kali ni..perjalanan kami langsung tidak menggunakan agent. Kami gerak naik public transport je. So apa ke pass yg kami guna?
Utk kali ni..perjalanan kami langsung tidak menggunakan agent. Kami gerak naik public transport je. So apa ke pass yg kami guna?
a. ICOCA Card
ICOCA Card ni mcm kad touch N Go la kalau kat Malaysia. Harga dia dalam 2,000 yen yg mana 1,500 yen adalah isian tunai manakala 500 yen adalah deposit. Pulangkan balik nnt uols akan dapat semula 500 yen tu. Dalam masa yg sama juga nua siap2 top up 1,000 yen takut2 ada emergency. Tp kaedahnya mmg ada ya!!!
Tujuan utama beli ICOCA ni sebab nak naik Nankai Airport Express mudah sikit.. tak payah beria nak beli tiket lagi. Touch lalu go saja!! Pass ni nua beli kat JR Kaunter kat Kansai Airport.
b. Osaka Amazing Pass ( OAP )
Tujuan utama beli ICOCA ni sebab nak naik Nankai Airport Express mudah sikit.. tak payah beria nak beli tiket lagi. Touch lalu go saja!! Pass ni nua beli kat JR Kaunter kat Kansai Airport.
b. Osaka Amazing Pass ( OAP )
Osaka Amazing Pass ni mmg best. Harganya utk 2 days pass ialah 3,300 yen. Apa yg best, selain dia cover Subway, New Tram, dan bus, dia juga cover kemasukan free utk byk tempat attraction such as Osaka Castle, House and Living Museum, tempozan wheel dan banyak lagi...Seriously mmg sgt2 berbaloi pass ni.. Penggunaan adalah selama 2 hari berturut2...tak boleh selang seli ya.. guna jah pergi sejauh alam...tgk peta ya!! Untuk pengetahun juga, Osaka Amazing pass ni pun ada utk 1 day pass yang berharga 2,500 yen. Hek eleh!! sikit je lagi tambah duit dah dapat 2 days pass... Pass ni Nua beli kat Tourist Information Centre kat Kansai Airport. Kalau keluar dari Arrival tu terus ke belah kanan..Jalan terus nnt jumpalah Tourist Information Center tu. Senang je!!!
c. JR West - Kansai Area Pass
c. JR West - Kansai Area Pass
Nua dan kawan2 ambik yg bulatan warna hitam tu.. |
Kawasan JR Kansai Area Pass yg dicovernya. |
Untuk JR Pass ni...korang boleh pilih mana yang berkenan..siap2 booking dari Malaysia thru website sbb tiket ni kalau dibeli kat Osaka terus harga dia mahal sikit.. dan ada setengah2 tiket JR tidak dijual di Japan. u need to booking via authorised agent. Pass ni tak boleh guna utk Shinkansen iaitu keretapi laju di Kansai.. Kalau teringin nak naik shinkansen sila beli loose ticket atau beli Kansai WIDE Area Pass.
Pass yang nua ambik ni sesuai utk perjalanan yang jauh2... tp masih dalam ara kansai ya,, jgn nak trlajak jauh sgt!!! Nua book tiket ni dari Malaysia.. Then tebus di Station JR di Kansai Airport.
Pass yang nua ambik ni sesuai utk perjalanan yang jauh2... tp masih dalam ara kansai ya,, jgn nak trlajak jauh sgt!!! Nua book tiket ni dari Malaysia.. Then tebus di Station JR di Kansai Airport.
d. Subway one day Pass
Ok...yg ini plak adalah One day pass yg boleh digunakan menggunakan subway utk perjalanan 1 hari. Ni kena beli kat mesin tiket kat subway station... tp harga dia berbeza utk weekend dan weekdays.. kalau weekend harga dia murah sikit...dalam 600 yen.. kalau weekdays dalam 800 yen. Sgt berbaloi guna ni drpd guna ICOCA sbb guna ni utk semua perjalanan dalam 600 yen je..berbanding dgn guna ICOCA dia akan cas bagi setiap perhentian terakhir kita. Tp nasihat nua kalau korg jarang naik train which is less than 4 kali turun naik train, better korang pakai je la ICOCA tu.. murah sikit lagi.. liputan kawasan dia sama dgn Osaka Amazing pass cumanya nak masuk tmpt2 tarikan pelancong tak dapat la free.. Nua ada guna ni sebanyak 1 kali..
Tu je 4 pass yang nua ada guna sepanjang di Osaka.. Ikutkan ada banyak lagi pass yg boleh digunakan di Kansai yang boleh menjimatkan pelancong. Korang boleh dapatkan semuanya kat Tourist Information Center kat Kansai Airport. Mcm2 pass ada... tp utk nua..sememangnya hanya 4 pass ni sahaja yg nua rasa sesuai dgn nua...
Extra Review
Kansai Thru Pass
Kansai thru pass ni pun boleh dikatakan mempunyai faedah yang hebat kepada pelancong. Coverage dia pun agak besar dan meliputi semua kawasan di kansai. Cuma tak boleh naik JR Line je la..kena naik subway dan local train jah. Jadi Perjalanan sometimes akan agak lambat sikit. Yg Best tentang tiket ni, ianya boleh digunakan secara berselang seli.. jadinya takdelah kita rasa tertekan kalau tak dapat guna tiket ni direct 2-3 days in a row.. Tp nua tak beli tiket ni sbb nua rasa nua tidak memerlukannya. Harga tiket ini ialah 4,000 yen ( 2 days ) dan 5,200 yen utk 3 hari....
================================================================
Setakat ini, itu benda2 utama yg perlu Nua dan kawan2 kena ambil tahu. Lain-lain keperluan adalah mengikut kehendak dan kemampuan sendiri ya..
Baiklah...itu sahaja utk hari ni.. nnt kita jumpa lagi kat update yang akan datang..
9 orang daripada 12 orang. 1 orang yg snap gambar ni. Lagi 2 orang tgh beratur beli ubi kukus. |
Baiklah...itu sahaja utk hari ni.. nnt kita jumpa lagi kat update yang akan datang..
XoXo : BoYz NeXt DooR
Ada masa meh la baca ni juga..
Ada masa meh la baca ni juga..
No comments:
Post a Comment