Baiklah....sambungan dari Part 1...tp berjaya buat dalam hari yang sama walaupun berbeza masa.. tp tu la...tgh ada masa free ni kami buatlah ya...
Seperti yang semua maklum bahawasanya masa penerbangan Nua ke Kansai adalah pada jam 8.05 minit pagi... tp yg gatainya nua dah siap2 bertolak ke KLIA2 pada jam 2.00 pagi.. Nasib baik ada housemate nua yg boleh mengantor ke airport pada lewat2 malam itu.
Reason gi awal tu sbb ada kawan2 yg dah ada kat airport tu seawal jam 12.00 mlm dan 3.00 pagi.. sbb diorg dri ipoh naik Yoyo Bas. Bagus ya Yoyo Bus ni...tp nua dr Putrajaya ni naik je la kereta ya @ naik ERL...tp ERL tidak beroperasi lagi...1st train dari putrajaya pun jam 4.20 pagi...sempat je kan kalau nak ke airport...tp sbb ada kwn2 yg mcm ala2 1st time nak ke oversea ni..so kita pun awal la juga bertolaknya.. Akibatnya mata rabak dan kita tidur berdengkur sahaja spjg perjalanan.. tahniahh!!!
So seawal jam 3.30 pagi semuanya dah ada kat KLIA 2.. maka buatlah urusan check in bag bagai dan makan di Merrybrown.. Maka tepat jap 8.05 pagi kami tayar kapal terbang pun bergolek tanpa ada delay pun. Alhamdulillah...
Haaaa!!!! Ramai tak rombongan Nua??? hehehehe |
Macam Biasa utk semua trip bergambar dulu kat depan perlepasan antarabangsa... Feeling as usual like others.. Mcm dah jadi budaya pulak kan?? |
Moment dalam flight lak?? aku Tido yaa... bangun kejap sbb nak makan dan tidur semula... Gila komeee mata rabak tak cukup tido...
Then kami semua sampai tepat jam 3.45 petang waktu tempatan. ( Kat Osaka Awal Sejam dari Kita )..
Apa kami buat dulu bila sampai2 kat Kansai Airport??
Actually semua terduduk ya sbb pening atau adakah ini dinamakan jetlag?? Serious beb pening tiba2... Masalahnya pening tu hadir di waktu kapal tu nak touch down dah.. dlm kapal tu aku rasa 3-4 org jugalah yg dok muntah... iyeekkk!!! tp Nua dan kawan2 bertahan.. Sesudah touch down!! lambatlah pulak nak bukak pintunya... mmg rasa nak menjerit je sebenarnya!! Elok keluar je dari kapal tu terus berlari dan terduduk tersandor ke dinding... hahahaha
Ambik msa jap dalam 15 minit mcm tu..baru pergi ke imigresen dan toilet bagai...risau sbb time tu muka dah berpeluh2...takut dalam scanner diorg tu nnt detect kita tak sihat pula..Xpasal2 terus kena hantor pulang.. Sia2 aje kesahnya nnt....
ANDA BAWAK BERAS???
Jangan lupa pergi istiharkan beras anda itu..just isytihar je.. sbb beras mentah perlu utk diisytiharkan oleh pihak kastam japan. Sekejap je pun urusannya... Nua, dan sorang lagi kawan tidak bernasib baik sbb beg kami dibukak utk pemeriksaan...let say kalau nua tak gi kastam isytiharkan beras nua tu korang rasa apa akan jadi??? tak ke naya sebenarnya???
Ok..tutup cerita pasal beras..
Keluar je dari pintu ketibaan... terus semua bergerak ikut nua ke Tourist Information Centre.. Sebab kat sini kami nak beli tiket iaitu OSAKA AMAZING PASS.. Whats that?? Baca kat sini ya utk maklumat yang lebih lanjut...
Tgk pun dah tau mcm2 tiket jual kat sini.. Byk betul iklan ditampal.. Nak apa2 beli kat sini je semua termasuk la tiket USJ dll |
Sesudah selesai beratur membeli segala bagai tiket yang dikehendaki... kita kena gerak ke 2nd floor... Nak buat apa?? Kat situ kita nak claim booking JR Pass dan nak beli ICOCA Card..
Ni la Kaunter depan JR.. 2nd Floor ya!!! kat depan dia entrance masuk Nankai Line dan JR Line.. |
Sempat Bergambar lps selelsai beli tiket semua.. |
Maka..setelah selesai segala urusan.. kami pun bergerak la ke Nankai Express Line..
Pintu Masuk ke dalam stesen train. |
Di hadapan Kaunter JR tu...uols akan nampak entrance utk JR Line dan Nankai Line.. Kalau korang nak terus ke Kyoto sememangnya naik la Haruka kat JR Line terus ke Kyoto. Yg duduk Area Tennoji pun boleh naik Haruka..
tetapi memandangkan kami duduk kat Shin Imamiya Which is Station Nankai Express lebih dekat.. Maka we are decide utk naik Nankai.. Line Warna Merah tu...
Serious sgt selesa dan tepat waktunya.. Tp mg ramai betul org.. Nankai lak ada 2 jenis kome..
1. Nankai Express.. Tambang 1300 yen. Which is cepat dan ada reserve seat.
2. Nankai Tren apa entah.. Lupa laa.. Tambang 930 yen. Berenti byk Station. Takde reserve seat.
Macam beza ERL Transit dgn ERL Ekspress la... So nak jimat duit kami decide naik yg banyak transit tu je..
Sampai2 kat Shin Imamiya mmg dah malam.. Kami terus decide ke Homestay kami dan berehat.. Malam buat apa??
Kami Keluar ya lps dinner masak sendiri.. Meggi je pun!!! hahaha..
Destinasi?? Kami ke Maruhan @ Don Qui Jote berhampiran homestay kami which is dekat sgt dgn Dobutsue-Mae Station.. Btw kami survey je!!! Tgk2 keadaan.. sbb hari malam kan..dan baru sampai.. Takde buat apa2 pun...serious!!!
Tempat ni besar la juga...mcm2 barang ada tp kami survey jah!!
Balik tu kami singgah lak kat Super Tamade... sbb kedai tu dekat dgn Homestay kami.
Buat apa pulak kat sini??? Yaaahhh!!! Nua gi beli telur, pisang, Air Coklat Van Hauten dan beli sotong mentah.. hahahaha..
Nak masak katanya....
Fuhh!!! Selesai hari pertama.. Berjalan Sekitar homestay je.. Ok la.. tunggu sambungan nnt ya utk Hari yg kedua dan seterusnya..
==========================================================
Rumusan Perjalanan Hari Pertama mengikut ittenirary yang telah dirancang.
0420 – Naik Train ERL
ke KLIA 2 (RM9.50)
0450 – Pengurusan
Diri di KLIA2
-
Pengesahan
Dokumen
-
Check In
Luggage
-
Breakfast
(RM10.00)
-
Ready To
Eat Food Preparation Purchase at MCD etc (RM20.00)
-
Melepasi
Imigresen
-
Melepasi
Kastam
-
Solat
Subuh
0720 – Gate Close and
Ready to Boarding.
0800 – Bye Bye
Malaysia.
0900 – Prebook Meal
Diedarkan
0930 – Penjualan
Makanan. Anything 2 Purchase
1100 – Penjualan
Merchandise.
1130 – Tidor.
ZZZzzzzzzzzzzzzzz
Japan Time is
Started!!
1525 – Ready to
Landing @ KIX
1630 – Selesai semua
Urusan
-
Japan
Imigration Done
-
Toilet
Done
-
Japan
Custom Done
1640 – Train Ticket
Purchase ( Collect ) in Airport
-
JR West
Kansai 2 days Pass (¥ 4,300)
-
ICOCA
Card + topup (¥ 3,000)
-
Osaka
Amazing 2 Day Pass (¥ 3,300)(9*)
1700 – Airport ke
Hotel Naik Nankai Train ( ¥930).
Using ICOCA / Ticket. Stop di Shin Imamiya Station.
1800 – Check In Hotel
-
9 hari 8
malam (RM 800 already paid in Malaysia)
-
10% – 15%
diskaun utk stay seminggu
2000 – Dinner dengan
bekalan makanan sedia ada
2040 – Tido dan
Research Route Berjemaah
No comments:
Post a Comment