Apa kabar semuanya?? ada yg dah merancang nak ke Osaka ke tue??? Meh la baca blog Nua ni.. manalah tau ianya membantu kaannzz...
=======================================================
Sambungan daripada Part 1 dan Part 2..ni dah masuk part 3 plak... Mohon kerajinan utk update blog kekal sampai ke part 800... if not bertangguh lagilah jawabnya....
Baiklah...utk hari Kedua kami di Kansai...Kalau ikut itenirary yg dirancang, kami plan nak pergi ke Kyoto tp entah macam mana pada malam sebelum tu nua Decide utk tukar haluan.. Kata Putus telah diberikan maka sebulat suara setuju ( padahal mcm guna kuasa veto Tan Sri Nua Mustafa jah ) we will going to Hyogo dulu which is kita pergi yang jauh dulu..then baru cover yang dekat.. Then sebab lain nak pergi ke Hyogo dulu sbb ke ke Kyoto kami kena keluar awal pagi which is ada tempat2 kami nak sampai awal pagi utk bergambar dalam keadaan org tak ramai... Jadinya memandangkan kami semua masih jetlag...agak sukar katanya nak bangun awal pagi.. jadi pukul 8.00 pagi adalah terbaik utk keluar rumah. Suhu pada waktu itu adalah 1°c hingga 3°c
Untuk hari kedua kami di sini... kami akan menggunakan JR Kansai Area Pass yang dh siap2 kami booking dari Malaysia..
Sambil menunggu yang lain2 siap kita pose meletop dulu walaupun ala2 mcm nak tidur!!! |
And syukran again JR Station Shin Imamiya dekat sgt dgn kawasan rumah kami. Jadi seawal jam 8.00 pagi lagi kami dah keluar. Memula sekali kami akan pergi ke... HIMEJI!!!
How to going there?? Serious beb mmg senang gila.. Gunalah Google Maps ya!! Sangat membantu ditambah dgn Portable Wireless yang dibekalkan oleh tuan rumah yg kami sewa tu.. senang kan??
ok..mcm mana nak gi sana??
Dari Shin Imamiya Station > Osaka Station > Tukar ke Platform 5 > Naik train yang ada tulis Himeji @ Tokaido - Sanyo. Total cost Nua tak pasti sbb nua guna JR Pass..
Tips : Jgn naik yg tulis Hyogo... nnt korg kena tukar2 train..penat tau!! hehehehe
Sampai2 nak seberang jalan pun nak kena posed cantik.. tq to our mr photographer... hehehehe.... Lokasi : Hadapan Station Himeji |
Kat Himeji ni sebenarnya senang je... Sampai je JR Station Himeji...dari jauh lagi korang dh nampak Istana Himeji. Ada yang kata naik bas bagai tapi Nua dan kawan2 gigih berjalan ya walaupun jauh...
Misi : Tengah jalan2 tu tiba2 salji turun...seriousssss korang salji turun..Memula Nua igtkan habuk org vacuum @ ada org sapu sampah..rupanyaaa tidaaaakkk yaa...its really truly snow ok!!! nak sujud syukur rasanya.. tapi sayangnya sekejap je..
Untuk kat Himeji castle ni... kitaorg semua plan... Kalau salji tebal akan masuk ke Istana tu dgn bayaran 1,000 yen which is bayaran masuk istana dan taman bunga kat belakang istana tu....very the Instagram Spot katanya... Tetapi memandangkan salji takde...yg turun pun tak memenuhi lantai... maka kami bergambar dari luar je.. Fuhhh!!! Jimat 1,000 yen.. Kalau org tanya kita at least kita cakap kita dh sampai ya!!! hahahaha
Ok...Lets Layan Gambar....
Himeji Castle.. Mendung je...Mungkin sbb salji nak turun..cewwaahh!!! |
Himeji Castle
Istana Himeji (Bahasa Jepun : 姫路城, Himeji-jō) adalah sebuah istana yang terletak di kota Himeji, Prefektur Hyogo, Jepun. Menurut pembahagian provinsi zaman dulu, istana ini terletak di Harima-no-kuni, Shikito-gun, Himeji. Pesona keindahan bangunan berwarna putih yang mendominasi tembok-tembok istana menjadikan Istana Himeji mempunyai sebutan lain "istana burung bangau putih" (bahasa Jepun: 白鷺城, Shirasagi-jō). Istana Himeji merupakan salah satu contoh peninggalan seni bina istana dari awal abad ke-17 yang paling penting.
Istana Himeji selalu terselamat dari bahaya akibat peperangan dan selamat dari kejatuhan istana di tangan musuh, sehingga menara utama dan bangunan-bangunan istana lainnya masih banyak yang berdiri teguh. Pemerintah Jepun menetapkan 8 bangunan, antara lain menara utama, menara kecil, dan Watari-yagura yang ada di dalam kompleks istana sebagai pusaka negara. Selain itu, berjenis-jenis bangunan dengan jumlah sebanyak 74 bangunan di dalam kompleks istana (27 bangunan Yagura/Watari-yagura, 15 bangunan pintu gerbang, 32 bangunan tembok) ditetapkan sebagai warisan budaya yang penting.
Istana Himeji dinilai sebagai peninggalan budaya milik dunia yang sangat berharga, sehingga pada tahun 1993 UNESCO memasukkan Istana Himeji ke dalam daftar web Warisan Dunia untuk kategori warisan budaya.
Dari kejauhan terlihat indah dengan tembok-tembok istana berwarna putih, Istana Himeji sering dijadikan lokasi filem dengan latar belakang sejarah Jepun zaman dulu. Istana ini juga sering dipakai sebagai lokasi pengganti untuk istana-istana lain seperti Istana Edo.
Sumber : Wikipedia
Sumber : Wikipedia
Depan pintu masuk utama istana |
Sungai yang mengelilingi istana.. Maybe utk pertahanan pada zaman dulu2. |
Our mr photographer.. Gambar dari kamera dia cantik ok..Harap Iphone 6 Nua mmg hambarlah gambarnya. |
Kaedahnya mendung aje sepanjang berada kat Himeji Castle ni... Sebenarnya mmg berharap kawasan ni turun salji...tp apakan daya salji dia malu2 kat sini. Bayangkan salji ada kat sini mesti lawa gila kawasan ni. Ok... Berangan!!! bye!! hahahaha
Honestly perjalanan ke sini mmg jauh... Nua tido bangun tido bangun masih tak sampai ya!! jauhhh!!! Tp bila dh sampai kita jelajah je utk kepuasan melancong.
Selesai di Himeji....
What we do next?? Seterusnya kami akan singgah di KOBE... Sebuah bandar berhampiran dengan laut.
Dari Himeji Station > Sannomiya Station .. Keluar Je dari Sannomiya ( Actually Nua sendiri tak ingat nua keluar pintu berapa... nampak terus sign board Ikuta Shrine tu yang ikut je signboard tu )..
Tujuan kami kat sini ada 2..
1. Ikuta Shrine
2. Masjid Kobe
Jadi kami jalan je ikut signboard sebenarnya.. Nak dijadikan beberapa cerita lawak.. patutnya org kata nampak je Torii Gate kayu tak bercat tu mmg dah betul dah laluannya..tapi kami semua entah lalu mana tak muncul pun dari pintu depan.. kami muncul dari pintu tepi belakang..
Ni dari pintu depan..tp kami tak muncul dari sini... kami muncul dari belah kanan nun. Sumber : Google |
Sepanjang berjalan kaki nak ke Ikuta Shrine.. Sempat ya membeli belah kat H&M Himeji beli winter coat murah!!! Dan stokin!!! hahahaha |
Kami muncul2 terus kat sini je... snap dulu gambar. |
Actualy kat sini takde apa pun..setakat nak begambar2 tu boleh le kome.. tp masalahnya takde org kat sini.. Seram tetiba menerjah ke diri ini.. hahahahaha...
Lepas tu kami berjalan kaki utk mencari Masjid Kobe..ni kaedahnya kena guna Google Maps sbb confius nak mencari jalan yang benar..
Di sepanjang perjalanan ke Masjid Kobe, Korang akan jumpa byk sgt kedai makanan halal.. Mcm2 kedai runcit... Kalau ikutkan nak je membeli ayam ke, nugget ke tp dipikirkan nak membawak balik ke Osaka tu masih jauh...so Lupakan aja hasrat tu..
Btw masa ni kami tak makan lunch lagi ya..!!!
ehh!!! sempat tukar baju baru beli kat H&M hahahaa |
Kaedahnya kat sini kita menunaikan apa yang patut sebagai muslim. Jangan lupa tuntutan yang harus kita laksanakan sebagai hambanya yang bertaqwa.
Apa yang best kat sini?? Seriously kat masjid ni org dia baik2.. takde nak halau atau nak marah ke apa kat masjid..siap dia suruh isi air..hidangkan kami dgn kurma..mcm tau2 je tgh lapar... hahahaha..
Berbeza dgn masjid2 masa kat Hong Kong ( ehh!! tiba hong kong kenapa?? ) ada part2 penjaga masjid akan marah kita..iyooo!!! takutlah!!!
Selesai Kami bersolat dan berehat membetul tulang kaki..kami semua pun feelinglah mencari Restoran halal sekitar sini. Tapi macam tak berapa nampak kecuali kedai Nan kat depan masjid kobe ni.
Ehsan dari Google Maps |
Makanan kat kedai ni actually not bad.. Harga?? Jgn cakap..susah nak cari yang bawah 1,000 yen kalau makan kat restoran ni..tp apakan daya perut memang dah lapor...jadi kita makan je..
Mcm2 menu ada... tp boleh dikatakan semua kawan2 nua memilih Beriani... ada ambik beriani ayam, ada ambik beriani kambing.. tapi Nua memilih Nan With Mutton Curry.. I tot sikit je..rupanya nan tu sampai 3 keping dia bagi..share berdua pun rasanya ok ja!!!
Total kos ?? Kalau nua sorang je 1,300 yen termasuk dgn air bagai.. yang lain2 bayar masing2.. hahaha.. ini adalah dinner kami cum latelunch.. hahahaha... ikutkan ada je bekalan bawak tp jam 10,00 pagi udah memasing lapor!!! Cuaca sejuk ok!!
Selesai kami makan...kami jalan2 sekitar situ...tp sebenar menuju ke Station train je.. Niat tu banyak dalam kepala such as nak singgah Kobe Port dll...tp apakan daya cuaca sejuk ya amat ditambah kaki yang mcm nak tercabut.
Sememangnya utk hari ni 26,000 step telah berjaya dilaksanakan. (Ehh!! mcm tu ke ayat dia?? hahaha )...
Jadi sepanjang kat situ kami jalan2 je..jalan2 sampai sesat..dah sesat baru bukak google maps utk cari jalan yang benar ke JR Station...
Dari Kobe..kami balik semula ke Shin Imamiya...udah tak larat kabonya nak ke mana2 dah.. tapi tetap singgah kat Maruhan Don Qui Jote dah Super Tamade... Apa tu? Please baca episode 2 ya.. hahaha
Ok la...habis setakat ini.. Balik rumah memasing mengurut kaki.. hahaha...
=============================================================
Rumusan Perjalanan Hari Kedua mengikut itenirary Asal..
0530 – Breakfast di
Hotel
0630 – Bergerak ke Himeji.
-
JR Shin
Imamiya ke JR Osaka Station ( Osaka Loop Line ) lps tu tukar train ke Himeji
Station ( Tokaido Sanyo Line )
0830 – Dijangka
sampai di Himeji Station.
-
Breakfast
dengan bekalan kalau ada
0900 – Himeji Castle (
Jalan Kaki Jah ) (¥1,000)
1030 – Bergerak ke
Kobe dari Himeji Station ke
Sannomiya Station ( Tokaido Sanyo
Line )
1115 - Dijangka
sampai di Sannomiya Station.
1130 – Ikute Jinja
Sharine ( Jalan Kaki Jah )
1230- Kobe Mosque (
Jln Kaki Jah)
1330 – After Solat
kita Lunch. Byk Kedai halal di
sekitar Masjid ( ¥1,500)
1400 – Kobe Port
Naik City Loop Bus. (¥250)
-
Kobe
Tower (¥ 600)
-
Kobe
Chinatown
1800 – Lets Balik ke
Osaka Semula.
1945 - Free And Easy. Ikut komelah nak buat apa
ya!!!
1900 – Plan mcm nak
gi jelajah kedai2 2nd hand kat
Namba. Anyone nak follow??
1915 – Dinner kat
mana?? Masak @ Makan Luar?
** KESIMPULANNYA... KITA MERANCANG TP TUHAN YANG MENENTUKANNYA..
** Itenirary asal ni utk rujukan sapa2 yang nak rujuk.. Kami tak ikut sgt pun sebenarnya.. hahah
Ok la...tu sahaja sehingga ke hari ini... Nnt ada kudrat dan hidayah nnt nua sambung lagi ok!!!
XoXo : BoYz NeXt DooR
No comments:
Post a Comment