Wednesday, October 31, 2018

~ Percutian Bajet ke Kansai Osaka Part 3 ~ Mengharapkan segumpal Salji di Himeji Dan Keindahan Masjid Kobe

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Apa kabar semuanya?? ada yg dah merancang nak ke Osaka ke tue??? Meh la baca blog Nua ni.. manalah tau ianya membantu kaannzz...

=======================================================

Sambungan daripada Part 1 dan Part 2..ni dah masuk part 3 plak... Mohon kerajinan utk update blog kekal sampai ke part 800... if not bertangguh lagilah jawabnya....

Baiklah...utk hari Kedua kami di Kansai...Kalau ikut itenirary yg dirancang, kami plan nak pergi ke Kyoto tp entah macam mana pada malam sebelum tu nua Decide utk tukar haluan.. Kata Putus telah diberikan maka sebulat suara setuju ( padahal mcm guna kuasa veto Tan Sri Nua Mustafa jah ) we will going to Hyogo dulu which is kita pergi yang jauh dulu..then baru cover yang dekat.. Then sebab lain nak pergi ke Hyogo dulu sbb ke ke Kyoto kami kena keluar awal pagi which is ada tempat2 kami nak sampai awal pagi utk bergambar dalam keadaan org tak ramai... Jadinya memandangkan kami semua masih jetlag...agak sukar katanya nak bangun awal pagi.. jadi pukul 8.00 pagi adalah terbaik utk keluar rumah. Suhu pada waktu itu adalah 1°c hingga 3°c

Untuk hari kedua kami di sini... kami akan menggunakan JR Kansai Area Pass yang dh siap2 kami booking dari Malaysia..
Sambil menunggu yang lain2 siap kita pose meletop dulu walaupun ala2 mcm nak tidur!!!

And syukran again JR Station Shin Imamiya dekat sgt dgn kawasan rumah kami. Jadi seawal jam 8.00 pagi lagi kami dah keluar. Memula sekali kami akan pergi ke... HIMEJI!!!

How to going there?? Serious beb mmg senang gila.. Gunalah Google Maps ya!! Sangat membantu ditambah dgn Portable Wireless yang dibekalkan oleh tuan rumah yg kami sewa tu.. senang kan??

ok..mcm mana nak gi sana??

Dari Shin Imamiya Station > Osaka Station > Tukar ke Platform 5 > Naik train yang ada tulis Himeji @ Tokaido - Sanyo. Total cost Nua tak pasti sbb nua guna JR Pass..

Tips : Jgn naik yg tulis Hyogo... nnt korg kena tukar2 train..penat tau!! hehehehe

Sampai2 nak seberang jalan pun nak kena posed cantik.. tq to our mr photographer... hehehehe.... Lokasi : Hadapan Station Himeji






























Kat Himeji ni sebenarnya senang je... Sampai je JR Station  Himeji...dari jauh lagi korang dh nampak Istana Himeji. Ada yang kata naik bas bagai tapi Nua dan kawan2 gigih berjalan ya walaupun jauh...

Misi : Tengah jalan2 tu tiba2 salji turun...seriousssss korang salji turun..Memula Nua igtkan habuk org vacuum @ ada org sapu sampah..rupanyaaa tidaaaakkk yaa...its really truly snow ok!!! nak sujud syukur rasanya.. tapi sayangnya sekejap je..

Untuk kat Himeji castle ni... kitaorg semua plan... Kalau salji tebal akan masuk ke Istana tu dgn bayaran 1,000 yen which is bayaran masuk istana dan taman bunga kat belakang istana tu....very the Instagram Spot katanya... Tetapi memandangkan salji takde...yg turun pun tak memenuhi lantai... maka kami bergambar dari luar je.. Fuhhh!!! Jimat 1,000 yen.. Kalau org tanya kita  at least kita cakap kita dh sampai ya!!! hahahaha

Ok...Lets Layan Gambar....
 Himeji Castle.. Mendung je...Mungkin sbb salji nak turun..cewwaahh!!!


Himeji Castle

Istana Himeji (Bahasa Jepun : 姫路城, Himeji-jō) adalah sebuah istana yang terletak di kota HimejiPrefektur HyogoJepun. Menurut pembahagian provinsi zaman dulu, istana ini terletak di Harima-no-kuni, Shikito-gun, Himeji. Pesona keindahan bangunan berwarna putih yang mendominasi tembok-tembok istana menjadikan Istana Himeji mempunyai sebutan lain "istana burung bangau putih" (bahasa Jepun: 白鷺城, Shirasagi-jō). Istana Himeji merupakan salah satu contoh peninggalan seni bina istana dari awal abad ke-17 yang paling penting.
Istana Himeji selalu terselamat dari bahaya akibat peperangan dan selamat dari kejatuhan istana di tangan musuh, sehingga menara utama dan bangunan-bangunan istana lainnya masih banyak yang berdiri teguh. Pemerintah Jepun menetapkan 8 bangunan, antara lain menara utama, menara kecil, dan Watari-yagura yang ada di dalam kompleks istana sebagai pusaka negara. Selain itu, berjenis-jenis bangunan dengan jumlah sebanyak 74 bangunan di dalam kompleks istana (27 bangunan Yagura/Watari-yagura, 15 bangunan pintu gerbang, 32 bangunan tembok) ditetapkan sebagai warisan budaya yang penting.
Istana Himeji dinilai sebagai peninggalan budaya milik dunia yang sangat berharga, sehingga pada tahun 1993 UNESCO memasukkan Istana Himeji ke dalam daftar web Warisan Dunia untuk kategori warisan budaya.
Dari kejauhan terlihat indah dengan tembok-tembok istana berwarna putih, Istana Himeji sering dijadikan lokasi filem dengan latar belakang sejarah Jepun zaman dulu. Istana ini juga sering dipakai sebagai lokasi pengganti untuk istana-istana lain seperti Istana Edo.

Sumber : Wikipedia

Depan pintu masuk utama istana

Sungai yang mengelilingi istana.. Maybe utk pertahanan pada zaman dulu2.


Our mr photographer.. Gambar dari kamera dia cantik ok..Harap Iphone 6 Nua mmg hambarlah gambarnya.







Kaedahnya mendung aje sepanjang berada kat Himeji Castle ni... Sebenarnya mmg berharap kawasan ni turun salji...tp apakan daya salji dia malu2 kat sini. Bayangkan salji ada kat sini mesti lawa gila kawasan ni. Ok... Berangan!!! bye!! hahahaha

Honestly perjalanan ke sini mmg jauh... Nua tido bangun tido bangun masih tak sampai ya!! jauhhh!!! Tp bila dh sampai kita jelajah je utk kepuasan melancong.

Selesai di Himeji....

What we do next?? Seterusnya kami akan singgah di KOBE... Sebuah bandar berhampiran dengan laut.

Dari Himeji Station > Sannomiya Station .. Keluar Je dari Sannomiya ( Actually Nua sendiri tak ingat nua keluar pintu berapa... nampak terus sign board Ikuta Shrine tu yang ikut je signboard tu )..

Tujuan kami kat sini ada 2..

1. Ikuta Shrine

2. Masjid Kobe

Jadi kami jalan je ikut signboard sebenarnya.. Nak dijadikan beberapa cerita lawak.. patutnya org kata nampak je Torii Gate kayu tak bercat tu mmg dah betul dah laluannya..tapi kami semua entah lalu mana tak muncul pun dari pintu depan.. kami muncul dari pintu tepi belakang..

Ni dari pintu depan..tp kami tak muncul dari sini... kami muncul dari belah kanan nun.
Sumber : Google

Sepanjang berjalan kaki nak ke Ikuta Shrine.. Sempat ya membeli belah kat H&M Himeji beli winter coat murah!!! Dan stokin!!! hahahaha


Kami muncul2 terus kat sini je... snap dulu gambar.




Actualy kat sini takde apa pun..setakat nak begambar2 tu boleh le kome.. tp masalahnya takde org kat sini.. Seram tetiba menerjah ke diri ini.. hahahahaha...

Lepas tu kami berjalan kaki utk mencari Masjid Kobe..ni kaedahnya kena guna Google Maps sbb confius nak mencari jalan yang benar..

Di sepanjang perjalanan ke Masjid Kobe, Korang akan jumpa byk sgt kedai makanan halal.. Mcm2 kedai runcit... Kalau ikutkan nak je membeli ayam ke, nugget ke tp dipikirkan nak membawak balik ke Osaka tu masih jauh...so Lupakan aja hasrat tu..

Btw masa ni kami tak makan lunch lagi ya..!!!

ehh!!! sempat tukar baju baru beli kat H&M hahahaa



Kaedahnya kat sini kita menunaikan apa yang patut sebagai muslim. Jangan lupa tuntutan yang harus kita laksanakan sebagai hambanya yang bertaqwa.

Apa yang best kat sini?? Seriously kat masjid ni org dia baik2.. takde nak halau atau nak marah ke apa kat masjid..siap dia suruh isi air..hidangkan kami dgn kurma..mcm tau2 je tgh lapar... hahahaha..

Berbeza dgn masjid2 masa kat Hong Kong ( ehh!! tiba hong kong kenapa?? ) ada part2 penjaga masjid akan marah kita..iyooo!!! takutlah!!!

Selesai Kami bersolat dan berehat membetul tulang kaki..kami semua pun feelinglah mencari Restoran halal sekitar sini. Tapi macam tak berapa nampak kecuali kedai Nan kat depan masjid kobe ni.


Ehsan dari Google Maps

Makanan kat kedai ni actually not bad.. Harga?? Jgn cakap..susah nak cari yang bawah 1,000 yen kalau makan kat restoran ni..tp apakan daya perut memang dah lapor...jadi kita makan je..

Mcm2 menu ada... tp boleh dikatakan semua kawan2 nua memilih Beriani... ada ambik beriani ayam, ada ambik beriani kambing.. tapi Nua memilih Nan With Mutton Curry.. I tot sikit je..rupanya nan tu sampai 3 keping dia bagi..share berdua pun rasanya ok ja!!!

Total kos ?? Kalau nua sorang je 1,300 yen termasuk dgn air bagai.. yang lain2 bayar masing2.. hahaha.. ini adalah dinner kami cum latelunch.. hahahaha... ikutkan ada je bekalan bawak tp jam 10,00 pagi udah memasing lapor!!! Cuaca sejuk ok!!

Selesai kami makan...kami jalan2 sekitar situ...tp sebenar menuju ke Station train je.. Niat tu banyak dalam kepala such as nak singgah Kobe Port dll...tp apakan daya cuaca sejuk ya amat ditambah kaki yang mcm nak tercabut.

Sememangnya utk hari ni 26,000 step telah berjaya dilaksanakan. (Ehh!! mcm tu ke ayat dia?? hahaha )...

Jadi sepanjang kat situ kami jalan2 je..jalan2 sampai sesat..dah sesat baru bukak google maps utk cari jalan yang benar ke JR Station...

Dari Kobe..kami balik semula ke Shin Imamiya...udah tak larat kabonya nak ke mana2 dah.. tapi tetap singgah kat Maruhan Don Qui Jote dah Super Tamade... Apa tu? Please baca episode 2 ya.. hahaha

Ok la...habis setakat ini.. Balik rumah memasing mengurut kaki.. hahaha...

=============================================================

Rumusan Perjalanan Hari Kedua mengikut itenirary Asal..

0530 – Breakfast di Hotel
0630 – Bergerak ke Himeji.
-          JR Shin Imamiya ke JR Osaka Station ( Osaka Loop Line ) lps tu tukar train ke Himeji Station ( Tokaido Sanyo Line )
0830 – Dijangka sampai di Himeji Station.
-          Breakfast dengan bekalan kalau ada
0900 – Himeji Castle ( Jalan Kaki Jah ) (¥1,000)
1030 – Bergerak ke Kobe dari Himeji Station ke
             Sannomiya Station ( Tokaido Sanyo Line )
1115 - Dijangka sampai di Sannomiya Station.
1130 – Ikute Jinja Sharine ( Jalan Kaki Jah )
1230- Kobe Mosque ( Jln Kaki Jah)
1330 – After Solat kita Lunch. Byk Kedai halal di
             sekitar Masjid ( ¥1,500)
1400 – Kobe Port Naik  City Loop Bus. (¥250)
-          Kobe Tower (¥ 600)
-          Kobe Chinatown
1800 – Lets Balik ke Osaka Semula.
1945 -  Free And Easy. Ikut komelah nak buat apa
             ya!!!
1900 – Plan mcm nak gi jelajah kedai2 2nd hand kat
             Namba. Anyone nak follow??

1915 – Dinner kat mana?? Masak @ Makan Luar?

** KESIMPULANNYA... KITA MERANCANG TP TUHAN YANG MENENTUKANNYA.. 
** Itenirary asal ni utk rujukan sapa2 yang nak rujuk.. Kami tak ikut sgt pun sebenarnya.. hahah



Ok la...tu sahaja sehingga ke hari ini... Nnt ada kudrat dan hidayah nnt nua sambung lagi ok!!!

XoXo : BoYz NeXt DooR

~ Percutian Bajet ke Kansai Osaka Part 2 ~ Ketibaan Di Kansai Hari 1

Assalamualaikum wbt...

Baiklah....sambungan dari Part 1...tp berjaya buat dalam hari yang sama walaupun berbeza masa.. tp tu la...tgh ada masa free ni kami buatlah ya...

Seperti yang semua maklum bahawasanya masa penerbangan Nua ke Kansai adalah pada jam 8.05 minit pagi... tp yg gatainya nua dah siap2 bertolak ke KLIA2 pada jam 2.00 pagi.. Nasib baik ada housemate nua yg boleh mengantor ke airport pada lewat2 malam itu.

Reason gi awal tu sbb ada kawan2 yg dah ada kat airport tu seawal jam 12.00 mlm dan 3.00 pagi.. sbb diorg dri ipoh naik Yoyo Bas. Bagus ya Yoyo Bus ni...tp nua dr Putrajaya ni naik je la kereta ya @ naik ERL...tp ERL tidak beroperasi lagi...1st train dari putrajaya pun jam 4.20 pagi...sempat je kan kalau nak ke airport...tp sbb ada kwn2 yg mcm ala2 1st time nak ke oversea ni..so kita pun awal la juga bertolaknya.. Akibatnya mata rabak dan kita tidur berdengkur sahaja spjg perjalanan.. tahniahh!!!



So seawal jam 3.30 pagi semuanya dah ada kat KLIA 2.. maka buatlah urusan check in bag bagai dan makan di Merrybrown.. Maka tepat jap 8.05 pagi kami tayar kapal terbang pun bergolek tanpa ada delay pun. Alhamdulillah...


Haaaa!!!! Ramai tak rombongan Nua??? hehehehe

Macam Biasa utk semua trip bergambar dulu kat depan perlepasan antarabangsa... Feeling as usual like others.. Mcm dah jadi budaya pulak kan?? 

Moment dalam flight lak?? aku Tido yaa... bangun kejap sbb nak makan dan tidur semula... Gila komeee mata rabak tak cukup tido...

Then kami semua sampai tepat jam 3.45 petang waktu tempatan. ( Kat Osaka Awal Sejam dari Kita )..

Apa kami buat dulu bila sampai2 kat Kansai Airport??

Actually semua terduduk ya sbb pening atau adakah ini dinamakan jetlag?? Serious beb pening tiba2... Masalahnya pening tu hadir di waktu kapal tu nak touch down dah.. dlm kapal tu aku rasa 3-4 org jugalah yg dok muntah... iyeekkk!!! tp Nua dan kawan2 bertahan.. Sesudah touch down!! lambatlah pulak nak bukak pintunya... mmg rasa nak menjerit je sebenarnya!! Elok keluar je dari kapal tu terus berlari dan terduduk tersandor ke dinding... hahahaha

Ambik msa jap dalam 15 minit mcm tu..baru pergi ke imigresen dan toilet bagai...risau sbb time tu muka dah berpeluh2...takut dalam scanner diorg tu nnt detect kita tak sihat pula..Xpasal2 terus kena hantor pulang.. Sia2 aje kesahnya nnt....

ANDA BAWAK BERAS???

Jangan lupa pergi istiharkan beras anda itu..just isytihar je.. sbb beras mentah perlu utk diisytiharkan oleh pihak kastam japan. Sekejap je pun urusannya...  Nua, dan sorang lagi kawan tidak bernasib baik sbb beg kami dibukak utk pemeriksaan...let say kalau nua tak gi kastam isytiharkan beras nua tu korang rasa apa akan jadi??? tak ke naya sebenarnya??? 


Ok..tutup cerita pasal beras..

Keluar je dari pintu ketibaan... terus semua bergerak ikut nua ke Tourist Information Centre.. Sebab kat sini kami nak beli tiket iaitu OSAKA AMAZING PASS.. Whats that?? Baca kat sini ya utk maklumat yang lebih lanjut...


Tgk pun dah tau mcm2 tiket jual kat sini.. Byk betul iklan ditampal.. Nak apa2 beli kat sini je semua termasuk la tiket USJ dll

Sesudah selesai beratur membeli segala bagai tiket yang dikehendaki... kita kena gerak ke 2nd floor... Nak buat apa?? Kat situ kita nak claim booking JR Pass dan nak beli ICOCA Card..


Ni la Kaunter depan JR.. 2nd Floor ya!!! kat depan dia entrance masuk Nankai Line dan JR Line.. 

Sempat Bergambar lps selelsai beli tiket semua.. 


Maka..setelah selesai segala urusan.. kami pun bergerak la ke Nankai Express Line..


Pintu Masuk ke dalam stesen train. 



Di hadapan Kaunter JR tu...uols akan nampak entrance utk JR Line dan Nankai Line.. Kalau korang nak terus ke Kyoto sememangnya naik la Haruka kat JR Line terus ke Kyoto. Yg duduk Area Tennoji pun boleh naik Haruka..

tetapi memandangkan kami duduk kat Shin Imamiya Which is Station Nankai Express lebih dekat.. Maka we are decide utk naik Nankai.. Line Warna Merah tu...

Serious sgt selesa dan tepat waktunya.. Tp mg ramai betul org.. Nankai lak ada 2 jenis kome..

1. Nankai Express.. Tambang 1300 yen. Which is cepat dan ada reserve seat.
2. Nankai Tren apa entah.. Lupa laa.. Tambang 930 yen. Berenti byk Station. Takde reserve seat.

Macam beza ERL Transit dgn ERL Ekspress la... So nak jimat duit kami decide naik yg banyak transit tu je..

Sampai2 kat Shin Imamiya mmg dah malam.. Kami terus decide ke Homestay kami dan berehat.. Malam buat apa??

Kami Keluar ya lps dinner masak sendiri.. Meggi je pun!!! hahaha..

Destinasi?? Kami ke Maruhan @ Don Qui Jote berhampiran homestay kami which is dekat  sgt dgn Dobutsue-Mae Station.. Btw kami survey je!!! Tgk2 keadaan.. sbb hari malam kan..dan baru sampai.. Takde buat apa2 pun...serious!!!



Tempat ni besar la juga...mcm2 barang ada tp kami survey jah!!


Balik tu kami singgah lak kat Super Tamade... sbb kedai tu dekat dgn Homestay kami.



Buat apa pulak kat sini??? Yaaahhh!!! Nua gi beli telur, pisang, Air Coklat Van Hauten dan beli sotong mentah.. hahahaha..

Nak masak katanya....

Fuhh!!! Selesai hari pertama.. Berjalan Sekitar homestay je.. Ok la.. tunggu sambungan nnt ya utk Hari yg kedua dan seterusnya..

==========================================================

Rumusan Perjalanan Hari Pertama mengikut ittenirary yang telah dirancang.

0420 – Naik Train ERL ke KLIA 2 (RM9.50)
0450 – Pengurusan Diri di KLIA2
-          Pengesahan Dokumen
-          Check In Luggage
-          Breakfast (RM10.00)
-          Ready To Eat Food Preparation Purchase at MCD etc (RM20.00)
-          Melepasi Imigresen
-          Melepasi Kastam
-          Solat Subuh
0720 – Gate Close and Ready to Boarding.
0800 – Bye Bye Malaysia.
0900 – Prebook Meal Diedarkan
0930 – Penjualan Makanan. Anything 2 Purchase
1100 – Penjualan Merchandise.
1130 – Tidor. ZZZzzzzzzzzzzzzzz

Japan Time is Started!!
1525 – Ready to Landing @ KIX
1630 – Selesai semua Urusan
-          Japan Imigration Done
-          Toilet Done
-          Japan Custom Done
1640 – Train Ticket Purchase ( Collect ) in Airport
-          JR West Kansai 2 days Pass (¥ 4,300)
-          ICOCA Card + topup (¥ 3,000)
-          Osaka Amazing  2 Day Pass (¥ 3,300)(9*)
1700 – Airport ke Hotel Naik Nankai Train ( ¥930).
             Using ICOCA / Ticket. Stop di  Shin Imamiya Station.
1800 – Check In Hotel
-          9 hari 8 malam (RM 800 already paid in Malaysia)
-          10% – 15% diskaun utk stay seminggu
2000 – Dinner dengan bekalan makanan sedia ada
2040 – Tido dan Research Route Berjemaah


XoXo : BoYz NeXt DooR

~ Percutian Bajet ke Kansai Osaka Part 1~ Percutian Musim Sejuk Yang Memanaskan Badan

Assalamualaikum...

ADoiii!!!!!!! Masuk ni dah berapa kali dah nak update blog tp entah nak update blog tp haram jadinya.. Travelog ke Hong Kong pun masih dalam bentuk draf..ni kan pulak tiba2 ko terus update pasal ke Kansai plak..

=========================================================

But its ok...yg penting pakcik sentiasa yakin..
Kansai.. apakah itu??

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


.
Jump to navigationJump to search

Kawasan Kansai, Jepun
Kawasan Kansai (関西地方 Kansai-chihō) atau Kinki (近畿地方 Kinki-chihō) terletak di kawasan selatan tengah pulau utama di Jepun iaitu Honshū, merangkumi wilayah-wilayah MieNaraWakayamaKyotoOsakaHyōgo, dan Shiga. Sesetengah pihak menganggap wilayah-wilayah Fukui dan Tokushima juga tergolong dalam kawasan ini. Meskipun erti nama "Kansai" dan "Kinki" banyak berubah sepanjang edaran zaman, tetapi kini kedua-duanya sama ertinya. Kawasan bandar gabungan OsakaKobe dan Kyoto (Keihanshin) ialah yang kedua teramai penduduk di Jepun, mengekori Tokyo Raya.

Istilah Kansai (関西), Kinki (近畿), dan Kinai (畿内) mendalam sekali sejarahnya, asalnya seawal-awal sejarah negara Jepun itu sendiri. Dalam pembaharuan Ritsuryō pada abad ke-6, sistem Gokishichidō mengasaskan wilayah-wilayah YamatoYamashiroKawachiSettsu dan Izumi. Nama Kinai dan Kinki, yang lebih kurang membawa maksud "kawasan ibu kota", memaksudkan wilayah-wilayah tersebut. Kini, Kinai bermaksud kawasan Osaka-Kobe-Kyoto (Keihanshin) di pusat kawasan Kansai.

Nama Kansai ("di barat sempadan") pada asalnya memaksudkan tanah di barat Osaka no Seki, iaitu sempadan antara Wilayah Yamashiro dan Wilayah Ōmi (kini Wilayah Kyoto dan Wilayah Shiga). Pada zaman Kamakura, sempadan ini diubah untuk merangkumi wilayah-wilayah Ōmi dan Iga. Pada zaman Edo barulah Kansai memperoleh bentuk masa kininya. (lihat Kamigata) Sama dengan semua kawasan di Jepun, kawasan Kansai bukan sebuah bahagian pentadbiran, sebaliknya merupakan kawasan kebudayaan dan bersejarah.

Kawasan Kansai menuntut dirinya sebagai tempat kelahiran tamadun Jepun, kerana bandaraya Nara selaku titik paling timur sepanjang Laluan Sutera, merupakan tapak ibu kota tetap yang pertama di Jepun. Zaman Nara (710–784 M) menyaksikan tersebarnya agama Buddha ke Jepun serta pembinaan Tōdai-ji pada tahun 745. Kawasan Kansai juga bermegah dengan kuil paling suci dalam agama Shinto iaitu Kuil Ise (dibina pada 690 M) di wilayah Mie.

Haaaaa.... hebat tak abg copy paste je dari wikipedia... tq cik wikipedia atas bantuan sejarah itu.. Ok la!!! enough pasal sejarah

Baiklah....seperti di atas... Daerah Kansai ni terdiri daripada kawasan2 merangkumi wilayah-wilayah MieNaraWakayamaKyotoOsakaHyōgo, dan Shiga. Mana abg cover??? 9 hari ya abg pergi kaedahnya.. dalam 9 hari tu...aku berjaya cover Nara, Kyoto, Hyogo, Shiga dan of course la Osaka..

Baiklah semua....mari kita mulakan..

1. Tiket Flight
Macam biasa Nua menggunakan penerbangan tambang murah terbaik di dunia iaitu AirasiaX dgn motto "Everyone can fly"...gituuewwww... 




Kalau ikutkan...Nua pergi 24 Januari 2018 - 1 Februari 2018.. and syukran daripada 9 hari tu.. Nuar cuma ambik 5 hari cuti sahaja sbb :-

27 Jan - Sabtu
28 Jan - Ahad
31 Jan - Hari Thaipusam - Public Holiday katanya
1 Feb - Hari Wilayah Persekutuan

dan extra 2 Februari ambik cuti sbb jetlag katanya... hua hua hua!!! drama ok padahal ko sampai petang masa balik tu...hahahahha

harga tiket??? Mahal yaa!!!!!










































Harga tiket return actually RM 617.00 sahaja... tp kalau korang sememangnya berniat nak bercuti backpackers tanpa memikirkan OOTD, Shopping dan pemakanan yang melampau sememamngnya harga RM 617 tu dah berbaloi.. untuk trip kali ni Nua pergi seramai 12 orang.. What!!! 12 orang??? ramainyaaaa!!! iya uolsss!!! tu la hakikatnya kalau i bagitau kat umum nak bercuti..kalau tahu tu 20 mmg 20 oranglah yg akan pergi.. 

Tapi mcm nuar....percutian kali ini i dont want backpackers and i have never do backpackers trip lagi sbb entahlah...maybe sbb nua sgt2 mementingkan 
 OOTD, Shopping dan pemakanan yang melampau.. ha ha ha ha... menangis tak baca?? hik!!!

Berkaitan dgn harga tiket...please beli insuran...walaupun jabatan nua telah membelikan nua insuran perjalanan bersama Gabungan Baiduri Sdn Bhd, tetapi nua masih juga akan membeli insuran dgn airlines.. sbb masih trauma dgn kejadian lepas... kejadian apa?? mohon tgk kat sini ya --->  BerCuTi Ke Bali For THe FirSt TiMe In My LiFe!!! ~~ Day 1 ~~


Checked baggage pulak...pergi 25kg dan balik 25kg just for me only!! takde share2... tp kenapa banyak sgt ni??? korg kena baca semua episode cerita ni dan ikuti sampai habis baru tahu kenapa.. byk sgt ya..

Meals in flight..... rasanya korg tgklah kat situ..mmg byk gilaa!! Nua makan sorang juga..tak kuasa nak share... ha ha ha ha....



2. Accommodation

Untuk percutian kali ini.. Nua menempah homestay dari AirBNB.... sbb katanya kwn2 nua nak memasak bagai...nak duduk hostel katanya mcm takmo sbb susah.. tp bagus juga dok homestay ni kome. Ada mesin basuh dan pengering, ada tempat nak memasak.. ada tempat nak lepak2 bercerita bagai. Rumah agak besar dan lokasi dekat dgn Station2 train utama mcm Nankai express Line, Shin Imamiya station dan Subway Station Dobutsuen-Mae.. Mmg sgt memudahkan perjalanan kami semua.. Harga?? nnt Nuar reveal last sekali ya.. 





























Kalau Perasan ada 2 lokasi rumah...tgk yg warna hijau ya..yg itu yg confirmnya.. Korang kalau tgk dalam peta tu mcm jauh kan tp sebenarnya setiap kali nak ke station2 tu semua berjalan kaki dalam 2 minit jah!! Kawasan?? Selamat ya amat walaupun nua berjalan lewat malam sorang2 ( Ni nnt nua cerita sbb apa ya )... 
Ni Kat depan rumah kami.. Posed dgn basikal siapa entah. elok je parkingnya...

Ni kat depan juga rumah kami..yg bangunan warna putih kat belakang tu la apartment yg kami sewa...


3. Transportation.

Utk kali ni..perjalanan kami langsung tidak menggunakan agent. Kami gerak naik public transport je. So apa ke pass yg kami guna?
a. ICOCA Card 

Hasil carian imej untuk icoca card

ICOCA Card ni mcm kad touch N Go la kalau kat Malaysia. Harga dia dalam 2,000 yen yg mana 1,500 yen adalah isian tunai manakala 500 yen adalah deposit. Pulangkan balik nnt uols akan dapat semula 500 yen tu. Dalam masa yg sama juga nua siap2 top up 1,000 yen takut2 ada emergency. Tp kaedahnya mmg ada ya!!!

Tujuan utama beli ICOCA ni sebab nak naik Nankai Airport Express mudah sikit.. tak payah beria nak beli tiket lagi. Touch lalu go saja!! Pass ni nua beli kat JR Kaunter kat Kansai Airport.

b. Osaka Amazing Pass ( OAP )

Imej yang berkaitan

Osaka Amazing Pass ni mmg best. Harganya utk 2 days pass ialah 3,300 yen. Apa yg best, selain dia cover Subway, New Tram, dan bus, dia juga cover kemasukan free utk byk tempat attraction such as Osaka Castle, House and Living Museum, tempozan wheel dan banyak lagi...Seriously mmg sgt2 berbaloi pass ni.. Penggunaan adalah selama 2 hari berturut2...tak boleh selang seli ya.. guna jah pergi sejauh alam...tgk peta ya!! Untuk pengetahun juga, Osaka Amazing pass ni pun ada utk 1 day pass yang berharga 2,500 yen.   Hek eleh!! sikit je lagi tambah duit dah dapat 2 days pass...  Pass ni Nua beli kat Tourist Information Centre kat Kansai Airport. Kalau keluar dari Arrival tu terus ke belah kanan..Jalan terus nnt jumpalah Tourist Information Center tu. Senang je!!!


c. JR West - Kansai Area Pass
Nua dan kawan2 ambik yg bulatan warna hitam tu.. 


Map
Kawasan JR Kansai Area Pass yg dicovernya.
Untuk JR Pass ni...korang boleh pilih mana yang berkenan..siap2 booking dari Malaysia thru website sbb tiket ni kalau dibeli kat Osaka terus harga dia mahal sikit.. dan ada setengah2 tiket JR tidak dijual di Japan. u need to booking via authorised agent. Pass ni tak boleh guna utk Shinkansen iaitu keretapi laju di Kansai.. Kalau teringin nak naik shinkansen sila beli loose ticket atau beli Kansai WIDE Area Pass.
Pass yang nua ambik ni sesuai utk  perjalanan yang jauh2... tp masih dalam ara kansai ya,, jgn nak trlajak jauh sgt!!! Nua book tiket ni dari Malaysia.. Then tebus di Station JR di Kansai Airport.
d. Subway one day Pass

Travel Cheaply Within Osaka With Enjoy Eco Card!


Ok...yg ini plak adalah One day pass yg boleh digunakan menggunakan subway utk perjalanan 1 hari. Ni kena beli kat mesin tiket kat subway station... tp harga dia berbeza utk weekend dan weekdays.. kalau weekend harga dia murah sikit...dalam 600 yen.. kalau weekdays dalam 800 yen. Sgt berbaloi guna ni drpd guna ICOCA sbb guna ni utk semua perjalanan dalam 600 yen je..berbanding dgn guna ICOCA dia akan cas bagi setiap perhentian terakhir kita. Tp nasihat nua kalau korg jarang naik train which is less than 4 kali turun naik train, better korang pakai je la ICOCA tu.. murah sikit lagi.. liputan kawasan dia sama dgn Osaka Amazing pass cumanya nak masuk tmpt2 tarikan pelancong tak dapat la free.. Nua ada guna ni  sebanyak 1 kali.. 


Tu je 4 pass yang nua ada guna sepanjang di Osaka.. Ikutkan ada banyak lagi pass yg boleh digunakan di Kansai yang boleh menjimatkan pelancong. Korang boleh dapatkan semuanya kat Tourist Information Center kat Kansai Airport. Mcm2 pass ada... tp utk nua..sememangnya hanya 4 pass ni sahaja yg nua rasa sesuai dgn nua...


Extra Review

Kansai Thru Pass



Kansai thru pass ni pun boleh dikatakan mempunyai faedah yang hebat kepada pelancong. Coverage dia pun agak besar dan meliputi semua kawasan di kansai. Cuma tak boleh naik JR Line je la..kena naik subway dan local train jah. Jadi Perjalanan sometimes akan agak lambat sikit. Yg Best tentang tiket ni, ianya boleh digunakan secara berselang seli.. jadinya takdelah kita rasa tertekan kalau tak dapat guna tiket ni direct 2-3 days in a row.. Tp nua tak beli tiket ni sbb nua rasa nua tidak memerlukannya. Harga tiket ini ialah 4,000 yen ( 2 days ) dan 5,200 yen utk 3 hari.... 


================================================================

Setakat ini, itu benda2 utama yg perlu Nua dan kawan2 kena ambil tahu. Lain-lain keperluan adalah mengikut kehendak dan kemampuan sendiri ya..


9 orang daripada 12 orang. 1 orang yg snap gambar ni. Lagi 2 orang tgh beratur beli ubi kukus. 


Baiklah...itu sahaja utk hari ni.. nnt kita jumpa lagi kat update yang akan datang..

~ Percutian Bajet ke Kansai Osaka Part 9 ~ Menghabiskan Saki-baki Peruntukan

Assalamualaikum WBT kpd semua yang membaca blog nua ini... Terima kasih byk2 kepada semua yg sudi membaca blog nua yg kadang-kadang OK but...