Wednesday, October 31, 2018

~ Percutian Bajet ke Kansai Osaka Part 2 ~ Ketibaan Di Kansai Hari 1

Assalamualaikum wbt...

Baiklah....sambungan dari Part 1...tp berjaya buat dalam hari yang sama walaupun berbeza masa.. tp tu la...tgh ada masa free ni kami buatlah ya...

Seperti yang semua maklum bahawasanya masa penerbangan Nua ke Kansai adalah pada jam 8.05 minit pagi... tp yg gatainya nua dah siap2 bertolak ke KLIA2 pada jam 2.00 pagi.. Nasib baik ada housemate nua yg boleh mengantor ke airport pada lewat2 malam itu.

Reason gi awal tu sbb ada kawan2 yg dah ada kat airport tu seawal jam 12.00 mlm dan 3.00 pagi.. sbb diorg dri ipoh naik Yoyo Bas. Bagus ya Yoyo Bus ni...tp nua dr Putrajaya ni naik je la kereta ya @ naik ERL...tp ERL tidak beroperasi lagi...1st train dari putrajaya pun jam 4.20 pagi...sempat je kan kalau nak ke airport...tp sbb ada kwn2 yg mcm ala2 1st time nak ke oversea ni..so kita pun awal la juga bertolaknya.. Akibatnya mata rabak dan kita tidur berdengkur sahaja spjg perjalanan.. tahniahh!!!



So seawal jam 3.30 pagi semuanya dah ada kat KLIA 2.. maka buatlah urusan check in bag bagai dan makan di Merrybrown.. Maka tepat jap 8.05 pagi kami tayar kapal terbang pun bergolek tanpa ada delay pun. Alhamdulillah...


Haaaa!!!! Ramai tak rombongan Nua??? hehehehe

Macam Biasa utk semua trip bergambar dulu kat depan perlepasan antarabangsa... Feeling as usual like others.. Mcm dah jadi budaya pulak kan?? 

Moment dalam flight lak?? aku Tido yaa... bangun kejap sbb nak makan dan tidur semula... Gila komeee mata rabak tak cukup tido...

Then kami semua sampai tepat jam 3.45 petang waktu tempatan. ( Kat Osaka Awal Sejam dari Kita )..

Apa kami buat dulu bila sampai2 kat Kansai Airport??

Actually semua terduduk ya sbb pening atau adakah ini dinamakan jetlag?? Serious beb pening tiba2... Masalahnya pening tu hadir di waktu kapal tu nak touch down dah.. dlm kapal tu aku rasa 3-4 org jugalah yg dok muntah... iyeekkk!!! tp Nua dan kawan2 bertahan.. Sesudah touch down!! lambatlah pulak nak bukak pintunya... mmg rasa nak menjerit je sebenarnya!! Elok keluar je dari kapal tu terus berlari dan terduduk tersandor ke dinding... hahahaha

Ambik msa jap dalam 15 minit mcm tu..baru pergi ke imigresen dan toilet bagai...risau sbb time tu muka dah berpeluh2...takut dalam scanner diorg tu nnt detect kita tak sihat pula..Xpasal2 terus kena hantor pulang.. Sia2 aje kesahnya nnt....

ANDA BAWAK BERAS???

Jangan lupa pergi istiharkan beras anda itu..just isytihar je.. sbb beras mentah perlu utk diisytiharkan oleh pihak kastam japan. Sekejap je pun urusannya...  Nua, dan sorang lagi kawan tidak bernasib baik sbb beg kami dibukak utk pemeriksaan...let say kalau nua tak gi kastam isytiharkan beras nua tu korang rasa apa akan jadi??? tak ke naya sebenarnya??? 


Ok..tutup cerita pasal beras..

Keluar je dari pintu ketibaan... terus semua bergerak ikut nua ke Tourist Information Centre.. Sebab kat sini kami nak beli tiket iaitu OSAKA AMAZING PASS.. Whats that?? Baca kat sini ya utk maklumat yang lebih lanjut...


Tgk pun dah tau mcm2 tiket jual kat sini.. Byk betul iklan ditampal.. Nak apa2 beli kat sini je semua termasuk la tiket USJ dll

Sesudah selesai beratur membeli segala bagai tiket yang dikehendaki... kita kena gerak ke 2nd floor... Nak buat apa?? Kat situ kita nak claim booking JR Pass dan nak beli ICOCA Card..


Ni la Kaunter depan JR.. 2nd Floor ya!!! kat depan dia entrance masuk Nankai Line dan JR Line.. 

Sempat Bergambar lps selelsai beli tiket semua.. 


Maka..setelah selesai segala urusan.. kami pun bergerak la ke Nankai Express Line..


Pintu Masuk ke dalam stesen train. 



Di hadapan Kaunter JR tu...uols akan nampak entrance utk JR Line dan Nankai Line.. Kalau korang nak terus ke Kyoto sememangnya naik la Haruka kat JR Line terus ke Kyoto. Yg duduk Area Tennoji pun boleh naik Haruka..

tetapi memandangkan kami duduk kat Shin Imamiya Which is Station Nankai Express lebih dekat.. Maka we are decide utk naik Nankai.. Line Warna Merah tu...

Serious sgt selesa dan tepat waktunya.. Tp mg ramai betul org.. Nankai lak ada 2 jenis kome..

1. Nankai Express.. Tambang 1300 yen. Which is cepat dan ada reserve seat.
2. Nankai Tren apa entah.. Lupa laa.. Tambang 930 yen. Berenti byk Station. Takde reserve seat.

Macam beza ERL Transit dgn ERL Ekspress la... So nak jimat duit kami decide naik yg banyak transit tu je..

Sampai2 kat Shin Imamiya mmg dah malam.. Kami terus decide ke Homestay kami dan berehat.. Malam buat apa??

Kami Keluar ya lps dinner masak sendiri.. Meggi je pun!!! hahaha..

Destinasi?? Kami ke Maruhan @ Don Qui Jote berhampiran homestay kami which is dekat  sgt dgn Dobutsue-Mae Station.. Btw kami survey je!!! Tgk2 keadaan.. sbb hari malam kan..dan baru sampai.. Takde buat apa2 pun...serious!!!



Tempat ni besar la juga...mcm2 barang ada tp kami survey jah!!


Balik tu kami singgah lak kat Super Tamade... sbb kedai tu dekat dgn Homestay kami.



Buat apa pulak kat sini??? Yaaahhh!!! Nua gi beli telur, pisang, Air Coklat Van Hauten dan beli sotong mentah.. hahahaha..

Nak masak katanya....

Fuhh!!! Selesai hari pertama.. Berjalan Sekitar homestay je.. Ok la.. tunggu sambungan nnt ya utk Hari yg kedua dan seterusnya..

==========================================================

Rumusan Perjalanan Hari Pertama mengikut ittenirary yang telah dirancang.

0420 – Naik Train ERL ke KLIA 2 (RM9.50)
0450 – Pengurusan Diri di KLIA2
-          Pengesahan Dokumen
-          Check In Luggage
-          Breakfast (RM10.00)
-          Ready To Eat Food Preparation Purchase at MCD etc (RM20.00)
-          Melepasi Imigresen
-          Melepasi Kastam
-          Solat Subuh
0720 – Gate Close and Ready to Boarding.
0800 – Bye Bye Malaysia.
0900 – Prebook Meal Diedarkan
0930 – Penjualan Makanan. Anything 2 Purchase
1100 – Penjualan Merchandise.
1130 – Tidor. ZZZzzzzzzzzzzzzzz

Japan Time is Started!!
1525 – Ready to Landing @ KIX
1630 – Selesai semua Urusan
-          Japan Imigration Done
-          Toilet Done
-          Japan Custom Done
1640 – Train Ticket Purchase ( Collect ) in Airport
-          JR West Kansai 2 days Pass (¥ 4,300)
-          ICOCA Card + topup (¥ 3,000)
-          Osaka Amazing  2 Day Pass (¥ 3,300)(9*)
1700 – Airport ke Hotel Naik Nankai Train ( ¥930).
             Using ICOCA / Ticket. Stop di  Shin Imamiya Station.
1800 – Check In Hotel
-          9 hari 8 malam (RM 800 already paid in Malaysia)
-          10% – 15% diskaun utk stay seminggu
2000 – Dinner dengan bekalan makanan sedia ada
2040 – Tido dan Research Route Berjemaah


XoXo : BoYz NeXt DooR

~ Percutian Bajet ke Kansai Osaka Part 1~ Percutian Musim Sejuk Yang Memanaskan Badan

Assalamualaikum...

ADoiii!!!!!!! Masuk ni dah berapa kali dah nak update blog tp entah nak update blog tp haram jadinya.. Travelog ke Hong Kong pun masih dalam bentuk draf..ni kan pulak tiba2 ko terus update pasal ke Kansai plak..

=========================================================

But its ok...yg penting pakcik sentiasa yakin..
Kansai.. apakah itu??

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


.
Jump to navigationJump to search

Kawasan Kansai, Jepun
Kawasan Kansai (関西地方 Kansai-chihō) atau Kinki (近畿地方 Kinki-chihō) terletak di kawasan selatan tengah pulau utama di Jepun iaitu Honshū, merangkumi wilayah-wilayah Mie, Nara, Wakayama, Kyoto, Osaka, Hyōgo, dan Shiga. Sesetengah pihak menganggap wilayah-wilayah Fukui dan Tokushima juga tergolong dalam kawasan ini. Meskipun erti nama "Kansai" dan "Kinki" banyak berubah sepanjang edaran zaman, tetapi kini kedua-duanya sama ertinya. Kawasan bandar gabungan Osaka, Kobe dan Kyoto (Keihanshin) ialah yang kedua teramai penduduk di Jepun, mengekori Tokyo Raya.

Istilah Kansai (関西), Kinki (近畿), dan Kinai (畿内) mendalam sekali sejarahnya, asalnya seawal-awal sejarah negara Jepun itu sendiri. Dalam pembaharuan Ritsuryō pada abad ke-6, sistem Gokishichidō mengasaskan wilayah-wilayah Yamato, Yamashiro, Kawachi, Settsu dan Izumi. Nama Kinai dan Kinki, yang lebih kurang membawa maksud "kawasan ibu kota", memaksudkan wilayah-wilayah tersebut. Kini, Kinai bermaksud kawasan Osaka-Kobe-Kyoto (Keihanshin) di pusat kawasan Kansai.

Nama Kansai ("di barat sempadan") pada asalnya memaksudkan tanah di barat Osaka no Seki, iaitu sempadan antara Wilayah Yamashiro dan Wilayah Ōmi (kini Wilayah Kyoto dan Wilayah Shiga). Pada zaman Kamakura, sempadan ini diubah untuk merangkumi wilayah-wilayah Ōmi dan Iga. Pada zaman Edo barulah Kansai memperoleh bentuk masa kininya. (lihat Kamigata) Sama dengan semua kawasan di Jepun, kawasan Kansai bukan sebuah bahagian pentadbiran, sebaliknya merupakan kawasan kebudayaan dan bersejarah.

Kawasan Kansai menuntut dirinya sebagai tempat kelahiran tamadun Jepun, kerana bandaraya Nara selaku titik paling timur sepanjang Laluan Sutera, merupakan tapak ibu kota tetap yang pertama di Jepun. Zaman Nara (710–784 M) menyaksikan tersebarnya agama Buddha ke Jepun serta pembinaan Tōdai-ji pada tahun 745. Kawasan Kansai juga bermegah dengan kuil paling suci dalam agama Shinto iaitu Kuil Ise (dibina pada 690 M) di wilayah Mie.

Haaaaa.... hebat tak abg copy paste je dari wikipedia... tq cik wikipedia atas bantuan sejarah itu.. Ok la!!! enough pasal sejarah

Baiklah....seperti di atas... Daerah Kansai ni terdiri daripada kawasan2 merangkumi wilayah-wilayah Mie, Nara, Wakayama, Kyoto, Osaka, Hyōgo, dan Shiga. Mana abg cover??? 9 hari ya abg pergi kaedahnya.. dalam 9 hari tu...aku berjaya cover Nara, Kyoto, Hyogo, Shiga dan of course la Osaka..

Baiklah semua....mari kita mulakan..

1. Tiket Flight
Macam biasa Nua menggunakan penerbangan tambang murah terbaik di dunia iaitu AirasiaX dgn motto "Everyone can fly"...gituuewwww... 




Kalau ikutkan...Nua pergi 24 Januari 2018 - 1 Februari 2018.. and syukran daripada 9 hari tu.. Nuar cuma ambik 5 hari cuti sahaja sbb :-

27 Jan - Sabtu
28 Jan - Ahad
31 Jan - Hari Thaipusam - Public Holiday katanya
1 Feb - Hari Wilayah Persekutuan

dan extra 2 Februari ambik cuti sbb jetlag katanya... hua hua hua!!! drama ok padahal ko sampai petang masa balik tu...hahahahha

harga tiket??? Mahal yaa!!!!!










































Harga tiket return actually RM 617.00 sahaja... tp kalau korang sememangnya berniat nak bercuti backpackers tanpa memikirkan OOTD, Shopping dan pemakanan yang melampau sememamngnya harga RM 617 tu dah berbaloi.. untuk trip kali ni Nua pergi seramai 12 orang.. What!!! 12 orang??? ramainyaaaa!!! iya uolsss!!! tu la hakikatnya kalau i bagitau kat umum nak bercuti..kalau tahu tu 20 mmg 20 oranglah yg akan pergi.. 

Tapi mcm nuar....percutian kali ini i dont want backpackers and i have never do backpackers trip lagi sbb entahlah...maybe sbb nua sgt2 mementingkan 
 OOTD, Shopping dan pemakanan yang melampau.. ha ha ha ha... menangis tak baca?? hik!!!

Berkaitan dgn harga tiket...please beli insuran...walaupun jabatan nua telah membelikan nua insuran perjalanan bersama Gabungan Baiduri Sdn Bhd, tetapi nua masih juga akan membeli insuran dgn airlines.. sbb masih trauma dgn kejadian lepas... kejadian apa?? mohon tgk kat sini ya --->  BerCuTi Ke Bali For THe FirSt TiMe In My LiFe!!! ~~ Day 1 ~~


Checked baggage pulak...pergi 25kg dan balik 25kg just for me only!! takde share2... tp kenapa banyak sgt ni??? korg kena baca semua episode cerita ni dan ikuti sampai habis baru tahu kenapa.. byk sgt ya..

Meals in flight..... rasanya korg tgklah kat situ..mmg byk gilaa!! Nua makan sorang juga..tak kuasa nak share... ha ha ha ha....



2. Accommodation

Untuk percutian kali ini.. Nua menempah homestay dari AirBNB.... sbb katanya kwn2 nua nak memasak bagai...nak duduk hostel katanya mcm takmo sbb susah.. tp bagus juga dok homestay ni kome. Ada mesin basuh dan pengering, ada tempat nak memasak.. ada tempat nak lepak2 bercerita bagai. Rumah agak besar dan lokasi dekat dgn Station2 train utama mcm Nankai express Line, Shin Imamiya station dan Subway Station Dobutsuen-Mae.. Mmg sgt memudahkan perjalanan kami semua.. Harga?? nnt Nuar reveal last sekali ya.. 





























Kalau Perasan ada 2 lokasi rumah...tgk yg warna hijau ya..yg itu yg confirmnya.. Korang kalau tgk dalam peta tu mcm jauh kan tp sebenarnya setiap kali nak ke station2 tu semua berjalan kaki dalam 2 minit jah!! Kawasan?? Selamat ya amat walaupun nua berjalan lewat malam sorang2 ( Ni nnt nua cerita sbb apa ya )... 
Ni Kat depan rumah kami.. Posed dgn basikal siapa entah. elok je parkingnya...

Ni kat depan juga rumah kami..yg bangunan warna putih kat belakang tu la apartment yg kami sewa...


3. Transportation.

Utk kali ni..perjalanan kami langsung tidak menggunakan agent. Kami gerak naik public transport je. So apa ke pass yg kami guna?
a. ICOCA Card 

Hasil carian imej untuk icoca card

ICOCA Card ni mcm kad touch N Go la kalau kat Malaysia. Harga dia dalam 2,000 yen yg mana 1,500 yen adalah isian tunai manakala 500 yen adalah deposit. Pulangkan balik nnt uols akan dapat semula 500 yen tu. Dalam masa yg sama juga nua siap2 top up 1,000 yen takut2 ada emergency. Tp kaedahnya mmg ada ya!!!

Tujuan utama beli ICOCA ni sebab nak naik Nankai Airport Express mudah sikit.. tak payah beria nak beli tiket lagi. Touch lalu go saja!! Pass ni nua beli kat JR Kaunter kat Kansai Airport.

b. Osaka Amazing Pass ( OAP )

Imej yang berkaitan

Osaka Amazing Pass ni mmg best. Harganya utk 2 days pass ialah 3,300 yen. Apa yg best, selain dia cover Subway, New Tram, dan bus, dia juga cover kemasukan free utk byk tempat attraction such as Osaka Castle, House and Living Museum, tempozan wheel dan banyak lagi...Seriously mmg sgt2 berbaloi pass ni.. Penggunaan adalah selama 2 hari berturut2...tak boleh selang seli ya.. guna jah pergi sejauh alam...tgk peta ya!! Untuk pengetahun juga, Osaka Amazing pass ni pun ada utk 1 day pass yang berharga 2,500 yen.   Hek eleh!! sikit je lagi tambah duit dah dapat 2 days pass...  Pass ni Nua beli kat Tourist Information Centre kat Kansai Airport. Kalau keluar dari Arrival tu terus ke belah kanan..Jalan terus nnt jumpalah Tourist Information Center tu. Senang je!!!


c. JR West - Kansai Area Pass
Nua dan kawan2 ambik yg bulatan warna hitam tu.. 


Map
Kawasan JR Kansai Area Pass yg dicovernya.
Untuk JR Pass ni...korang boleh pilih mana yang berkenan..siap2 booking dari Malaysia thru website sbb tiket ni kalau dibeli kat Osaka terus harga dia mahal sikit.. dan ada setengah2 tiket JR tidak dijual di Japan. u need to booking via authorised agent. Pass ni tak boleh guna utk Shinkansen iaitu keretapi laju di Kansai.. Kalau teringin nak naik shinkansen sila beli loose ticket atau beli Kansai WIDE Area Pass.
Pass yang nua ambik ni sesuai utk  perjalanan yang jauh2... tp masih dalam ara kansai ya,, jgn nak trlajak jauh sgt!!! Nua book tiket ni dari Malaysia.. Then tebus di Station JR di Kansai Airport.
d. Subway one day Pass

Travel Cheaply Within Osaka With Enjoy Eco Card!


Ok...yg ini plak adalah One day pass yg boleh digunakan menggunakan subway utk perjalanan 1 hari. Ni kena beli kat mesin tiket kat subway station... tp harga dia berbeza utk weekend dan weekdays.. kalau weekend harga dia murah sikit...dalam 600 yen.. kalau weekdays dalam 800 yen. Sgt berbaloi guna ni drpd guna ICOCA sbb guna ni utk semua perjalanan dalam 600 yen je..berbanding dgn guna ICOCA dia akan cas bagi setiap perhentian terakhir kita. Tp nasihat nua kalau korg jarang naik train which is less than 4 kali turun naik train, better korang pakai je la ICOCA tu.. murah sikit lagi.. liputan kawasan dia sama dgn Osaka Amazing pass cumanya nak masuk tmpt2 tarikan pelancong tak dapat la free.. Nua ada guna ni  sebanyak 1 kali.. 


Tu je 4 pass yang nua ada guna sepanjang di Osaka.. Ikutkan ada banyak lagi pass yg boleh digunakan di Kansai yang boleh menjimatkan pelancong. Korang boleh dapatkan semuanya kat Tourist Information Center kat Kansai Airport. Mcm2 pass ada... tp utk nua..sememangnya hanya 4 pass ni sahaja yg nua rasa sesuai dgn nua...


Extra Review

Kansai Thru Pass



Kansai thru pass ni pun boleh dikatakan mempunyai faedah yang hebat kepada pelancong. Coverage dia pun agak besar dan meliputi semua kawasan di kansai. Cuma tak boleh naik JR Line je la..kena naik subway dan local train jah. Jadi Perjalanan sometimes akan agak lambat sikit. Yg Best tentang tiket ni, ianya boleh digunakan secara berselang seli.. jadinya takdelah kita rasa tertekan kalau tak dapat guna tiket ni direct 2-3 days in a row.. Tp nua tak beli tiket ni sbb nua rasa nua tidak memerlukannya. Harga tiket ini ialah 4,000 yen ( 2 days ) dan 5,200 yen utk 3 hari.... 


================================================================

Setakat ini, itu benda2 utama yg perlu Nua dan kawan2 kena ambil tahu. Lain-lain keperluan adalah mengikut kehendak dan kemampuan sendiri ya..


9 orang daripada 12 orang. 1 orang yg snap gambar ni. Lagi 2 orang tgh beratur beli ubi kukus. 


Baiklah...itu sahaja utk hari ni.. nnt kita jumpa lagi kat update yang akan datang..

Tuesday, September 12, 2017

~ ||| Berhabuk Tahap Gaban.... |||

Assalam semua peminat ( Pengsannn kena cerca!! )

Lama rasanya tak update Blog kan.. Mygard!!!
 Berhabuk tu jgn cakaplah... Tuhan aje yg tahu
Sumber : Google


Lama berehat bukan bermakna Nua takde idea tp tapi kerana *Penyakit Cik Lazy* telah menyerang secara serious nya... so nak tau apa yg cerita ilmiah ( ilmiah nak mampus katanya!! ) seterus, nntkan ya Nua update sikit demi sikit.. ada sedih, suka dan duka..



Sehingga itu Nua nak mengemop jap habok2 ni..rungsinglahh byk habuk ni!!! hahahaha

XoXo : BoYZ NeXT DooR

Wednesday, March 1, 2017

TESTIMONI MAKANAN KUCING - EUREKA

Hallooo semua... Rindu Nua tak?? Lama jugak Nua lgsg tak post apa2 ya... Ni bukan tahap berhabuk dah..ni dah kira almost reput...

Kemalasan melanda tahap gaban bagi tahun 2016. So bagi permulaan taun 2017 ni abg nak mulakan dengan review pasal makanan kucing...Eureka.. Jangan banyak berceloteh lagi..mari kita lihat apa yg bestnya...

========================================================================

Seperti sebelum ini, ada Nua menyatakan bahawasanya Nua telah menggunakan Makanan Kucing Berjenama Total Equilibrio yang ditambah dengan Royal Canin hair And Skin dengan Nisbah 3:1. Sila rujuk sini ya ---->>>> Review Makanan Kucing 

Sumber : Google

Sumber : Google

Nak dijadikan cerita pada pertengahan Januari tahun 2017, kebanyakkan petshop sukar untuk memberikan Nua bekalan makanan tersebut, Well, kalau dikira-kira hampir 1 tahun lebih ++ la juga bertahan dengan jenama makanan itu. So sbbkan tak jumpa takkanlah nak bagi Rc Hair and Skin pulek kan? Jatuh tersungkur Nua kat depan Gucci.. hahahaha... So i have to think something.. Makanya Nua pun try mencari-cari makanan-makanan sesuai dgn anak2 bulus Nua..

So nak dijadikan cerita tiba2 ternampaklah jenama eureka ni.  Apa yg best pasal makanan Eureka ni? 


Sumber : Mr Google

Kalau dilihat kepada packaging dia mmg langsunglah tak menarik kan. Cuma tiba2 Nua mcm tertarik plak dgn Perkataan "HOLISTIC CAT FOOD" seperti pada pek ituew.. Nua pada waktu itu mmg lgsg tak teragak!! terus je beli pek 9.1 kg sbb malas nak pikir.. Lets check it out nutrition and ingredient Eureka Holistic Cat Food ni yaaaa!!!

Nutrition Facts :
Moisture: 10,0 Maximum
Protein: 32,0% Minimum
Fat: 18,0% Minimum
Ash: 7,0% Maximum
Fiber: 6,0% Maximum
Calcium: 1,2% Minimum
Phosphorus: 1,0% Minimum
*Omega 3 Fatty Acid: 0,29% Minimum
*Omega 6 Fatty Acid: 1,64% Minimum
*Yucca Extract 250 ppm Maximum
ME (Metabolizable Energy): 3710 kcal/kg
*Not recognized as an essential nutrient by the AAFCO Dog Food Nutrient Profiles.

Ingredients :
Turkey and Turkey Meal, Brown Rice, Chicken Fat (Preserved with Mixed Tocopherols and Citric Acid), Dried Eggs, Natural Flavors, Cellulose, Beet Pulp, Fish meal, Tomato Pomace, Flax Seed Meal, Brewer’s Yeast, Fruits and Vegetables (Potatoes, Peas, Spinach, Cranberries, Carrots, Apples), Potassium Chloride, Choline Chloride, Salt, Inulin (source of Fructooligosaccharides), DLMethionine,Taurine, Preserved with Mixed Tocopherols and Citric Acid, Green Tea, Yucca Schidigera Extract, Vitamins (Vitamin A Acetate, Vitamin D3 Supplement, Vitamin E Supplement, Vitamin B12 Supplement, Riboflavin Supplement, Niacin, Calcium Pantothenate, Folic Acid, Menadione Sodium Bisulfite Complex (Source of Vitamin K Activity), Pyridoxine Hydrochloride, Thiamine Mononitrate, Biotin), Minerals (Iron Sulfate, Zinc Oxide, Manganous Oxide, Copper Sulfate, Cobalt Carbonate, Ethylenediamine Dihydriodide,Sodium Selenite), Chelated Minerals (Iron Amino Acid Chelate, Manganese Amino Acid Chelate, Zinc Amino Acid Chelate, Copper Amino Acid Chelate), Dried Lactobacillus Acidophilus Fermentation Product, Dried Lactobacillus Casei Fermentation Product, Dried Lactobacillus Planatarum Fermentation Product and Dried Enterococcus Faecium Fermentation Product, Rosemary.

Sumber : Google

Haaaa!!! ok ke idok bahan2 dia tu? Ok..lets rumus sikit apa yg bagusnya..
X Corn ( I Love It )
X Soy ( I Love It )
√ Potatoes ( Tak berapa suka sgt tp still ok )
√ Wheat ( Brown Rice - factor yg membuatkan kucing cepat kenyang )
X Poultry by product or Poultry Meals ( I love it )
√ Pelbagai jenis Vitamin ( i love it )

- Kibbles dia Sangat Moist
- Bau pun sedap...Kadang2 rasa mcm bau Coklat Cadbury.. mamposss!!! hahahaha
- Anak2 bulus Nuar suka sgt mungkin sebab dia moist dan berbau sangat kuat.

So sehingga pertengahan bulan Januari 2017 sehingga sekarang ni Nuar Masih terus memberikan anak-anak bulus Nuar dgn Makanan jenama Eureka itu. Baru Habis 1 pek besar yang dicampurkan dengan RC Hair N Skin. So sehingga setakat ini sila bertahan dulu ya dgn jenama makanan ini...

tq kerana membaca..

XoXo Anuar Mustafa




Wednesday, September 14, 2016

Tenanglah Dikau Di Sana Sahabat - Balasungkawa Muhammad Shafiee Bin Muhamad Yacub

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Ya Allah! Ampunilah dia, rahmatilah dia, berkatilah dia, maafkanlah dia.
Sama- sama sedekahkan Al Fatihah buat sahabatku Arwah Muhamad Shafiee Bin Muhamad Yacub.
 Tenanglah dikau disana wahai sahabatku.


Pada Tanggal 24 Julai 2016, perginya seorang sahabat yang aku kasihi. Insan ayang paling rapat denganku semenjak aku bekerja di KEMAS pada tahun 2009. 

Pemergianmu ditangisi wahai sahabat. Namun semangat dan kenanganmu tetap menjadi penguat di dalam menjalani kehidupan dari hari ke hari. 

Selepas 62 hari kau mengadap Ilahi, barulah kekuatan itu muncul untuk aku mengabdikan dikau di sini. Tenanglah dikau disana sahabat...

XoxO : BoYz NeXt DooR

Monday, April 4, 2016

DAPUR BUJANG NUA ~ Shell Out di Rumah Sendiri

Assalam semua...
Waduh waduh!!! lama ok nua lgsg tak upload masakan dan resepi nua kat blog ni. Ok memandangkan sekarang ni tgh famous bebenor Konsep restoran ala2 shell out tu so nua pun rasa kena buat sesuatu. Kalau kat luar tu mmg beratus riban la yg habis kan tp kat sini bajet bawah dari RM100 bagi menyediakan makanan untuk 6 - 8 orang.

tu diaaaa!! dah readu semua.. ok lets see apa bahan2 dia..

Bahan - Bahan Makanan Laut

1kg Ketam Yang telah siap digoreng garing bersama kunyit dan sedikit garam ( Ketam tu sederhana besar je tau )

500 udang ng juga telah siap digoreng separuh masak bersama kunyit dan garam ( Jangan masak sgt nnt keras plak bila dah masak bersama kuahnya nnt )

500gm Lala ( Direbus )

500gm Sotong ( Direbus. Nua potong slice je sotong ni tp terpulang pada uols semua mcm mana nak potong ok!! )

Bahan-Bahan Sayuran

Sepohon @ lebih brokoli ( Direbus )

Sebatang dua Lobak Merah ( Direbus tp tak payah lama sangat,,, like-like sugi je )

Baby Corn ( Pun sama direbus jugak )

Capcicum ( Potong2 je )

Lemon

** Untuk kategori ini terpulang kat korang nak berapa banyak ya tp diingatkan jangan membazir yaa!!!


Pilihan lain

500gm Pepahat ( Direbus jugak )

500 gm Kupang @ Kepah @ seangkatan dengannya ( Direbus )

** Nua tak masukkan binantang2 itu kerana susah nak dapat kat Putrajaya. Hehehehe

Bahan-bahan Kuah / Sos 

10 bji bawang merah ( Dikisar )

10 ulas Bawang Putih ( Dikisar )

500gm Cili Boh ( Nua cuma blender 3 gengam cili kering je yang direbus dahulu )

10 batang cili padi ( Nak pedas lagi boleh je tambah sekilo...hahahha.. Tak payah potong2 ya..biarkan aje sebiji bulat mcm tu je )

Air Asam Jawa ( Nua tambah lagi Asam Keping skali )

2 sudu makan Gula

2 camca teh Garam ( Ni ikut kome ya sbb kemasinan lidah ni berbeza )

2 batang serai ( Ditumbuk tumbuk manja aje )

Daun Limau Purut ( Ni ikut kome nak byk mana. Like me cuma 2 helai saja sbb takmo dia overshadow rasa. nnt jadi paprik plak... Boleh juga digantikan dgn daun ketumbar @ daun sup )

Bawang besar / Bawang Holland ( Ni hirins bulat2 ya )

Sedikit belacan

Air Secukupnya

Minyak Masak ( Nua guna minyak masak agak banyak juga sbb nak bagi licin kat  atas kertas majong tu.. risau plak terkoyak masa nak makan tu nanti )

CARA - CARA MEMASAK KUAHNYA SAHAJA ( Sbbnya binatang-binatang dan sayur2 semua tu dan tunjuk cara2 nak sediakan kat atas nun. HAhh!!! sila Scroll kat atas balik ya!!!

Panaskan minyak masak. Mula-mula tumis bawang merah dan bawah puting sehingga kekuningan.

Kemudian Belacan dan tumis sikit lagi.

Selepas itu Masukkan Cili Boh dan serai. Masak sehingga pecah minyak. Lagi Cantik kalau merah dia tu dah gelap sikit dari asal.

Kemudian agak2 dah cantik warna dan keadaan cili tu masukkan air secukupnya ya. Jangan nak masukkan sebaldi plak. Juz ala2 nak bagi cair sikit je.

Sambil2 menunggu sos itu mendidih, masukkan bahan2 lain seperti Cili Padi, Gula, Garam, Daun Limau Purut dan bawang besar / holland.Kemudian masak sehingga pecah minyak atau dia pekat sikit.

Selepas itu masukkan segala jenis makanan laut yang telah disediakan tadi tu ke dalam kuah dan masak sikit lagi sehingga sebati kuah dan seafood itu.

Dah agak2 masak matikan api dan siap utk dihidangkan. Jangan lupa lps dah letak atas kertas tu letak plak rebusan sayur sayuran itu di atas hidangan ok!!

Then Masak Nasi ya!!

ok!!! tu je... JOM tgk bajet plak..

Muka gembira makan.. yg mcm ala2 kopok lekor tu ialah tempe yang dibeli dari bandung ya!!! heehehhe
Ketam RM 24.00
Udang RM 12.00
Lala RM 6.00
Sotong RM 6.00
Brocoli RM 3.20
Carrot RM 1.20
Baby Corn RM 1.50
Capcicum RM 4.20
Lemon RM1.90 sebiji

Minyak Masak RM 2.50 sekilo.. tp xkan pakai sekilo plak kan?? Motifff!!!
Cili Boh RM 1.90
Bawang Merak RM 1.80
Bawang Putih RM 1.00
Cili Padi RM0.50
Serai RM 0.50
Daun Limau Purut RM 0.20
Bawang Holland / Besar RM1.00


buatlah corak2 sikit lepas makan kann!!! hahahaha

Lain-lain Bahan tu korang ciloklahdari dapur rumah korang sendiri ya. Kalau xde minta kat sebelah.. hehehehe

TOTAL COST : RM 69.400

Jumlah Hidangan : 5 - 8 orang

ok la uolsss!! Selamat Mencuba OK!!!

XoXO: BoYZ NeXt DooR

~ Percutian Bajet ke Kansai Osaka Part 9 ~ Menghabiskan Saki-baki Peruntukan

Assalamualaikum WBT kpd semua yang membaca blog nua ini... Terima kasih byk2 kepada semua yg sudi membaca blog nua yg kadang-kadang OK but...