Tuesday, February 26, 2019

~ Percutian Bajet ke Kansai Osaka Part 9 ~ Menghabiskan Saki-baki Peruntukan

Assalamualaikum WBT kpd semua yang membaca blog nua ini...
Terima kasih byk2 kepada semua yg sudi membaca blog nua yg kadang-kadang OK but sometimes merepek meraban tebeng bak kata orang Perak.

Sambil-sambil kita memasak Gulai Lemak Kerang ni... nua pun update blog ni sikit-sikit ya... Walaupun kemalasan melanda...

ok..lets continue.... Now dh masuk hari ke-8 kami kat sini... Oh My... dah nak sampai penghujungnya.

===========================================================



Sebelum tu meh Nua review kat korang semua sikit pasal perjalanan hari ke 8 kami kat Osaka...


30 Januari 2019

FREE AND EASY

** ALL OUT SHOPPING DI SHINSAIBASHI DAN DUTONBORI

Use Kansai Thru Pass

Merujuk kepada Post yang sebelum ini...kami tak beli pun Kansai Thru Pass tu. So mesyuarat diadakan seperti biasa sehari sebelum hari itu menjelma.

Selepas balik dari bermain salji di Shiga dan shopping2 di sekitar Osaka, kami pun balik ke homestay kami as usual dan duduk berbincang untuk aktiviti berikutnya. Hal ini kerana dah masuk hari ke-8 kami dah takde hala tuju. Cuma impian untuk mencari G-shock 35th anniversary Redout Collection masih di dalam list walaupun semua tempat dari kyoto, kobe, osaka dll telah kami jelajah tapi haram jumpa sampai sudah!!!

so bincang punya bincang...akhirnya kami telah decide utk pergi ke beberapa tempat utk menghabiskan saki baki duit kami.. Antaranya ialah :-

1. Kedai makcik jual souvenir murah kat Tempozan. So untuk ini malas nak cerita sgt. Uols boleh check it out kat sini ---> KEDAI MAKCIK JUAL SOUVENIR MURAH KAT TEMPOZAN

2. Yodobashi Umeda.

3. Shinsaibashi dan Dutonbori

4. Segala jenis mak nenek Don Qui Jote


5. Dinner kat Halal Vitti Lodge

So hari ni kaedahnya hanyalah aktiviti-aktiviti biasa a.k.a shopping jah sebelum pulang ke Malaysia.


Sempat la bergambar dekat depan homestay

Kebetulan takde orang...kita pun posed la haute couture sikit

Keluar2 je dari homestay.... weols terus menuju ke Halal Vitti Lodge. Review tempat ni?? malas nk buat sbb i tak suka. Makanan dia biasa2 je dan mahal. Serta kurang mesra pelanggan. Gitueww!!

i tak suka rasa dia...so sedekah pada org lain. Nyesal beli!!! heehhee

Bolehlah...


Lps tu..kami ke Tempozan. Lps Tempozan kami ke Yudobashi Umeda sebab Kak Nad and Kak Kin nak beli jam casio classic yang murah 900 yen dari kat Don Qui Jote which is kalau dah beli 10 dah 9000 yen... byk tak jimatnya?? Then kami gerak ke Shinsaibashi dan Dutonbori. Just touch and go je dgn ICOCA. Malas nak beli apa2 pass dah... hehehe..







Boleh dikatakan hampir semua kedai kami masuk. Dalam erti kata lain utk hari sebelum kami balik ni...fokus kami jenjalan bodoh je sesambil beli barang2.. tu je.. takde dah nak masuk attraction mana2 dah.. heheh





so apa je yang kami buat keseluruhannya pada hari ini?? its nothing actually.. Just habiskan duit yang ada je..

hahahaha....

ok laaa... Lets Habiskan part yang terakhir sekali.. Iaitu Hari ke-9 which is hari nak balik...

Baiklah... Untuk hari terakhir ni.. Nua mmg takde buat apa2.. sbb flight jam 11.00 pagi.. so seawal jam 6.30 pagi Nua dan yang lain2 dah keluar ke Nankai Line Shin Imamiya Station.

Beg tak bertambah...cuma berat je bertambah.. hehehe


Jadinya perjalanan kami terus sahaja ke Kansai International Airport. Takde nak singgah kat mana2 dah.

So Lepas dah check in semua dan sempat bersarapan di airport, maka berpusu-pusulah kami semua masuk ke dalam pelepasan.

Nak dijadikan cerita sebelum nak naik train ke perlepasan, Nua dok jalan2 jap kat kedai2 kat situ.. Manalah tahu terjumpa Jam yang dikehendaki... sebanyak 10 buah kedai nua masuk dan akhirnya di kedai yang terakhir Nua terjumpa juga apa yang dicari...

Oh Em Gee!!!! Finally Nua jumpa juga Jam G-Shock 35th Anniversary Redout Collection yang dok dicari-cari selama 9 hari kat Kansai.. Rasa mcm nak menangis!!!!





So Akhirnya merasalah membeli apa yg dihajati dari hari pertama kat sana.. Nasib baik ada saki baki duit yg tak belanja... ada duit nak membelinya. Jadinya baliklah kita dengan penuh kegembiraan kat sana..

Sampai Malaysia as usual uruskan semua dan balik rumah terus berehat.

Osaka kekal terpahat di hati sebagai sebuah tempat yang indah utk dilawati.

XoXo : BoYz NeXt Door















Thursday, December 27, 2018

~ Percutian Bajet ke Kansai Osaka Part 8 ~ Bercita-cita tinggi di Hakodateyama Ski Resort

Assalamualaikum WBT kpd semua yang membaca blog nua ini...
Terima kasih byk2 kepada semua yg sudi membaca blog nua yg tak seberapa ini...
Sambil-sambil kita memasak ikan kembung asam pedas ni... nua pun update blog ni sikit-sikit ya... Walaupun kemalasan melanda...

ok..lets continue.... Now dh masuk hari ke-7 kami kat sini...

===========================================================

Sebelum tu meh Nua review kat korang semua sikit pasal perjalanan hari ke 7 kami kat Osaka...

30 JANUARI 2018 (SELASA)

8.00 Pagi - 8.00 malam 

 (FREE AND EASY

** Rinku Village
** Wakayama

Use Kansai Thru Pass
Tu je asal plannya.... hehehehehe...

Tetapi semalam which is masa lps balik dari dari universal studio bagai tu... kami semua bermesyuarat... Kalau ikut plannya mcm nak feeling2 je tp bila difikir-fikirkan balik kami tak beli pun Kansai Thru Pass.... so nak gi Wakayama tu jauh juga dan dalam masa yang sama nak ke Rinku tu utk shopping... hehehehe

So malam sebelum tu kat ruang tamu sambil makan maggi..kami pun berbincanglah apa yg boleh dibuat selain daripada ke Wakayama dan Rinku Village... Bincang punya bincang maka kami bersetuju untuk pergi bermain Salji sbb Azam kata tak puas nak main salji hari tu masa kat Bamboo Groove di Saga Arashiyama.. Jadinya kami akan ke Tsuruga untuk bermain salji... yahooo!!!!!

Maklumat yang nua cari pun kat Group RTJ... tq so much Road To Japan di atas informasi yang diberikan.... 

Post dari RTJ yang byk membantu...
Sumber : Facebook RTJ


Honestly, Nua dan kawan2 terjumpa post ni...makan mmg kami kaji habis-habisan... kalau diikutkan ada Biwako Valley kat situ juga...tp bila dah compare kan Nua dgn kwn2 memilih kat sini... 

So pagi2 lagi kami dah keluar ke Station JR Shin Imamiya... Memula macam nak topup ICOCA card tu la sbb tgk kat Google Maps kos sehala nak ke sana dalam 1,950 yen ( Please jgn convert!!!! ).. which is kalau 2 hala dalam 3,880 yen.... Tapi sebelum nak top up tu Nua pun pergilah kat kaunter tiket nak tanya2 la kalau ada JR Pass keinnzzzz.... 

Nak Dijadikan Cerita...ALHAMDULILLAH ada JR Pass 1 day Pass yang berharga 2,500 yen... Yeeeaayyy!!!! Dapat jimat duit kami!!! Kalau beli online lebih murah la dalam 2,200 yen.. tp dah ada tu nua bersyukur la sikit...boleh guna gi tempat2 lain kalau nak pergi tmpt lain kan?? 

Maka kami pun beli la tiketnya tanpa berlengah... How to going there?? 

Naik train dari Shin Imamiya ke Osaka Station then tukar ke Platform 9 Kyoto station. Lepas tu pergi ke Platform 3 ( JR Tokkaido-Sanyo line ) arah tsuruga direct sampai Omi-Imazu station .


Dari Kyoto ke Omi-Imazu tu ada beberapa cerita lawak... tak faham sgt dgn cerita pasal train ni.. Memula train dari kyoto ke Shiga...kat Shiga ramai orang turun... We Are assume maybe la ramai org nak ke Biwako Valley... Tetiba krew station pun arahkan kami keluar...dia kata itu last train and suruh tunggu train lain... so weols pun terpaksa la keluar dan tunggu train lain... Sama mcm bila dh sampai Station Omi-Imazu pun sama...sampai2 je train matikan enjin dan kami semua of course la akan keluar.. siap pilot keluar bawak beg mcm dah habis duty... Nua xpaham!!!! hahahaha


Baiklah....sepanjang perjalanan jgn cakaplah.... mmg cantik gila pemandangan... kami ni memasing ni mcm Jakunlah la sikit sbb tgk memutih ke semua kawasan... 









Jadi memasing ni mmg dah tak sabar nak turun dari train ni... then turun2 je kat station je dah penuh salji... kat luar tgh salji turun... memasin excited lagi sekali.. 

Then bila dh keluar dari station..kami ikutlah cara yang diajar kat group RTJ tu... keluar pintu west dan tunggu kat platform 2... tp masa kami dah keluar tu takde bas lagi... Tiba2 dtg idea bodoh sikit..nua kata kata kat kawan2.. ' Lets jalan2 depan2 tu kejap... Maka feeling la memasing tangkap gmbr mcm kat kg halaman memasing...

kat depan station train....



Sempat la buat kebajikan utk kemudahan orang lain




Dok main2 salji kat sini je pun...dah dok snap gambar sana snap gambar ni...tapi bas tak sampai2... so dari kejauhan dan nampak Lawson... maka we have decide going to Lawson dan makan bekalan yg ada kat sana... 

Drama nak Lawson tu pun ada... Boleh masa dalam perjalanan tu gi ikut belakang rumah2 orang dan belakang2 kedai... Hasilnya??? Berkepul2 salji kat belkang rumah dema... Entah apa la org sana ckp pasal kami yg tiba2 main2 kat blkg rumah depa... hehehe


ni sebenarnya bukan bukit pun.. tapi pokok yg dilitupi salji... ala2 pokok ni jadi mcm pakar la sbb sebelah pokok sana rasanya longkang besar..

Kat belakang rumah org ni mcm ada laman sikit...tp tak berani nak masuk sbb takut kena marah masuk laman org lain kan... hehehe


action jah!!! sebenarnya tak baring sgt pun...tu pokok sebenarnya... hahahaha... 

Bayangkan lah sambil2 jalan ke Lawson pun dah habis masa berapa minit dah... then dekat kat Lawson tu tiba2 ternampak mcm jambatan.... Ada drama lagi yang tercipta... Tapi nua kata kat dema " Ehh!! ada jambatan...mesti cantik tangkap gambar kat situ.. tp kita postpone dulu...kita gi Lawson minum2 dulu "

Maka sampailah kami kat Lawson.....

Menikmati air coklat sambil di luar penuh dgn salji... hehehe


ok..selesai semua kat situ...sempat charge phone skali... hahaha... Maka DRAMA BARU BAKAL TERCIPTA... 

Memula tu kami nak ke Jambatan yang telah ditangguhkan pemergiannya la.. berjalan ke sana la kaedahnya beramai-ramai... Sampai je kat jambatan tu,.. OMG!!!!! di seberang sana ada Salji yang memutih penuh gebunyaaaaa... Makanya semua berlari-lari anak pergi ke sana... terus terjun ke dalam salji tu... Lain Macam ya bila salji tu masih tak diusik lagi oleh manusia... Makanya kami dok main-main salji kat sana je... Hasrat utk pergi ke Hakodateyama Ski Resort terbatal tiba2.. Jimat duit .. ghahaha.. Ok!! Lest Layan Gambar,....











Tambah kapsyen





Seriousssly!!! puas rasanya.... walaupun tak sampai kat Hakodateyama Ski Resort tu.... tp cukup dah main salji kat sini... at least salji kat sini masih gebu dan tidak diusik oleh orang ramai lagi... kami je yg main kat sini... salji mmg gebu2... Kami main salji ni pun suku padang tu je... Ehhhh!!! macam mana pulak kami tahu tempat ni adalah padang?? hehehehe!!! Kami google laaa!!! hehehehe... Takut pula la kan tersalah masuk ke dalam lubang ke apa ke kan... 


Kami kat sini sampai jam 2.30 petang...then kami pun bergegas la mahu pulang sbb hari dah makin gelap.. Selepas itu, tanpa melengah sampai kat Kyoto Station... Kami singgah kat AYAM-YA lagi sekali untuk Lunch.. hahaha..

Lps tu Hari dah gelap... Weols pun balik ke Osaka.. Kat Osaka Sempat la singgah kat Yodobashi Umeda sbb nak beli Jam G-Shock Made in Japan...
 
Walaupun beli yang murah je tapi yang penting MADE IN JAPAN!!!!

Sebab apa beli ni?? Sbb frustrated sampai ke sudah tak jumpa Casio 35th Anniversary Redout Collection.... Jenuh mencari..semua tempat habis...So risau takut kempunan jadi beli jugalah tapi tetap cari Made in Japan... No Made In China atau Made In Thailand... tu boleh beli kat Malaysia jah!!! Nua dh beberapa hari berjalan mmg kat Yodobashi ni lebih murah berbanding dgn kat BIC Camera dan Don Qui Jote....

Lebih kurang dah penat bebenor membeli belah kat Yodobashi dan sekitar Umeda.... Kami gerak ke Namba...Tujuannya nak jalan2 lagi... Nak jalan2 sampai kaki lebam katanya...Sbb rugi katanya beli tiket JR Pass tu kalau tak guna sehabis baik... ( Patutnya ke NARA !!! hahaha ).... 

Dah betul2 penat... baru balik rumah.... Dah sampai rumah memasing mengeluh penat... hahahaha... 
Tu je la perjalanan utk hari ini.... Penat tapi best!!!

As usual pesanan Nua... KITA MERANCANG BAGAI NAK GHAK TP ALLAH YG MAHA ESA JUGA YANG MENENTUKAN!!!


Ok la...tu sahaja sehingga ke hari ini... Nnt ada kudrat dan hidayah nnt nua sambung lagi ok!!!

XoXo : BoYz NeXt DooR

Thursday, November 29, 2018

~ Percutian Bajet ke Kansai Osaka Part 7 ~ Free Tour Again with OAP

Assalamualaikum WBT kpd semua yang membaca blog nua ini...
Terima kasih byk2 kepada semua yg sudi membaca blog nua yg tak seberapa ini...
Sambil-sambil kita memasak daging dendeng masak hitam ni... nua pun update blog ni sikit-sikit ya... Walaupun kemalasan melanda...

ok..lets continue.... Now dh masuk hari ke-6 kami kat sini...

===========================================================

According to the title.... kami semua hari ini masih menggunakan Osaka Amazing Pass (OAP) dalam meneruskan misi kami semua... Sebab apa?? sebab OAP ni kena guna dalam 2 hari yang berturut-turut..tak boleh selang seli macam Kansai Thru Pass... So dgn OAP ni..selain subway dia cover penuh, dia juga cover beberapa tmpt attraction.... Kalau ikutkan hari ni kami nak pergi ke belah2 tepi laut plak hari ni... dengan beberapa tujuan iaitu nak mencari souvenir yg dikatakan murah kat satu kedai makcik tu..

Di Pagi hari sekitar jam 10.00 pagi....

Hari ni kami semua plan keluar dalam jam 10.00 pagi... Keseluruhan rombongan adalah seramai 12 orang... tetapi yang tinggal hari ini hanyalah tinggal 7 orang... sebab Merr, Adil, Hafizul, Shida dan Along akan berangkat pulang hari ini.. Apoooooo balik awal???  Nak datang udahlah susah...balik cepat pulak..hehehe.. Tiba-tiba semalam Boyfren si Livia sampai..so jadi 8 orang keseluruhannya...

And pada hari ni..Livia dgn BF dia nak jalan lain2..kami berEnam yang masih tinggal ni which is Kak Nad, Kak Ikin, Abg Shah, Azam dan Fatin berjalan bersama-sama..

Ok...Lets Check it Out Apa je yang kami Buat Hari ni....

As usual...memandangkan keluar lambat...sempat le siapkan bekalan yang grand sikit...heheehhe

Mcm Biasa berjalan kaki ke Dobutsue-Mae Station... dari situ barulah kita gerak ke mana ya... Mcm dh nyatakan sebelum ni... tujuan perjalanan hari ni more tu kawasan tepi laut.. Cuaca hari ni cantik je.. sekitar 4°c ke 6°c tetapi rasa yang paling sejuk antara semua hari... Nak tau kenapa?? Baca sampai habis ya...

Ok..mana je kami pergi?? 

1. Tempozan Giant Ferris Wheel, Tempozan Market Place, Legoland dan kawasan sekitar.. 

Cara Perjalanan : Dobutsue Mae (Sakaisuji Line, Platforn  2 ) > Sakaisuji Homatchi Station then tukar ke Chuo Line ( Platform 2 ) > Asakako Station > Exit 1

Tambang : USE OAP...

Entrance Fee : Tempozan Wheel 700 yen ( Free with OAP )
                       : Legoland 1800 yen (Free with OAP )
                       : Osaka Aquarium Kaiyukan 3000 Yen ( Diskaun 20% dgn OAP )
                       : Captain Line Ferry 600 Yen ( Free with OAP )

Keluar je dari Exit 1 tu...terus je jalan menghala ke Tempozan Giant Ferris Wheel tu...dari jauh dah nampaknya...

So dalam  tgh jalan2 tu nnt ada 1 kedai makcik tu...dia jual souvenir... Yang murah kat sini mcm t-shirt dan cap. Makcik ni pun pandai berbahasa Indonesia ( Berdasarkan kpd loghat dia) tp kita dgn indonesia kan serumpun..so senang je nak paham pun...

Kedai Makcik jual baju murah

Tempozan Ferris Wheel

Memandangkan semalam kami semua tak sempat nak naik Five Ferris Wheel tu..maka hari ni nak le naik kat sini...

Lets Layan Gambar






Tempozan ni sebenarnya tepi laut...so angin sgt kuat bertiup...jadinya mmg sgt2lah terasa sejuk ya amatnya... tu la nua kata....sejuk salji lagi boleh tahan...dari sejuk ditiup angin...seriousss nasib baik kat situ ada Tempozan Market Place..so bolehlah panas2 kan badan sikit...lagipun kitaorg nak masuk legoland kat situ.. Masa kat dalam buaian pusing tu, sempatlah juga kami masing2 makan bekalan yg dah siap2 dari rumah...sejukk oi! Lapor ya amat... so makan la kat dalam buaian tu...sempat ok habis sbb pusing dia sgtlah lambat...

Alkisah kat legoland lak igtkan legoland ni mcm legoland kat Malaysia...rupanya bila kami sampai kami tak dibenarkan masuk sbb tidak membawa kanak-kanak berumur 12 tahun bersama..korang rasa apo??? Malu tak?? hahaha...

So, tak boleh masuk...kita bergambar je..
Lepas tu kat sini juga kami jumpa kedai souvenir yang agak murah... Not bad la harga fridge magnet dia... Murah la berbanding kat Namba dan Shinsaibashi.. So ambik la sebarang dua benda kat sini...

Di hadapan kedai souvenir murah




 Lepas tu kami keluar... Plan mcm nak masuk ke dalam Osaka Aquarium Kaiyukan... tp sbb mahal tak jadilah...Jimat duit!!! hahaha...

Lps tu kami nak cari Captain Line...iaitu naik feri utk ke seberang... sebab kat seberang ada Universal Studio... Yang ini pun free je dgn OAP...

Dalam feri....tu pun dh gelap dah...

Menunggu ferry...Ya Allah sejuk ya amat!!!!






Sampai kat seberang..kami pun singgah la kat Universal Studio...Just jalan2 kat luar je...sambil2 beli barangan USJ... hehehehe... Kat depan dia tu pun ada hard rock...
 Kat sini mmg meriah dan cantik....
Pada korang2 yg xmo masuk...cuci2 mata aje tau!!!


ni tak halal tau!!! jgn feeling nak beli pulak!!



Tempat wajib bila bergambar kat USJ


seriously..kawasan ni mmg teramatlah sejuknya....sebabnya masa ni angin bertiup dengan kuatnya..  hanya tuhan je yang tahu betapa sejuknya cuaca pada masa itu..

Kemudian, dah selesai segalah urusan kat Universal Studio dan Universal City Walk, kami pun nak makan dinner... memula tu mcm nak makan kat Luke Lobster yg kat dalam Universal City Walk, tetapi bila tgk harganya...rasa mcm tak berbaloi!!!! hahaha...memandangkan kami masih ada 3 hari lagi kat sini..so we have decide to move on kat tempat lain...

destinasi dinner kami utk malam ini ialah kat MATSURI ..... sebuah Restoran Jepun yg halal...

How to going there dari USJ ni..

so utk kat sini...kami nampak JR Train je...so terpaksalah kami swap dgn ICOCA...

Universal City Station  > Nishikujo Station... then turun Osaka Loop Line > Noda Station.. Harga tambang guna ICOCA adalah bernilai 180 yen.

Dari Noda Station tu jalan kaki sikit yaa...tp actually tak sikit sgt...jauh juga tp kerana lapar kami turutkan kata hati utk berjalan ke sana...

Inilah kedainya.......setelah penat berjalan akhirnya jumpa..penuh org Malaysia je!!

Finally jumpa takoyaki...tp just nak btau la kan...takoyaki dia sgt sedap dan mencair dalam mulut...hehehehe

Ni sebenarnya OKONOMIYAKI...tak bulat pun kan??? tp mmg sedap!!!

Mcm biasa...;.Chicken Karage

Makan utk seorang!!!! hahahahaha


Yaaahhh!!! tu la hakikatnya...makan utk sorang je tu.. Lapor kome!!!!

Selesai makan....kami pun nak balik...syukurlah kali ni ada subway kat depan Matsuri tu je...Jalan 30 saat sampai...

Dari Nodahanshin Station > Namba Station then tukar Midosuji Line  > Dobutsuen-Mae Station.. Guna OAP ya.... utk tambah free sebelum tamat.. Mcm biasa exit Pintu 4 dan berjalan balik ke homestay...seterusnya berehat jahh!!!

Fuhh!!! Hari ni tak penat sgt sebenarnya....tp yg buat sakit hatinya ialah cuaca sejuk ditiup angin tu.. Seriously mmg tak tahan... Balik rumah rehat secukupnya as usual..

==================================================

Jom tgk itinirary asal kami... totally lari dari perancangan asal...

0930 – Morning Walk + Breakfast
1000 – Jalan2 sekitar Shin Imamiya
-          Tsutenkaku Tower**
-          Tennoji Zoo **
-          Osaka City Museum of Fine Art**
1300 – Lunch kat Vitti Halal Café ( Tennoji Station
             (Medosoji Line ) > Daokokucho Station > Jalan
             Kaki sikit )
1330 – Menikmati makan Lunch di Vitti Halal Café
             (¥ 1,500 )
1430 – Gerak Ke Umeda ( Sakaisuji Line – Ebisucho
              Station > Tenjinbashisujhi Station Guna OAP)
-          Umeda Sky Building**
-          Osaka Museum House And Living** - sewa Yukata ¥ 200 utk 30 minit
-          HEP Five Ferris Wheel**
-          Umeda Joypolis Wild River**
1800 – Lets Back to Namba
2030 – Lets Dinner
2200 – Lets Rehat



** Perjalanan PULANG Mer, Along, Adil, Hafizul dan Sheeda

0900 – Breakfast
1000 – Keluar Jenjalan kat Sekitar Shin Imamiya
-          Check Out Homestay
-          Super Tamade Shin-Imamiya – Shopping Biskut Kapal
-          Tenoji Zoo ** (¥ 500 )
-          Q’s Mall
-          Osaka City Museum of fine Art ** (¥ 300)
-          Tsutenkaku Tower** (¥ 700 )
1330 – Naik Nankai Express Line ke KIX (¥ 1,430)
1420 – Dijangka sampai KIX Airport
-          Check In Luggage
-          Check In Boarding Pass
-          Lunch ( dgn saki baki duit yg ada )
-          Urusan Imigresen
-          Urusan Kastam
-          Redeem Balance ICOCA
1615 – Ready to Departure
2300 – Sampai KLIA – Naik bas yoyo Balik Perak



** Free with Osaka Amazing Pass


As usual pesanan Nua... KITA MERANCANG BAGAI NAK GHAK TP ALLAH YG MAHA ESA JUGA YANG MENENTUKAN!!!


Ok la...tu sahaja sehingga ke hari ini... Nnt ada kudrat dan hidayah nnt nua sambung lagi ok!!!

XoXo : BoYz NeXt DooR

~ Percutian Bajet ke Kansai Osaka Part 9 ~ Menghabiskan Saki-baki Peruntukan

Assalamualaikum WBT kpd semua yang membaca blog nua ini... Terima kasih byk2 kepada semua yg sudi membaca blog nua yg kadang-kadang OK but...