Assalam semua...
Waduh waduh!!! lama ok nua lgsg tak upload masakan dan resepi nua kat blog ni. Ok memandangkan sekarang ni tgh famous bebenor Konsep restoran ala2 shell out tu so nua pun rasa kena buat sesuatu. Kalau kat luar tu mmg beratus riban la yg habis kan tp kat sini bajet bawah dari RM100 bagi menyediakan makanan untuk 6 - 8 orang.
tu diaaaa!! dah readu semua.. ok lets see apa bahan2 dia..
Bahan - Bahan Makanan Laut
1kg Ketam Yang telah siap digoreng garing bersama kunyit dan sedikit garam ( Ketam tu sederhana besar je tau )
500 udang ng juga telah siap digoreng separuh masak bersama kunyit dan garam ( Jangan masak sgt nnt keras plak bila dah masak bersama kuahnya nnt )
500gm Lala ( Direbus )
500gm Sotong ( Direbus. Nua potong slice je sotong ni tp terpulang pada uols semua mcm mana nak potong ok!! )
Bahan-Bahan Sayuran
Sepohon @ lebih brokoli ( Direbus )
Sebatang dua Lobak Merah ( Direbus tp tak payah lama sangat,,, like-like sugi je )
Baby Corn ( Pun sama direbus jugak )
Capcicum ( Potong2 je )
Lemon
** Untuk kategori ini terpulang kat korang nak berapa banyak ya tp diingatkan jangan membazir yaa!!!
Pilihan lain
500gm Pepahat ( Direbus jugak )
500 gm Kupang @ Kepah @ seangkatan dengannya ( Direbus )
** Nua tak masukkan binantang2 itu kerana susah nak dapat kat Putrajaya. Hehehehe
Bahan-bahan Kuah / Sos
10 bji bawang merah ( Dikisar )
10 ulas Bawang Putih ( Dikisar )
500gm Cili Boh ( Nua cuma blender 3 gengam cili kering je yang direbus dahulu )
10 batang cili padi ( Nak pedas lagi boleh je tambah sekilo...hahahha.. Tak payah potong2 ya..biarkan aje sebiji bulat mcm tu je )
Air Asam Jawa ( Nua tambah lagi Asam Keping skali )
2 sudu makan Gula
2 camca teh Garam ( Ni ikut kome ya sbb kemasinan lidah ni berbeza )
2 batang serai ( Ditumbuk tumbuk manja aje )
Daun Limau Purut ( Ni ikut kome nak byk mana. Like me cuma 2 helai saja sbb takmo dia overshadow rasa. nnt jadi paprik plak... Boleh juga digantikan dgn daun ketumbar @ daun sup )
Bawang besar / Bawang Holland ( Ni hirins bulat2 ya )
Sedikit belacan
Air Secukupnya
Minyak Masak ( Nua guna minyak masak agak banyak juga sbb nak bagi licin kat atas kertas majong tu.. risau plak terkoyak masa nak makan tu nanti )
CARA - CARA MEMASAK KUAHNYA SAHAJA ( Sbbnya binatang-binatang dan sayur2 semua tu dan tunjuk cara2 nak sediakan kat atas nun. HAhh!!! sila Scroll kat atas balik ya!!!
Panaskan minyak masak. Mula-mula tumis bawang merah dan bawah puting sehingga kekuningan.
Kemudian Belacan dan tumis sikit lagi.
Selepas itu Masukkan Cili Boh dan serai. Masak sehingga pecah minyak. Lagi Cantik kalau merah dia tu dah gelap sikit dari asal.
Kemudian agak2 dah cantik warna dan keadaan cili tu masukkan air secukupnya ya. Jangan nak masukkan sebaldi plak. Juz ala2 nak bagi cair sikit je.
Sambil2 menunggu sos itu mendidih, masukkan bahan2 lain seperti Cili Padi, Gula, Garam, Daun Limau Purut dan bawang besar / holland.Kemudian masak sehingga pecah minyak atau dia pekat sikit.
Selepas itu masukkan segala jenis makanan laut yang telah disediakan tadi tu ke dalam kuah dan masak sikit lagi sehingga sebati kuah dan seafood itu.
Dah agak2 masak matikan api dan siap utk dihidangkan. Jangan lupa lps dah letak atas kertas tu letak plak rebusan sayur sayuran itu di atas hidangan ok!!
Then Masak Nasi ya!!
ok!!! tu je... JOM tgk bajet plak..
|
Muka gembira makan.. yg mcm ala2 kopok lekor tu ialah tempe yang dibeli dari bandung ya!!! heehehhe |
Ketam RM 24.00
Udang RM 12.00
Lala RM 6.00
Sotong RM 6.00
Brocoli RM 3.20
Carrot RM 1.20
Baby Corn RM 1.50
Capcicum RM 4.20
Lemon RM1.90 sebiji
Minyak Masak RM 2.50 sekilo.. tp xkan pakai sekilo plak kan?? Motifff!!!
Cili Boh RM 1.90
Bawang Merak RM 1.80
Bawang Putih RM 1.00
Cili Padi RM0.50
Serai RM 0.50
Daun Limau Purut RM 0.20
Bawang Holland / Besar RM1.00
|
buatlah corak2 sikit lepas makan kann!!! hahahaha
|
Lain-lain Bahan tu korang ciloklahdari dapur rumah korang sendiri ya. Kalau xde minta kat sebelah.. hehehehe
TOTAL COST : RM 69.400
Jumlah Hidangan : 5 - 8 orang
ok la uolsss!! Selamat Mencuba OK!!!
XoXO: BoYZ NeXt DooR