Assalamualaikum WBT kepada semua sahabat2 Nua yang dikasihi. Baiklah kali ni kita nak bercerita pasal percutian Nua ke Bandar Ho CHi Minh, Vietnam. Adohaiii!!! Sebenarnya Nua dh setahun lebih ke sana tapi memandangkan tahun 2015 adalah tahun yg agak malas Nua nak update so kali ni Nua update la skit-skit demi kesejahteraan anda semua ya.
Baiklah uolssszzz semuaa.. kali ni percutian Nua bersama dengan rakan2 yang tak pernah berjalan bersama ni
. Bukanlah bersama dgn teman2 yang selalu travel keluar negara tu. Percutian kali ni mmg bukan mcm selalu ya. Kali ni Nua bayar bayar utk pakej. Tiket Kapal terbang je asing ya.
Baiklah...rancang punya rancang hanya dalam masa 2 minggu sahaja kami semua memilih 5 Disember 2015 sebagai tarikh kami berangkat ke HCM ... memandangkan kami beli tiket last minit dan bukanlah waktu promosi makanya harga tiket mmg mahal la kan>??? hehehehe Flight kami pada hari itu adalah pada jam 9.10 pagi.
So seawal jam 7.00 pagi Nua dah bergerak ke LCCT ya... Ok..untuk kali ni Nua mmg feeling skit ya.. Pergi dan balik duduk kat HOTSEAT!! Kemain kekwatnya ya!!!! Makan Minum As Usual kena beli ya!! Nua mmg tak pernah tak beli makanan kat dalam flight Air Asia. Kaedahnya mesti beli!!!
INSURAN JGN LUPA KALAU KELUAR NEGARA YA!! SBB SGT2 IMPORTANT.. KALAU TAK PERCAYA BOLEH TGK POST NUAR YANG LEPAS PASAL BALI YA ---->>> BerCuTi Ke Bali For THe FirSt TiMe In My LiFe!!! ~~ Day 1 ~~ |
ok... berbalik pada cerita tadi ya... seperti semua sedia maklum untuk kali ni punya rombongan Nuar guna Agent.. 100% is agent ya!! takde nak Backpack sgt kali ni!! huhahaha
Kali ni kitaorg ambik pakej dari Erwin Travel and Tours Sdn Bhd. Bertempat di Johor ya kaedahnya sbb kwn Nua yang uruskan ni dok johor, So dia je yang uruskan semua. Nua bagi Duit je.
Ikutkan semua perancangan perjalanan dah diaturkan oleh agent tp biasalah dik non oiii mesti ada perubahan. kami semua decide memilih Pakej SILVER sbb harga dia MAHAL skit!! mampuuu sbb MAHAL ok!!! so setiap orang drpd kami kenalah bayar RM910/pax ya!! feeelinggggg taauuu depa ni!!!
Pakej termasuklah :
1. Penginapan selama 4 hari 3 malam di Kelly Hotel. Btw hotel ni mmg Nua recomended sgt2. Sebab selesa dan cantik. nak berjalan ke Ben Than market tu pun dekat. Dalam 5 minit je sampai. Apa yg best lagi kat hotel ni ada SPA yaa... Untuk penginap yg duduk kat sini siap dapat 30% diskaun lagi tau!! hehehehee... ni nnt Nua cerita kat tempat lain pasal SPA ni tau...
Nah abam review sikit hotel ni kat korang...
Nilah rupa bilik kami!!! cantik taaakkkk???? hehehehe Ni pinjam gambar dr MR Google,...hehehe |
2. Makan minum sebanyak 3 kali breakfast, 2 kali lunch, dan 3 kali lunch. Kat pamplet tu jgn ikut sgt sbb dia pun ting tong.
3. Transport utk bawak kita berjalan berdasarkan itenirary
4. Tiket Masuk utk tmpt2 lawatan
Kami smpi kat airport HCM tu lebih kurang jam 11.45 pagi ikut jam Malaysia ya. kalau ikutkan masa diorg tu sejam lewat dr kita.
Memula smpi je kami disambutlah oleh tour Guide kami yg bernama TORY... orgnya sgt peramah dan baik hati, Sampai2 je kami terus dibawa pergi makan dulu. Nua tak ingat apa nama kedai tu ya tp owner kedai tu adalah berketurunan Melayu Champa.. so dari tauke smpi ke pekerja semua boleh cakap melayu dan Nuar agak terkesima kejap.. hahahaa
Kaedahnya kami semua makan ala2 kadar je seperti lauk di bawah.. hehehehehe... tp harganyaa.. MashaAllahhh... Mahal ok!!! RM 252.00 untuk 5 orang makan. Nasib diorg terima duit Malaysia dan kami semua topup2 skit sorang bayar makanan tu ya...
Ni Je hidangan tengahari kami... Ni kena bayar sendiri ya!! harganya cuma RM 252.00... hhahahahaha |
Jadinya lepas abam pikir punya pikir betterlah amik pakej kalau ke sini. Kaedahnya kalau makan sekali pun yg ala kadar je pun dah RM250,,kalau dah 8 kali makan idak ke udah nak dekat RM 2,000 je utk makan??
Walaupun Nua ada la juga baca blog2 pasal mcm mana nak makan murah kat sini tapi Nua sbb guna pakej mmg rasanya sgt2 la berbaloi setiap kali time makan. RM 910 kot sekepala.. Memang makanan yg diorg sediakan sgt marvelous dan sedap serta mewah.
Ok Lepas makan kami dibawak berjalan sekita District 1 dan District 2. Kat sana digelar mcm tu je,
Apa yg kami lawat di sana??? Lets Check It Out!!
1. Notre Dame Chathedral
Ni sebenarnya adalah gereja uolss... tp weols semua idak la masuk tp sbb ni kwsn tumpuan and kwnsn orang melepak so kami dibawa ajelah ke sini...
Kesahnya kenapalah kami dibawak ke sini kan?? sebabnya gereja ni antara salah satu tempat bersejarah kat sini..
Saigon Notre-Dame terletak di pusat bandar Ho Chi Minh. Ia telah dibina di antara tahun 1863 dan 1880 oleh Perancis, dan mencapai ketinggian sehingga 60 meter.
Tanya je mana-mana orang-orang tempatan mengenai lokasi pusat bandar atau simbolnya,Mesti depa cakap Ben Thanh Market atau Saigon Notre Dame (secara rasmi Basilica of Our Lady of The Immaculate Conception). Walaupun tempatnya berada di kawasan bandar dan sesak di kawasan perniagaan, gereja purba yg feeling ni terletak di sudut yang indah yang tenang di pusat bandar Ho Chi Minh. Kaedahnya kat tgh2 tu ada padang and best sgt kalau nak lepak.
Dibina antara 1863 dan 1880 oleh penjajah Perancis,yg mana masa tu Perancis menjajah bandar tersebut. Bangunan itu mencapai ketinggian sehingga 60 m. Bishop Lefevre meletakkan batu pertama untuk pembinaan gereja pada 28 Mac 1863. Pada mulanya, ia dipanggil Gereja Saigon. Nama Katedral Notre-Dame diberikan selepas Bishop Pham Van Thien telah mengadakan satu majlis untuk memasang patung Aman Notre Dame, yang dibuat dengan granit dari Rom, pada tahun 1959. Pada tahun 1962, Vatican diurapi sebagai Ketua Katedral Saigon menganugerahkannya Basilika. Sejak masa ini, gereja ini dipanggil Saigon Notre-Dame Basilica.
2. Post Office HCM
mak aiiii...post office pun buat lawatan ke?? hahahaa
actually post office depa ni merupakan salah satu tmpat bersejarah jugaklah. Sama je mcm Notre Dame Chathedral tu. Kat sini Nua sempat la sambar setem2 diorg tu. Boleh la buat tambah collection setem Nuar kan>??? hehehehe
Kawasan Di dalam Post Office tu.. Besarrr!!! |
Dah habis kat Pejabat Pos tu Tory plak bawak kami berjalan-jalan di sekitar bandr HCM hanya dengan berjalan kaki ya!! Dalam kami feeling mewah berjalan terus tak mewah dibuatnya. hahahaha...
After that kami Check in kat hotel dan berehat. Malamnya plak kami dinner kat restoran yang bagi sy agak mewah cuma lupa nama restorannya.. hehehe And Nua juga lupa nak snap gambor restoran dan makanan tu!! haisshhh!! apa laaa!!!
Malam plak kami berjalan ke Pasar Malam Ben Thanh tu. Nnt Nua akan ceritakan apa bezanya Pasar Ben Than dgn Pasar Malan Ben Than Ok!!!
Pasar Malam Ben Thean
Pasar ni adalah 5 Minit je dari Hotel Kami tu. Pasar Malam Ben Thean ni dibuka pada waktu malam di sebelah Pasar Ben Thaen tu.. Kat sini Mcm2 ada jual ya..
Suasana Pasar Malam Ben Thean |
Kat sini mmg penuh orang Malaysia je uolszz... Sampai ada penjual kat sini yg pandai sgt cakap melayu. hahaha..
apa yg dijual kat sini??
apa yg dijual kat sini??
Macam2 beb.. Pakaian dan cenderamata mcm2 ada jual kat sini. Cuma kena pandai tawar harga je. Mmg kena pandai main harga kat sini. Apa yg tak Bestnya kat sini peniaga dia suka tarik2 tangan kita ya.. Nua mmg kurang berkenan dok tarik2 ni.. Lps tu kat sini gak Nua akan cari Kopi Vietnam yg mmg sedap!!! Nampak tak abam baju merah kat basikal tu? itu la penjual kopi vietnam. hehehe..
Apa yang best kat sini juga peniaga kat sini terima duit Malaysia, USD dan VD.. so korang yg shopping ni pepandaila convert ok duit kome tu. Ada sesetengah barang tu untung kalau guna USD and ada yg untung guna RM.. Cuma nnt balancenya kalau diorg tak cukup matawang kita tu dia akan bangi dalam Vietnam Dong.. hehehehe
Ok la..itu sahaja utk hari Pertama ni.. Jom Review skit perbelanjaan Nua ok..
1. Pakej Pelancongan - RM 910.00
2. Tiket Flight - RM 582.00
3. Lunch - RM 50.00
4. Tali Pinggan Kulit - RM 30.00
Jumlah Perbelanjaan hari Pertama : RM 1,572.00 ( Pengsaaannnnnnnn )
XoXO : BoYZ NeXT DooR