Walawehhh...... Selepas beberapa bulan, Chanel Wears Prada Melahirkan 4 baby yang comel...
Tarikh Keramat Kelahiran Pertama Chanel ni adalah pada 11 September 2014.. Amboiii!! dah 3 bulan lebih baru nak post yaa... hhahahaha....
Kronologi Kelahiran Baby Baru...
Kronologi Kelahiran Baby Baru...
12.30 a.m : Dah tgh malam time ni. Entah kenapa pada hari tu aku nak tido kat ruang tamu plak. Niat dihati ni sbb nak tgk TV kesahnya walaupun esok bekerja. So lepas dan letak bantal atas sofa, and mula mengibas2 sofa and vakum skit, makanya mula la tutup lampu and nak tido...Tapi entah mengapa pada hari tersebut si Chanel ni manja semacam + gelisah. ( Actually igtkan masih di tahap awal bunting tu ? ) ... Entah naper kejap duduk celah ketiak, kejap atas perut kita, kejap lagi atas dada plak, lepas tu landing atas bahu rapat ke leher. For me this is normal because she always do the same to me. Tanpa disedari aku pun terlelap!!
3.00 a.m : Tiba2 aku rasa ada basah kat atas kepala aku.. then tetibe si Chanel di berlari ke atas dada aku dalam kebasahan.. Ampunnnn... terus aku terjaga yaa!!!! And terus membongkang mata ni igtkan dia kencing atas kepala aku!!! Membebel la aku pot pet pot pet pada si Chanelnya sambil meraba-raba nak bukak lampu.. Bila Lampu dh dibukak... terkejutnya aku mendapati bantal aku basah dengan lendir2 yg berwarna jernih ditambah dengan sedikit darah..
Ok!!! dah tau apa yg terjadi!! Chanel nak beranak.. TINDAKAN YG DILAKUKAN!!
1. Kurung si Jantan2 tu sapa lagi kalo bukan Marc by Marc Jacobs dan VanCleef&Arpel
2. Cari Cage dan alas dgn kain utk Chanel beranak
2. Cari Cage dan alas dgn kain utk Chanel beranak
3. Sediakan Air Panas, tisu, tisu basah, gunting dan dettol utk apa2 kemungkinan..
3.30 a.m : Mulalah aku tgk si Chanel tu mcm nak beranak betui... elok je duduknya dalam sangkarnya tu.. aku mmg tak kunci sangkar tu..biar terbuka takut2 dia nak beranak kat tempat lain...
4.30 a.m : actually dalam menunggu dia beranak tu, aku tertido plak kaedahnya.. sedor2 dalam jam 4.30 pagi aku tgk udah 2 ekor keluar tp dia langsung tak buat apa2 pada anak dia tu.. Ok FINE!!! maybe dia akan uruskan anak dia tu sebentar lagi.. Dan aku pun trlelap lagi skali..
6.30 a.m : Aku bgn mcm biasalah nak menunaikan tanggungjawab aku sbg Orang Islam.. So aku tgk Chanel masih lagi tak menguruskan anak dia tu. Masih lagi bertali perut.. aku dah mula bimbang sbb xde tanda2 baby tu hidup..senyap sunyi je... Aku pun agak sedih laaa.. then amik la tisu + SuratKhabar dgn niat nak bungkus jenazah itu... huhuu.. elok aku sentuh je mengiau-ngiau plak baby tu.. ALHAMDULLILLAH.. hidup lagi rupanya... aku pun apa lagi... memandangkan air panas dah ade ( aku renjangkan balik je ), dettol dan wet tisu, aku potong tali pusat baby kucing tu dgn gunting yg sudah disterel dgn air panas dan dettol.. Lps dah gunting tu terus aku letak kat ibunya si Chanel... Nasib baik Chanel mahu jilat anaknya tu..bersihkan bagi kering.. Fuh!! Lega aku..
7.00 a.m : Aku pun nak siap2 gi kerja ni.. So tgk mcm Chanel pun dah ok..aku pun sediakanlah air minuman dan makanan utk dia.. Aku Check punya check rupanya dia melahirkan 3 ekor anak.. Alhandulillah... Aku pun bersiap laa.. then siap2 bagi yg lagi 2 ekor jantan tu makan.. aku pun siap nak gi keja..
Ni la 4 ekor anaknya... 2 warna oren, dan 2 ekor lagi Calico |
Chanel selepas Penat dan keletihan melahirkan anak-anaknya... cer korg cari dapat tak nampak 4 ekor anak anak dia?? |
8.00 a.m : Baru nak kluar rumah. Nasib baik masuk opiz kul 8.30 pagi and Opiz dgn rumah jarak dalam 5 minit je... And masa melalui tempat beranak tu aku nampak 2 ekor jantan tu mengerumuni satu kawasan berhampiran. Kebetulan kat sebelah cage tu ade kotak... Aku pun apa lagi, tgk la apa yg diorg buat.. MASYAALLAH rupanya ada lagi sekor kat situ... Ampunnnnn!!!!! mcm mana boleh terkeluar dari cages ni?? .. Nasib Baik yg sekor kat luar ni dah siap bersih.. kalo idak satu hal lagi aku nak uruskan + confirm lambat ke opiz... So muktamadnya Chanel berjaya mlahirkan 4 ekor baby!! Yihaaaa!!!!
Fuh Lega bila semua dah selesai. Tp nervous tu tetap ada bila kita tinggalkan diorg kat rumah.. harap2 semuanya ok!
Di Entry yang akan datang plak saya akan menceritakan bagaimana pemergian seekor dari anak Chanel tu menemui PenciptaNya selepas berumur sebulan lebih...Sediihh..
XoXO : BOYz NeXt DooR
XoXO : BOYz NeXt DooR