Hello semua...
Maaf la ya mcm lambat sikit nak hupdate pasal percutian ke Bali .. Tak Abis-abis Lagi..
Well Kali ni Masih lagi di hari ke-2. Lepas je tgk Barongan Dance tu, kami dibawa oleh Pak Supir kami menikmati keindahan ciptaan Allah SWT di kawasan Kintamani dan Ubud.
Apa plak la yg kami lawat kat sini kan..
1. Kampung / Pusat Pengeluaran Barangan Perak / Silver
Well.. kasi sini sbnrnya takde la apa pun melainkan tempat buat perak. so kat sini boleh la kita takat tgk penduduk di sini membuat perak. Di dalamnya juga ada dibuat penjualan perak. For me harganya agak mahal walaupun 90% bahannya adalah perak asli. So tipsnya kalo xnak membeli jgn bertanya harga pada penjual di sini terutamanya kalo tiba di waktu pagi. Tak pasal-pasal nnt kena beli jugak sbb mereka akan memujuk kita sehabis mungkin siap merayu lagi. Nak tau pasai apa?? kalau kita adalah 1st customer mereka, mean kita ni bawak tuah pada diorg. Kalo kita membeli sbg 1st customer mereka kita mean kalo kita beli diorg ni akan mendapat nasib yg baik sepanjang hari dan begitulah jugak sebaliknya...
2. Kintamani Volcano
Actually kat sini tak buat apa pun.. cumanya makan tengahari aje kat sini. Tapi kawasannya agak dingin dan sejuk ala2 Cameron Highlands. Makan Buffet kat sini lebih kurang IDR 99.000... Makanan yg ditawarkan actually byk jugak cumanya takut tidak mengikut selera kita ni ha.. Paham aje la Lidah org Malaysia ni kekadang nak juga sambal belacan, sambal belacan la.. dan lain2 la... Lps makan2 tu juz jalan2 je la area sini..
BTW kat sini ade ramai peniaga jalanan yg minta kita membeli barangan meraka. TIPS sy kalau boleh kalau anda mmg tak mo beli, BETTER JGN TENGOK ATAU TANYA HARGA kat diorg ni. Pasalnya once dah tanya mean korg dah berjanji nak beli kat diorg... Faham>?? nnt tak psai2 kena Perkatan Goblok + Maki Hamun yang menyakit hati ( Nasib baik baca blog org lain dulu baru tau situasi kat sana )... hhehehehe
|
Tambah kapsyen |
|
Tambah kapsyen |
BTW nak masuk kat sini korg kena bayar IDR 10.000 / pax ya... aiyoo..nk masuk kwasan ni pun kena bayar,, tak paham la uolsss!!!
3. Tegalalang Paddy terrace
Lps tu dekat2 situ jugak ade teres padi tegalalang. Cantik Pemandangan dia. Tp kita tgk aje la sawah padi kat situ sambil snap2 gambar. Tak boleh nak membajak kat situ ya kawan2 semua...
Bulehlaaaa... tempat pengambaran Americas Next Top Model Cycle 20
And now.. kami plak yg feeling bergambar kat sini tp idak la dapat editorial mcm deme ni ha.. sekadar ada je kami snap ni.. hehehehe
Kawasannya masih sejuk tp tak la sesejuk Kintamani td.. BTW nak masuk sini kena bayar lagi IDR 5.000 ya... lebih kurang RM 1.50 .. xpe la yaaa....
4. Kampung / Pusat Pemprosesan Kopi
Kemudian di Ubud
juga kita akan singgah di kawasan pemporosesan kopi. Kat sini mmg best sbb kita
akan masuk dalam kebun yang bersih. Then menikmati 7 jenis kopi + 7 jenis the
secara percuma. Dah rasa tu belilah mana yang berkenan ya. Beli kopi kat sini
jah kalo ade yg berminat. Kat sini juga ade dihidangkan dengan Kopi termahal di
dunia iaitu Kopi Luwak. Kopi Luwak ni terhasil daripada seekor musang yg
memakan biji kopi Arabica dan mengeluarkan biji kopi tuu semua di dalam
najisnya. Mengikut fatwa yg dikeluarkan ada;ah seperti berikut :-
Ulama’-ulama’
fiqh muktabar menjelaskan bahawa mana-mana bijian yang dimuntahkan oleh haiwan
atau yang keluar bersama najis haiwan tersebut, selagi mana ianya tidak rosak
dan masih kekal dalam rupa bentuknya yang asal atau jika ditanam ia mampu
tumbuh, maka ia dihukumkan sebagai mutanajjis dan bukan najis.
Sehubungan
itu, selaras dengan penegasan dan pandangan-pandangan tersebut, Muzakarah
bersetuju memutuskan bahawa biji Kopi Luwak (musang) adalah bersifat mutanajjis
dan ia harus dijadikan bahan minuman dengan syarat:
- biji kopi tersebut masih
dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika
ditanam; dan
- biji kopi tersebut hendaklah
disucikan terlebih dahulu daripada najis.
Muzakarah
juga memutuskan supaya Kopi Luwak yang dihasilkan hendaklah mendapatkan sijil
pengesahan halal daripada JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebelum
dipasarkan kepada masyarakat Islam.
So terpulang pada pihak masing2 nak rasa ke tidak ya..
|
Tambah kapsyen |
So lepas tu dah nikmatinya, maka belilah apa yg patut ya... hehehe.. I love Kopi Vanilla dan Ginseng..
5. Tanah Lot
Then… tidak habis di situ..
akhirnya kita kan melawat sebuah kuil yg
sgt famous di Bali ialah Tanah Lot. Sebuah kawasan perlancongan yang wajib
dilawati oleh pelancong. Di sini juga kita akan menyaksikan Kecak Dance. So tak
payah la cerita pasal kecak dance ni ya.
Sambil tgk kecak dance sambil tu jugak kita akan tgk sunset yg sgt cool di
situ.
Tanah Lot ni wajib korang masuk ya.. Sbb ni adalah kawasan yg paling femes kat bali ni.... Tiket masuk kat sini IDR 30.000 dan Kencak Dance IDR 70.000
ok.. Perjalanan Hari kedua Tamat disini shj... Biasanya pelancong akan makan malam di JIMBARAN tp Nua dgn kawan nua tu mcm xnak plak mkn kat situ.. Sbb kitaorg nak kejar pergi ke SPA secepat mungkin.. hehehehe
Perbelanjaan utk hari kedua adalah seperti berikut :
1. Barongan : IDR 100.000 / pax
2. Kintamani : IDR 10.000 / pax
3. Tegalalang : IDR 5.000 pax
4. Parking : IDR 7.500 / pax ( Harga lepas dah bahagi dgn kwn2.. hehehe )
5. Kenderaan + Supir + Fuel : IDR 175.000 / pax ( Ni pun sama mcm parking )
6. Kecak Dance : IDR 70.000 / pax
7. Tanah Lot : IDR 30.000 / pax
8. Lunch : IDR 99.000 / pax
9. Dinner : IDR 36.000 / pax
10. SPA buat Balinese Massage with the Hot Stone : IDR 150.000 / pax
11. Beli Souvenir : IDR 180.000
So untuk hari kedua ni je dah belanja je dah IDR 712.500 ... wahh.. parahhh.. mean almost RM200 jugak utk hari ni...
ok la uolsszzzahhh semuaa.. nnt Nua hupdate lagi ya..
XoXO : BoYZ NeXt DooR