Monday, April 2, 2012

DAPUR BUJANG NUA ~PuDiNg KaRaMeL Nua Fabu loUs ~

Hellooo....

Kembali semula ye kome dgn blog Nua ni.. and kali ni nua kembali dgn resepi yg biasa2 dilakukan pada hujung minggu... Hamboi..... sikit punya letop namanya.. Mingggu ni nua masak Puding Karamel Nua Fabulous... faham2 aje la semenjak dah ade oven ni...mmg rajin buat...

Bahan-Bahan
Bahan a
- Gula 100gm
- Secawan air panas

Bahan b
- 500 ml Susu segar
- 3 sudu susu pekat lemak berkrim
- 4 biji telur ayan ( gred b ) yang dipukul kembang
- sesudu tepung kastard ( tak ada pun takpa..sbb nua pun tak pakai )

Cara membuat....

1. Masak gula di dalam periuk sehingga cair dan berwarna keemasan..
2. kemudian, masukkan air dan masak sehingga cair semuanya... selesai, masukkan di dalam loyang pembakar.

3. Kemudian, ambil periuk lain dan masakkan susu segar, susu pekat sehingga mendidih. Semasa mendidih ni masukkan tepung kastard..tp nua tak galakkan masuk sbb nnt rasa dia mcm lain macam sikit.. sehingga mendidih ya..
4. Lepas dan mendidih susu tu, matikan api dan masukkan telur tadi dan kacau sehingga sebati.

5. Selepas itu, masukkan bancuhan tu ke dalam loyan pembakar yg berisi air gula hangus tadi... dan bakar 200 darjah celcius selama 50 minit menggunakan kaedah double boiler..




ok laa...semoga berjaya yee...

XoXO : boYz NexT dOOr

~ Percutian Bajet ke Kansai Osaka Part 9 ~ Menghabiskan Saki-baki Peruntukan

Assalamualaikum WBT kpd semua yang membaca blog nua ini... Terima kasih byk2 kepada semua yg sudi membaca blog nua yg kadang-kadang OK but...