Tuesday, December 29, 2015

MELANCONG KE HO CHI MINH CITY PART 1

Hallllooooo semuaaa
Assalamualaikum WBT kepada semua sahabat2 Nua yang dikasihi. Baiklah kali ni kita nak bercerita pasal percutian Nua ke Bandar Ho CHi Minh, Vietnam. Adohaiii!!! Sebenarnya Nua dh setahun lebih ke sana tapi memandangkan tahun 2015 adalah tahun yg agak malas Nua nak update so kali ni Nua update la skit-skit demi kesejahteraan anda semua ya. 

Baiklah uolssszzz semuaa.. kali ni percutian Nua bersama dengan rakan2 yang tak pernah berjalan bersama ni
. Bukanlah bersama dgn teman2 yang selalu travel keluar negara tu. Percutian kali ni mmg bukan mcm selalu ya. Kali ni Nua bayar bayar utk pakej. Tiket Kapal terbang je asing ya.

Baiklah...rancang punya rancang hanya dalam masa 2 minggu sahaja kami semua memilih 5 Disember 2015 sebagai tarikh kami berangkat ke HCM ... memandangkan kami beli tiket last minit dan bukanlah waktu promosi makanya harga tiket mmg mahal la kan>??? hehehehe     Flight kami pada hari itu adalah pada jam 9.10 pagi. 

So seawal jam 7.00 pagi Nua dah bergerak ke LCCT ya... Ok..untuk kali ni Nua mmg feeling skit ya.. Pergi dan balik duduk kat HOTSEAT!! Kemain kekwatnya ya!!!! Makan Minum As Usual kena beli ya!! Nua mmg tak pernah tak beli makanan kat dalam flight Air Asia. Kaedahnya mesti beli!!!

 Alhamdulillah kali ni AA takde delay plak. so kami bergerak mengikut waktu yang telah dirancang.
INSURAN JGN LUPA KALAU KELUAR NEGARA YA!! SBB SGT2 IMPORTANT.. KALAU TAK PERCAYA BOLEH TGK POST NUAR YANG LEPAS PASAL BALI YA ---->>>  BerCuTi Ke Bali For THe FirSt TiMe In My LiFe!!! ~~ Day 1 ~~




ok... berbalik pada cerita tadi ya... seperti semua sedia maklum untuk kali ni punya rombongan Nuar guna Agent.. 100% is agent ya!! takde nak Backpack sgt kali ni!! huhahaha





Kali ni kitaorg ambik pakej dari Erwin Travel and Tours Sdn Bhd. Bertempat di Johor ya kaedahnya sbb kwn Nua yang uruskan ni dok johor, So dia je yang uruskan semua. Nua bagi Duit je. 

Ikutkan semua perancangan perjalanan dah diaturkan oleh agent tp biasalah dik non oiii mesti ada perubahan. kami semua decide memilih Pakej SILVER sbb harga dia MAHAL skit!! mampuuu sbb MAHAL ok!!! so setiap orang drpd kami kenalah bayar RM910/pax ya!! feeelinggggg taauuu depa ni!!!

Pakej termasuklah :

1. Penginapan selama 4 hari 3 malam di Kelly Hotel. Btw hotel ni mmg Nua recomended sgt2. Sebab selesa dan cantik. nak berjalan ke Ben Than market tu pun dekat. Dalam 5 minit je sampai. Apa yg best lagi kat hotel ni ada SPA yaa... Untuk penginap yg duduk kat sini siap dapat 30% diskaun lagi tau!! hehehehee... ni nnt Nua cerita kat tempat lain pasal SPA ni tau... 

Nah abam review sikit hotel ni kat korang...




Nilah rupa bilik kami!!! cantik taaakkkk???? hehehehe Ni pinjam gambar dr MR Google,...hehehe
2. Makan minum sebanyak 3 kali breakfast, 2 kali lunch, dan 3 kali lunch. Kat pamplet tu jgn ikut sgt sbb dia pun ting tong. 

3. Transport utk bawak kita berjalan berdasarkan itenirary

4. Tiket Masuk utk tmpt2 lawatan

Kami smpi kat airport HCM tu lebih kurang jam 11.45 pagi ikut jam Malaysia ya. kalau ikutkan masa diorg tu sejam lewat dr kita. 

Memula smpi je kami disambutlah oleh tour Guide kami yg bernama TORY... orgnya sgt peramah dan baik hati, Sampai2 je kami terus dibawa pergi makan dulu. Nua tak ingat apa nama kedai tu ya tp owner kedai tu adalah berketurunan Melayu Champa.. so dari tauke smpi ke pekerja semua boleh cakap melayu dan Nuar agak terkesima kejap.. hahahaa

Kaedahnya kami semua makan ala2 kadar je seperti lauk di bawah.. hehehehehe... tp harganyaa.. MashaAllahhh... Mahal ok!!! RM 252.00 untuk 5 orang makan. Nasib diorg terima duit Malaysia dan kami semua topup2 skit sorang bayar makanan tu ya...





Ni Je hidangan tengahari kami... Ni kena bayar sendiri ya!! harganya cuma RM 252.00... hhahahahaha


Jadinya lepas abam pikir punya pikir betterlah amik pakej kalau ke sini. Kaedahnya kalau makan sekali pun yg ala kadar je pun dah RM250,,kalau dah 8 kali makan idak ke udah nak dekat RM 2,000 je utk makan?? 

Walaupun Nua ada la juga baca blog2 pasal mcm mana nak makan murah kat sini tapi Nua sbb guna pakej mmg rasanya sgt2 la berbaloi setiap kali time makan. RM 910 kot sekepala.. Memang makanan yg diorg sediakan sgt marvelous dan sedap serta mewah. 

Ok Lepas makan kami dibawak berjalan sekita District 1 dan District 2. Kat sana digelar mcm tu je, 

Apa yg kami lawat di sana??? Lets Check It Out!!

1. Notre Dame Chathedral

Ni sebenarnya adalah gereja uolss... tp weols semua idak la masuk tp sbb ni kwsn tumpuan and kwnsn orang melepak so kami dibawa ajelah ke sini...

Kesahnya kenapalah kami dibawak ke sini kan?? sebabnya gereja ni antara salah satu tempat bersejarah kat sini.. 

Saigon Notre-Dame terletak di pusat bandar Ho Chi Minh. Ia telah dibina di antara tahun 1863 dan 1880 oleh Perancis, dan mencapai ketinggian sehingga 60 meter.

Tanya je mana-mana orang-orang tempatan mengenai lokasi pusat bandar atau simbolnya,Mesti depa cakap Ben Thanh Market atau Saigon Notre Dame (secara rasmi Basilica of Our Lady of The Immaculate Conception). Walaupun tempatnya berada di kawasan bandar dan sesak di kawasan perniagaan, gereja purba yg feeling ni terletak di sudut yang indah yang tenang di pusat bandar Ho Chi Minh. Kaedahnya kat tgh2 tu ada padang and best sgt kalau nak lepak.

Dibina antara 1863 dan 1880 oleh penjajah Perancis,yg mana masa tu Perancis menjajah bandar tersebut. Bangunan itu mencapai ketinggian sehingga 60 m. Bishop Lefevre meletakkan batu pertama untuk pembinaan gereja pada 28 Mac 1863. Pada mulanya, ia dipanggil Gereja Saigon. Nama Katedral Notre-Dame diberikan selepas Bishop Pham Van Thien telah mengadakan satu majlis untuk memasang patung Aman Notre Dame, yang dibuat dengan granit dari Rom, pada tahun 1959. Pada tahun 1962, Vatican diurapi sebagai Ketua Katedral Saigon menganugerahkannya Basilika. Sejak masa ini, gereja ini dipanggil Saigon Notre-Dame Basilica.




2. Post Office HCM

mak aiiii...post office pun buat lawatan ke?? hahahaa
actually post office depa ni merupakan salah satu tmpat bersejarah jugaklah. Sama je mcm Notre Dame Chathedral tu. Kat sini Nua sempat la sambar setem2 diorg tu. Boleh la buat tambah collection setem Nuar kan>??? hehehehe

Kawasan Di dalam Post Office tu.. Besarrr!!!




Dah habis kat Pejabat Pos tu Tory plak bawak kami berjalan-jalan di sekitar bandr HCM hanya dengan berjalan kaki ya!! Dalam kami feeling mewah berjalan terus tak mewah dibuatnya. hahahaha... 

After that kami Check in kat hotel dan berehat. Malamnya plak kami dinner kat restoran yang bagi sy agak mewah cuma lupa nama restorannya.. hehehe And Nua juga lupa nak snap gambor restoran dan makanan tu!! haisshhh!! apa laaa!!!

Malam plak kami berjalan ke Pasar Malam Ben Thanh tu. Nnt Nua akan ceritakan apa bezanya Pasar Ben Than dgn Pasar Malan Ben Than Ok!!! 

Pasar Malam Ben Thean 

Pasar ni adalah 5 Minit je dari Hotel Kami tu. Pasar Malam Ben Thean ni dibuka pada waktu malam di sebelah Pasar Ben Thaen tu.. Kat sini Mcm2 ada jual ya.. 
Suasana Pasar Malam Ben Thean


Kat sini mmg penuh orang Malaysia je uolszz... Sampai ada penjual kat sini yg pandai sgt cakap melayu. hahaha..

apa yg dijual kat sini?? 

Macam2 beb.. Pakaian dan cenderamata mcm2 ada jual kat sini. Cuma kena pandai tawar harga je. Mmg kena pandai main harga kat sini. Apa yg tak Bestnya kat sini peniaga dia suka tarik2 tangan kita ya.. Nua mmg kurang berkenan dok tarik2 ni.. Lps tu kat sini gak Nua akan cari Kopi Vietnam yg mmg sedap!!! Nampak tak abam baju merah kat basikal tu? itu la penjual kopi vietnam. hehehe..
Apa yang best kat sini juga peniaga kat sini terima duit Malaysia, USD dan VD.. so korang yg shopping ni pepandaila convert ok duit kome tu. Ada sesetengah barang tu untung kalau guna USD and ada yg untung guna RM.. Cuma nnt balancenya kalau diorg tak cukup matawang kita tu dia akan bangi dalam Vietnam Dong.. hehehehe

Ok la..itu sahaja utk hari Pertama ni.. Jom Review skit perbelanjaan Nua ok..

1. Pakej Pelancongan   - RM 910.00
2. Tiket Flight              - RM 582.00
3. Lunch                       - RM 50.00
4. Tali Pinggan Kulit  - RM 30.00

Jumlah Perbelanjaan hari Pertama : RM 1,572.00 ( Pengsaaannnnnnnn )

XoXO : BoYZ NeXT DooR




Sunday, December 27, 2015

TAHUN 2015 YANG HAMPIR KE PENGHUJUNGNYA

Tahun 2015....

Apakah yang ada 2015? hehehehe

Hampanya Nua rasa sbb tahun 2015 adalah tahun yang paling Nua Paling Kurang Berbloging.. aahhhh!!!! berhabuk ok blog Nua ni.. dah la tak sefamous mana tambah lagi kurang benda yg diupdate. Tapi takpe la.. utk tahun 2016 Nua akan cuba update benda2 baru especially travelog Nua ya... Utk tahun 2015 ni banyak gila Nua melamcong tp satu apah pun tak update ye dak???



Apa2 pun Nua tetap rasa tahun 2015 adalah tahun yang hebat kepada Nua.

XoXo : BoYZ NeXT DooR

Sunday, August 2, 2015

YoGYaKaRTa ~~~~ Never Ending Asia ( Day 4 )

UOLSSSZZZZZZ..... amboiiii..dah berhabuk ok blog Nua ni.. hahha.. kelakar ok selepas dan setahun lebih baru nak siapkan entry pasal ke Yogyakarta  ni ya... hamboiii!! kemain panjangnya ok!!!

Baiklah...kali ni punya entry pasal last day kat Yogyakarta. Hari last ni mmg xde buat apa2 pun sgt. seawal pagi kami berkemas dan teksi telah pun ditempah awal dari pakcik teksi yang memula bawak kami pada hari pertama di sini.

Seawal jam 8.00 pagi lagi pakcik tu dah menunggu kami. sbbnya flight blik kami jam 11.00 pagi hokey!! So lepas siap2 terus ke airport jah. Takde apa nak pikir dah.




As i told u guys before, airport dia mmg sgt kecik. So dah selesai urusan semua weols pun balik la ke Malaysia ya. Dan sampai malaysia walaweh rasa penat badan ni dan terus terlelap je bila sampai kat rumah. owwwhhh!!! jgn lupa airport tax kat sini IDR 125,000 ya...

Baiklah...setakat itu sahaja cerita pasal Yogyakarta. Ins Shaa Allah ada rezeki pasti kami tiba lagi ke sini.

XoXO : Boyz NeXt DooR

Tuesday, December 30, 2014

HAPPY NEW YEAR 2015

ok.. ni nak hupdate sehari awal... Memandangkan cuma beberapa jam je lagi nak ke tahun baru... so NUA dengan ini ingin mencucapkan.. Happy New Year Malaysia!! Welcome 2015



XoXo : BoYZ NeXt DooR

Friday, December 19, 2014

CHARYL CHAPPUIS - NEW TRENDDING WORLDWIDE

gituhhhh!!!!! tetibe nama Charyl Chappuis disebut2 di Malaysia yaa... Sapa le plak ni>??? aku pun heran la pasal dia ni tetibe trendy worldwide jap....
Sumber : Google.com

Sumber : Google.com

Sumber : Google .com


Nua punya la serach sapa mamat ni?? Charyl ni feeling sebutan nama org Malaysia kot samaada mcm Sharil @ kalo sebutan omputeh mcm Karil .... tp xpe laa.. abaikan semua itu.. Kalo tgkkan gambornya hensem persis Model.. Model la kot tak pun penyanyi Thailand Idol kot!!!

Search Punya search punya research makanya dapatlah tahu serba sedikit pasal mamat ni.. Rupa-rupanya dia ni pemain bola sepak mewakili Thailand yang berjersi No 7 yang baru-baru ni bertanding dalam AFF Suzuki Cup dimana finalnya Malaysia VS Thailand and dia ni menjaringkan gol yang pertama melalui sepakan penalti.. Nua tgk juga tp idak la plak perasan namanya apa... hehehe..

Patutlah gadis2 di luar sana melting ya ampun pasal mamat siam sorang ni...
Sumber : google.com

Sumber : google.com

Sumber : google.com


Ok.. cakap tentang mamat ni.. mesti korg2 nak nak tau jugak kan pasal dia ni?? meh sini aku ceritakan sikit pasal dia ni..

Charyl Chappuis
Chappuis Charyl.jpg
Personal information
Full name Charyl Yannis Chappuis
Date of birth 12 January 1992 (age 22)
Place of birth Kloten, Switzerland
Height 1.77 m (5 ft 9 12 in)
Playing position Midfielder
Club information
Current team
Suphanburi
Number 40
Youth career
1999–2000 FC Kloten
2000–2003 YF Juventus
2003–2009 Grasshoppers
Senior career*
Years Team Apps (Gls)
2009–2011 Grasshoppers II 26 (3)
2010–2012 Grasshoppers 0 (0)
2011–2012 Locarno (loan) 26 (2)
2012 Lugano (loan) 16 (0)
2013–2014 Buriram United 28 (4)
2014 Suphanburi (loan) 16 (5)
2015– Suphanburi 0 (0)
National team
2006-2007 Switzerland U15 5 (0)
2007-2008 Switzerland U16 8 (0)
2008–2009 Switzerland U17 15 (0)
2009-2010 Switzerland U18 14 (1)
2010–2011 Switzerland U19 6 (0)
2011 Switzerland U20 2 (0)
2013– Thailand U23 14 (4)
2013– Thailand 7 (4)
* Senior club appearances and goals counted for the domestic league only and correct as of 1 June 2014.
† Appearances (Goals).
‡ National team caps and goals correct as of 17 December 2014
 Sumber : Wikipedia


Hebat profail dia ya....  patutlah memasing mcm nak gila tgk jantan siam ni... hehehehe Nak tau lagi pasal dia??? ni haaaa 15 fakta lagi pasal mamat ni...

i-2
Sumber : Google.com

1. Pada 2013, Chappius pindah ke Thailand dan menyertai Buriram United dan memandangkan emaknya berasal dari Thai, beliau berjaya mendapatkan kewarganegaraan Thai. Seterusnya membolahkan dia bermain dalam Liga Premier Thai dan Liga Juara Juara AFC.

2. Beliau menjaringkan gol pertama bersama Buriam menentang Suphanburi FC dengan satu curling menarik.

3. Beliau juga menjaringkan gol di 2013 AFC Champions League menentang Jiangsu Sainty, tapi lututnya tercedera ketika meraikan jaringan tersebut. (apakah ini??? nangis skit!!). Beliau terpaksa berehat selama 3 bulan akibat kecederaan itu.

i
Sumber : Google.com

4. Chappius merupakan bekas pemain remaja antarabangsa Switzerland. Pada 2009, beliau sebahagian daripada pasukan bawah 17 tahun Swiss yang memenangi Piala Dunia FIFA U-17 2009 yang menewaskan tuan rumah Nigeria 1-0 pada perlawanan akhir. Beliau bermain dalam kesemua 7 perlawanan sepanjang kejohanan.

5. Chappius dipanggil oleh bekas jurulatih Thailand Winfried Schafer untuk bermain menentang pasukan kebangsaan Lebanon dalam kelayakan Piala Asia AFC 2015.

6. Beliau dipanggil menyertai Thailand U23 oleh jurulatih Kiatisuk Senamuang pada Sukan SEA 2013. ( maksudnya dia ni dah mmg lama main dgn Thailand ok!! Now baru nak femes )

7. Penampilan tidak rasmi beliau untuk Thailand U23 ialah ketika perlawanan persahabatan menentang Barcelona FC semasa lawatan Barcelona ke Bangkok.

8. Chappius membuat penampilan rasmi untuk Thailand U23 menentang Uganda U23 pada November 2013.

9. Chappius bermain perlawanan pertamanya bersama Thailand U23 di Sukan SEA 2013 menentang Indonesia U23.

10. Chappius memenangi kejuaraan sukan SEA 2013 bersama Thailand U23.

11. Chappius berada dalam skuad Thailand untuk Piala Suzuki AFF 2014.
727372
Sumber : Google.com

12. Chappius juga menjaringkan gol pertama menerusi sepakan penalti pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF 2014 menentang Malaysia.

13. Sorry girls, makwe mamat ni minat mat salleh ya...

14. Gambar baru-baru ini tersebar mengatakan dia adalah Gay adalah sama sekali tidak benar. Gambar yang dirakamkan itu adalah bersama adik beliau..

Ok laahh..tu je pasal mamat Charyl ni... harap2 jgn terbawak2 sampai mimpi ya...

XoXO : BoYz NeXt dOOr











Thursday, December 18, 2014

Ron 97 Out Of Stock Di Seluruh Malaysia ke??

Walaweehhh!!!!

Pada hari sabtu yang lepas.. ( mai aii..udah seminggu baru nak post ya?? ) Nua berhajat untuk balik ke kampung halaman di Elephant Stone.. Gituhh... nama nak omputeh ajee.. Mean Balik Batu Gajah La kaedahnya... So semenjak harga minyak petrol Ron 95 ni dah naik, Nua dah bertukar ke Ron 97 sebelum dia kerajaan menurunkan harga lagi dari RM2.80 ke RM 2.46...

So punyalah excited ni tak gi isi minyak smpi la ke Tol Jalan Duta and terus melencong ke Stesen Minyak Sheel di situ and you know what????? MINYAK RON 97 ABIS YAAAA!!!! AND MELARAT SAMPAI KE R&R RAWANG SERTA R&R BEHRANG!!!! 






Heraaaannnnyaaa!! ADAKAH SEMUANYA MINYAK RON97 HABIS DI SELURUH MALAYSIA????  

So takde pilihan lain.. so abik je la RON 95 sbb minyak dah berkelip2 meminta untuk diisikan makanan... huhuhuhuhuhu.....

XoXO : BoYZ NeXt DooR

Wednesday, December 17, 2014

BEWARE KAWAN2.....

Wajib Baca!! Peristiwa Hitam Di Perhentian Tapah



Perhentian Tapah Yang Bahaya | salam semua apa yg akan saya ceta dan kongsikan adalah utk kebaikan bersama dan supaya kita semua lebih berhati hati.Tadi pagi anak sulong saya dlm perjalanan dari kota damansara kl ke alor setar. Beliau telah berhenti sebentar di Tapah krn tunangnya nak pergi tandas. 
Bacaan lanjut di sini...
 http://sehinggit.blogspot.com/2014/09/wajib-baca-peristiwa-hitam-di.html#ixzz3MDKCOgC2
Follow us: SehinggitMedia on Facebook

~ Percutian Bajet ke Kansai Osaka Part 9 ~ Menghabiskan Saki-baki Peruntukan

Assalamualaikum WBT kpd semua yang membaca blog nua ini... Terima kasih byk2 kepada semua yg sudi membaca blog nua yg kadang-kadang OK but...