Friday, October 17, 2014

BerCuTi Ke Bali For THe FirSt TiMe In My LiFe!!! ~~ Day 2 ~~ Kintamani & Ubud Tour

Hello semua...

Maaf la ya mcm lambat sikit nak hupdate pasal percutian ke Bali .. Tak Abis-abis Lagi..
Well Kali ni Masih lagi di hari ke-2. Lepas je tgk Barongan Dance tu, kami dibawa oleh Pak Supir kami menikmati keindahan ciptaan Allah SWT di kawasan Kintamani dan Ubud. 

Apa plak la yg kami lawat kat sini kan..

1. Kampung / Pusat Pengeluaran Barangan Perak / Silver
    Well.. kasi sini sbnrnya takde la apa pun melainkan tempat buat perak. so kat sini boleh la kita takat tgk penduduk di sini membuat perak. Di dalamnya juga ada dibuat penjualan perak. For me harganya agak mahal walaupun 90% bahannya adalah perak asli. So tipsnya kalo xnak membeli jgn bertanya harga pada penjual di sini terutamanya kalo tiba di waktu pagi. Tak pasal-pasal nnt kena beli jugak sbb mereka akan memujuk kita sehabis mungkin siap merayu lagi. Nak tau pasai apa?? kalau kita adalah 1st customer mereka, mean kita ni bawak tuah pada diorg. Kalo kita membeli sbg 1st customer mereka kita mean kalo kita beli diorg ni akan mendapat nasib yg baik sepanjang hari dan begitulah jugak sebaliknya...


2. Kintamani Volcano
   
    Actually kat sini tak buat apa pun.. cumanya makan tengahari aje kat sini. Tapi kawasannya agak dingin dan sejuk ala2 Cameron Highlands. Makan Buffet kat sini lebih kurang IDR 99.000... Makanan yg ditawarkan actually byk jugak cumanya takut tidak mengikut selera kita ni ha.. Paham aje la Lidah org Malaysia ni kekadang nak juga sambal belacan, sambal belacan la.. dan lain2 la... Lps makan2 tu juz jalan2 je la area sini..

BTW kat sini ade ramai peniaga jalanan yg minta kita membeli barangan meraka. TIPS sy kalau boleh kalau anda mmg tak mo beli, BETTER JGN TENGOK ATAU TANYA HARGA kat diorg ni. Pasalnya once dah tanya mean korg dah berjanji nak beli kat diorg... Faham>?? nnt tak psai2 kena Perkatan Goblok + Maki Hamun yang menyakit hati ( Nasib baik baca blog org lain dulu baru tau situasi kat sana )... hhehehehe


Tambah kapsyen

Tambah kapsyen






BTW nak masuk kat sini korg kena bayar IDR 10.000 / pax ya... aiyoo..nk masuk kwasan ni pun kena bayar,, tak paham la uolsss!!! 

3. Tegalalang Paddy terrace

   Lps tu dekat2 situ jugak ade teres padi tegalalang. Cantik Pemandangan dia. Tp kita tgk aje la sawah padi kat situ sambil snap2 gambar. Tak boleh nak membajak kat situ ya kawan2 semua...
Bulehlaaaa... tempat pengambaran Americas Next Top Model Cycle 20





And now.. kami plak yg feeling bergambar kat sini tp idak la dapat editorial mcm deme ni  ha.. sekadar ada je kami snap ni.. hehehehe


Kawasannya masih sejuk tp tak la sesejuk Kintamani td.. BTW nak masuk sini kena bayar lagi IDR 5.000 ya... lebih kurang RM 1.50 .. xpe la yaaa....


4. Kampung / Pusat Pemprosesan Kopi

 

Kemudian di Ubud juga kita akan singgah di kawasan pemporosesan kopi. Kat sini mmg best sbb kita akan masuk dalam kebun yang bersih. Then menikmati 7 jenis kopi + 7 jenis the secara percuma. Dah rasa tu belilah mana yang berkenan ya. Beli kopi kat sini jah kalo ade yg berminat. Kat sini juga ade dihidangkan dengan Kopi termahal di dunia iaitu Kopi Luwak. Kopi Luwak ni terhasil daripada seekor musang yg memakan biji kopi Arabica dan mengeluarkan biji kopi tuu semua di dalam najisnya. Mengikut fatwa yg dikeluarkan ada;ah seperti berikut :-

Ulama’-ulama’ fiqh muktabar menjelaskan bahawa mana-mana bijian yang dimuntahkan oleh haiwan atau yang keluar bersama najis haiwan tersebut, selagi mana ianya tidak rosak dan masih kekal dalam rupa bentuknya yang asal atau jika ditanam ia mampu tumbuh, maka ia dihukumkan sebagai mutanajjis dan bukan najis.

Sehubungan itu, selaras dengan penegasan dan pandangan-pandangan tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa biji Kopi Luwak (musang) adalah bersifat mutanajjis dan ia harus dijadikan bahan minuman dengan syarat:
 
  1. biji kopi tersebut masih dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam; dan
  2. biji kopi tersebut hendaklah disucikan terlebih dahulu daripada najis.
Muzakarah juga memutuskan supaya Kopi Luwak yang dihasilkan hendaklah mendapatkan sijil pengesahan halal daripada JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebelum dipasarkan kepada masyarakat Islam. 

So terpulang pada pihak masing2 nak rasa ke tidak ya.. 

Tambah kapsyen





So lepas tu dah nikmatinya, maka belilah apa yg patut ya... hehehe.. I love Kopi Vanilla dan Ginseng..

5. Tanah Lot


Then… tidak habis di situ.. akhirnya  kita kan melawat sebuah kuil yg sgt famous di Bali ialah Tanah Lot. Sebuah kawasan perlancongan yang wajib dilawati oleh pelancong. Di sini juga kita akan menyaksikan Kecak Dance. So tak payah la cerita pasal  kecak dance ni ya. Sambil tgk kecak dance sambil tu jugak kita akan tgk sunset yg sgt cool di situ. 











Tanah Lot ni wajib korang masuk ya.. Sbb ni adalah kawasan yg paling femes kat bali ni.... Tiket masuk kat sini IDR 30.000 dan Kencak Dance IDR 70.000

ok.. Perjalanan Hari kedua Tamat disini shj... Biasanya pelancong akan makan malam di JIMBARAN tp Nua dgn kawan nua tu mcm xnak plak mkn kat situ.. Sbb kitaorg nak kejar pergi ke SPA secepat mungkin.. hehehehe

Perbelanjaan utk hari kedua adalah seperti berikut :

1. Barongan   :   IDR 100.000 / pax
2. Kintamani : IDR 10.000 / pax
3. Tegalalang : IDR 5.000 pax
4. Parking : IDR 7.500 / pax ( Harga lepas dah bahagi dgn kwn2.. hehehe )
5. Kenderaan + Supir + Fuel : IDR 175.000 / pax ( Ni pun sama mcm parking )
6. Kecak Dance : IDR 70.000 / pax
7. Tanah Lot : IDR 30.000 / pax
8. Lunch : IDR 99.000 / pax
9. Dinner : IDR 36.000 / pax
10. SPA buat Balinese Massage with the Hot Stone : IDR 150.000  / pax
11. Beli Souvenir : IDR 180.000

So untuk hari kedua ni je dah belanja je dah IDR 712.500 ... wahh.. parahhh.. mean almost RM200 jugak utk hari ni...

ok la uolsszzzahhh semuaa.. nnt Nua hupdate lagi ya..

XoXO : BoYZ NeXt DooR












Monday, October 13, 2014

BerCuTi Ke Bali For THe FirSt TiMe In My LiFe!!! ~~ Day 2 ~~ Barongan

Assalamualaikum WBT semua..

Apa kaba semua?? Harap-harapnya masih sihat utk terus membaca celoteh Nua ini..

Well ari ni baru la berkesempatan nak menulis utk percutian Hari Kedua Kat Bali ni. Untuk hari kedua ni, kami disajikan dgn Kintamani Tour dan Ubud Tour. Alhamdulillah perjalanan kami dirahmati dgn hujan renyai-renyai yang turun.  8.00 pagi je kami dah bersedia kat pintu gerbang Hotel kami yg feeling-feeling Kuil mcm Kuil Kat Batu Gajah... So Pak Nur Amik kami tepat jam 8.00 pagi ya.. sgt panctual ya Pak Nur ni.







Pagi2 mmg org2 Bali mcm ini ya. Ni adalah staf hotel yg kami menginap tu. membawa barang2 utk sembahyang deme. Untuk pengetahuan pembaca semua... hampir 80% penduduk di kepulauan bali ini adalah beragama hindu ya.. so kome kalo bjalan ke sana jgn memandai nak makan sebarangan. kang tak pasai-pasai makan ba alif ba ya guling plak.. hehehehe

Ok la.. Perjalanan kami dimulakan dengan menyaksikan Persembahan Barongan. Barongan ni cerita pasal kebajikan dan kebatilan. Barong digambarkan sbg kebajikan dan Rangda plak digambarkan sbg kebatilan. Barong dan kebatilan ni adalah binatang purbakala kaedahnya... Lps tu cerita pasal Dewa Shiwa dan Dewi Kuti yang bergadoh..



Ulasan pasal Barongan : Actually tak paham sangat apa diorg ckp ni sbb penggunaan bahasa deme ni mcm bahasa sanskrit atau bahasa jawa pure.. tak tau la yg mana satu bahasa yg digunakan.. tp totally mmg tak paham ditambah dgn tak dengar apa yg diorg tuturkan sbb deme ni tak pakai mikrofon lgsg. so siapa yg duduk kat blkg mmg haram nak dengar. Then, bila ada muzik gamelan dimainkan, terus lgsg tak dgr apa2 pun diorg ckp walaupun duduk kat depan. So sometime ianya akan membuatkan kita mengantuk dan mula bersembang dgn sapa2 entah kat sebelah kita...



Yg bestnya tarian yg dipersembahkan.. dok melentok2 dan menjeling jeling penarinya.. sgt indah tarinya penuh dgn pesona. dan kostum serta makeup2 pelakon yg mengundang sedikit jenaka.. Tu jah yg bestnya.. the rest almost ZZZzzzzz....



Harga Tiket masuk ni IDR 100,000 atau bersamaan RM 33 / pax.. mahal jugak la bagi sy dgn hidangan yg dipersembahkan. Tapi tak mengapalah sbb sekali sekala pun. But next time mmg dah tak pegi dah... hehehehe....


Ok la.. tu je kot utk pagi ini.. Ins Shaa Allah ade kesempatan Nua akan share lagi tempat-tempat yg nua pegi di hari kedua...

XoXO : BoYZ  NeXt DooR

Wednesday, October 8, 2014

BerCuTi Ke Bali For THe FirSt TiMe In My LiFe!!! ~~ Day 1 ~~

Hello... wahhh... tetibe bercakap pasal Bali pulak kan.. Well nua nak bercerita jugak psal bercuti ke luar negara ni.. hehehe.. > Well... kali ni Nuar memilih Bali sebagai destinasi percutian.. nak dijadikan cerita sebenarnya perginya tahun 2013... hehehehe... tp dah setahun berlalu baru nak hupdate kesahnya.. mmg kena carut habis habisan sapa yg baca ni.. tp jgn risau sbb mungkin ada tips2 yg boleh kita share kannzz... > so, peginya pada 14 - 17 November 2013. Pergi berdua je sbbnya kwn2 yg lain udah bercuti ke Beijing and kami xdpt tiket ke sana dgn harga murah dah.. so tukar la ke Bali.. hehhhahahaha....
-- kawan-kawan yg bercuti kat Beijing!! sentap jugak!!! -- Ok.. tiket kami time ni kami mmg tak dpt beli yg murah.. mmg bukan promosi pun.. kami beli tiket ni dgn harga RM894.00 utk 2 orang... giler mahalkan dik non!!! ini termasuk luggage pergi balik jugek.. So TIPS yg pertama kalo nak bercuti, sila dptkan tiket time promosi ya... Bali ni boleh dikatakan agak seronok jugak. Ehh!! Bkn agak seronoknya tp memang seronok... Baiklah, kami sampai kat Ngurai Rai International Airport time tu dalam jam 10.00 mlm jugak ya... Nak dijadikan cerita Luggage kawan Nuar yg sorg ni tak dpt dikesan.. Oh My Chanel, rupa-rupanya luggage kawan nua tu tertinggal di LCCT lagi... aiyooo!! Satu cerita lagi nak pakai apa utk besok and malam ni nak tido??? So TIPS yg ke-2 sila Beli Insuran AirAsia tu kalo ke Luarnegara ya.. bertangungjawab deme pasal beg kita.. hehehehe Lps tu lps semua urusan dan report dah dibuat, kelam kabut keluar mencari Pak Supir kami yg kami dah cari dan deal dari Malaysia je.. Namanya Pak Nur.. Baik orangnya.. beragama islam dan bukan penduduk asal Kepulauan Bali ini. So pada siapa2 yg nak dptkan servis Pak Nur ni, ni No Telefon dia.. boleh whatsaapp je... +62 813-3802-8200. So terus je Pak Nur tu bawak kami ke Krishna utk membeli belah... igtkan nak membeli utk pakaian sahabat kita tu je..tp kita plak yg tersoping barang2 lain skali.. hahahaha
Lepas tu, pergilah kami Check In di hotel yg dah kami booking.. Kami booking mlalui booking.com dan menginaplah kami di Bakung Beach Resort. Utk 3 mlm tu sekitar 817,000 Rupiah shj or dlm Ringgit Malaysia nya lebih kurang RM 280.00 Lokasi hotel ni not bad la.. berada di hujung kuta.. 1.5km dr Hard Rock Kafe dan Pantai Kuta. Kalo bjln kaki tu agak letih jugak la.. Then susah skit nak cari sbb hotel ni berada di belakang Lippo Mall.. hishh.. dok blkg mall plak dia. Tp htel ni agak murah dgn fasiliti yg ditawarkan sgt memuaskan.
haa..jgn tak tau.. masa kami pegi ni kebetulan Rozita Che Wan @ Che ta dan Zain Saidin tgh nak buat photoshoot utk pre-wedding deme... haaa....kebetulan naik satu kapal terbang...
Ok la..cukup setakat itu shj... Jom Nua share skit perbelanjaan hari pertama ni... <1. Airport Transfer : 50.000 Rupiah> <2. Shopping skit2 : 75.000 Rupiah> <3. Hotel sebilik utk 3 mlm : 817.000 Rupiah> ok..itu shj... nnt Nuar share lagi pasal percutian ke bali ya.. XoXO ~ BoYz NeXt DooR

Wednesday, October 1, 2014

RiView PaSaL MaKaNaN kuCinG

Assalamualaikum semua.... walaweiii.... rajin pulak lah Nuar Hudpate kan lately ni... well..ikut pada tajuk kat atas tu, nua mcm plan nak share skit pasal makanan kucing ni.. Ampunnnn... Tetibe membela kucing kena la tahu pasal keperluan-keperluan kucing ni kan terutamanaya pasal bab makanan... Memula tu konfius juga nak bagi makan apa... ye la kome semuaaaaa... time di kampung bagi aje la nasi yang digaul mesra bersama ikan rebus @ ikan goreng... nengokkan makan je kucing2 tu.. tetapi memandang dah duduk kat flat di Putrajaya ni, well kena la tukar cara hidup gitu... so carilah beberapa makanan yang the best for Marc By Marc Jacobs, Chanel wears Prada dan Van cleef & Arpel... kalo idak nnt takut la macam2 penyakit plak yang datang.. ampunnnnn..harus menangis tak berlagu ya kalo apa2 terjadi pana anak2 bulus nuar...
So udah membela anak2 yg comel2 ini kenalah amik tahu skit2 pasal makanan... Memula tu tak tau nak bagi makan apa... so memula tu confident tahap dewa dewi bintang 85426 gi TESCO and membeli la brand Frieskies for Kittten ini...
Ghope2nya tak helok ya utk anak2 bulus kita... nasib baiklah ade seorang penasihat yg hebat iaitu KaK Shikin Cantona yang cakap.. thank you sis... haaa...kalo idak maunya kena sakit batu karang... udahh lagi byk duit nak kena keluar utk rawatan operation bagai plak nnt... Lepastu mulalah Nuar pun menukar makanan-makanan anak2 bulus ni dari makanan komersial kepada makanan premium dan super premium.. my gucci!! Memula tu Nuar yg vogue ni tanpa segan silu gi la ke kedai petshop tu and menanya macam2 pasal makanan kucing ni... akhirnya for the 1st time in my life..nua memilih mkanan premium brand IAMS prohealth... haaaaa... kelas namanya...
memula tu try yg pek kecik je yg 900gram jah.. bertahan dalam seminggu je kot terus tukar pek 2.8kg kaedahnya.. dari segi pengamatan Nuar pasal Iams ni, najis bulus2 ni agak berbau kuat juga tp tak la sekuat makan nasi berulamkan ikan dan frieskies... bau yg acceptable la jugek.. ahahha... but still berbau kuat juga.. Baunya agak sedap tp kibblesnya agak keras.. so kadang2 tgk mcm susah plak utk anak2 bulus makan... Crude protein dlm 32gm ( matilah kalo salah info ni ) kemudian tak sampai abis 2.8kg punya pek tu... bulus2 mula la memilih takmo makan.. aiyoo!! daddy yg penyayang ni mulalah hairan why deme taknak makan dah..?? so tanpa menunggu habisnya iams itu, Nuar pun bertukarlah kepada brand Royal Canin plak ya Hadik hadek semua ... Excited over semacam bila beli Royal Canin kitten and Royal Canin Hair And skin.. haaa..>!! hambik ko..campur dua-dua sekali dgn harapan si bulus2 ni akan mendapat manfaat yang lebih.. tp hampeh jugak sbb Royal Canin Kitten tu mcm tak berapa nak best plak.. sbb mcm bulu agak gugur byk jugak... walaupun bg hair and skin... last2nya Nuar bg hair and skin je
Review skit... RC Hair And SKin ni mcm ok je.. bulus2 berselera makan tp harga mahal nak mampusss yaaa!!! Yg RC kitten tu mcm tak berapa best.. bau najis not bad la.. boleh dipertimbangkankan . hahaha... tp tak bertahan lama ya... less than 2 weeks i bungkuskan RC kitten and campur baki IAMS tu and bagi je pada Stray cats.. alhamdulillah deme tak memilih...!!!!! Then Nuar tukar plak pada brand Brit Care Kitten... campur skit dgn RC Hair and skin.. well.. alhamdulillah brand ini bertahan agak lama!!!... hahahahahaha ( mcm gelak jahat plak aku rasa )
ada la bertahan sehingga umur deme ni 6 bulan ( mean dalam 2 bulan jugak la) ..... so anak2 suka makan sbb kibbles dia kecik je.. bau agak menarik cumanya bagi nua agak kering skit tekstur kibbles nya... and yg paling getiknya STOK SUSAH NAK DAPAT jugak especially bila bawak anak2 bulus balik kampung di Perak... Crude protein dalam 36 gm ... Bau najis agak lesss berbanding IAMS and RC td.. lepas tu bila tgk deme dah makin membesar.. Nuar pun tukar la BritCare Indoor Plak memandangkan mereka ini kucing indoor kann...
haaaa... brand ni sempat jugak la aku beli 7kg x 2 kali pembelian.. mean kucing aku mmg suka. tp kibbles dia agak kering juga.. crude pretein dlm 34gm.... so sekampit tahan 2 bulan jugak la.. mean almost 4 bulan aku guna brand ni.. Bau najis mmg aku puji giler.. LESS betul baunya... puas ati laaa... tp sayangnya smpi satu tahap bulus2 pun jemu... hampehh deme ni!! hhahaha... then aku masukkan brand EVO plak...
tp campor lewww dgn BritCare tu.. tgk kucing mmg start mkn balik.. giler kot tak makan!! brand Evo ni Super Premium kot... tinggi giler kot protein dia dlm 52gm...kucing mmg cepat gemok lps makan ni... yg paling best Evo ni GRAIN FREE... maksudnya bahan2 dia cuma daging, sayur dan buah shj.. takde guna soya ke, beras ke or lain2 jenis grain yg tidak berapa elok utk kucing... tp tak lama jugak..lastnya Nuar tukarkan brand Britcare tu dgn Brand ToTal Equilibrio.. Makanan ni dr Brazil kaedahnya... wahh setaraf Giselle Bundchen ok!!!!
memula beli kecik je.. nak test tp ternyata anak2 tak berapa berkenan...so nasib baik tak beli byk.. so nak mengabiskannya selain dari campur dgn EVO , campur sekali dgn wetfood...barulah abis dibaham oleh anak2 singa tu.... lps tu sekitar bulan JUN 2015 ari tu, Nuar try la tukar makanan ni dari Total Equilibrio Kitten kepada Total Equilibrio persian ( padahal kucing biasa jahh) .... saja je memula beli yg repack... u know what?? my bulus makan dgn penuh lahapnya... Terus beli yg packaging 10.1kg punya ok... and dicampur dgn EVO lagi... ni haa packaging EVO yg baru....
Packaging EVO pun dah tukar... and Total Equilibrio ni bertahan smpi skrg.. mean dalam 4 bulan jugak lah anak2 suka makan... 10kg tu tahan 3 bulan... sbbnya tahan sbb campur dgn EVO skali.. evo plak yg 7kg tu tahan utk 5 bulan tau...!! so sbb protein tinggi, makanya kucing2 makan skit je dah kenyang tp berulang ok!!! dulu 3 kali sehari and kuantiti yg so-so aje... now dah 5 kali dgn kuantiti yg lebih banyak,,.. heran aku deme ni...!!!! tp alhamdulillah diorg makan... riview skit.. Total Equilibrio persian ni... hurrmm..bau dia lazat sbb bau ikan... najis biasa2 je... cuma tak la kuar sangat baunya... crude pretein dlm 32gm rasanya... tp kucing sy suka.. kibbles dia agak moist... bulu kucing makin gebu and lembut... ok.. cukup la tu kot sikit riview pasal makanan kucing utk anak2 bulus sy.. tp apa2 pun terpulang pada papa2 dan mama2 bulus2 sekalian utk membeli makanan utk bulus2 anda.. tp belilah makanan premium supaya kesihatan anak2 bulus kita lebih terjamin,.. sekurang kurangnya takde la anak2 bulus kita sakit di masa hadapan yg akan membuatkan kita mengeluarkan lebih kos utk rawatan mereka... ok la..bye2..jumpa lagi.. XoXo : BoYS NeXt DooR

Thursday, September 18, 2014

NuA MeMBeLa KuCInG 4 ThE 1sT TiMe In HiS LiFe!!!

Haiyooo!!! Very the over kan gambar kat atas tu.. Haaaa... Gini la citernya. Hendak dijadikan kesahnya, pada 23 OGOS 2013 ( Hamboii.dah setahun berlalu ya makcik bedah ) di suatu pagi yang hening, My Bos bawa la seekor kucing ni bawak naik ke atas opiz. Kami yang jenis kepoh2 ni apa lagi sibuk la nak tgk kucing tu.. Bak kata Our Bos yang baik hati tu, katanya kucing ni dok dlm enjin kereta dia sampai ke ofiz.. Memandangkan My Bos tu sememangkan sukakan kucing, dia pun apa lagi mmg nak dibawa balik la kaedahnya... Namun demikian nak dijadikan cerrita, entah la naper bos Nua tu tetibe tanya mcm gini la lebih kurang dialongya.. ( Kawan2 semua kena membacanya dalam loghat Orang Perak PURE!! ) Bos : Kamu nak tak mebela kucing ni? Nua Yg Innocent : Ermm.. mcm nak bos tp entah la.. ( sambil tenung muka kucing tu ) Bos : Ambik le.. bela kat rumah kamu. sian dia.. Nua Yg Innocent : Ye le bos.. bile awok nengok muka kucing tu.. sejuk je ati awok ni bos.. bak sini le kucing tu.. JENG JENG JENG!!!! FInally Nua Pun membela la kucing itu..
Haaaaa.. Ni la dia ghopenya anak kucing itu.. Sex : Male Color : Blue ( aku nengok warna kelabu tp istilah utk nama kucing mcm tu la.. jgn mempertikaikannya ya!!! ) Nak dijadikan cerita aku pun namakan lah dia ni dgn nama Marc By Marc Jacobs .. Amboi.. nama kemain high end brand ok... aku bg sbb kebetulan time tu aku tgh pakai jam marc jacobs aku yg aku beli kat JPO.... huhuhu... So akhirnya he is on of my life!!! XoXo : BoYZ NeXt Door

Tuesday, September 16, 2014

KeMaNaKaH AkU MeNGHiLaNG SeLaMa 2 TaHun Ni??

Waduhh.. Kemain lagi kan tajuknya.. Mesti ada yg annoying dgn ayat ituew... Tapi xpa la... abaikan saja kejelikan itu.. hahaha So berbalik kepada tajuk dan realitinya... kemanakah Nua menghilang selama 2 tahun nI??? Di dalam masa 2 tahun ni nua menumpukan kepada perkara2 lain sehingga hampir lupa terus kepada blog nua yang tak seberapa ni. Diantaranya perkara-perkara tersebut adalah... 1. Melancong Merata-merata smpi tak sempat hupdate lgsg pasal perlancongan itu.. ( 2 tahun ok tak sempat sgt!!! hahaha ) 2. Sibuk membela kucing kaedah.. haaaaa.... utk pengetahuan semua skrg ni Nua dah membela kucing ya... so lps ni byk la hupdate pasal kucing.. hehehe 3. Sibuk dengan tugas2 hakiki dan tanggungjawan2 lain ( cewaahh.. mcm over skit la) So kwn2 semua jgn risau ya.. nnt Nua Hupdate apa2 yang patut... Nantikan Hupdate yang pertama selepas 2 tahun.. hehehe

~ Percutian Bajet ke Kansai Osaka Part 9 ~ Menghabiskan Saki-baki Peruntukan

Assalamualaikum WBT kpd semua yang membaca blog nua ini... Terima kasih byk2 kepada semua yg sudi membaca blog nua yg kadang-kadang OK but...